Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Perth

Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Perth

Bagi yang mengunjungi negara Australia, memandu kereta bukanlah perkara yang rumit malah ianya menjadikan sebuah pengalaman yang hebat dan awesome! 

Bulan yang lalu saya travel ke Perth, Western Austalia. Pada asalnya saya hanya membuat sedikit kajian dari blog orang lain mengenai public transport dan ternyata public transport seperti keretapi tidak banyak di Perth dan hanya tertumpu pada Central Business District (CBD) serta pekan besar utama. 

Oleh itu menyewa kereta adalah penyelesaian malah dengan menyewa kereta ni korang tidak bergantung pada masa public transport dan anda akan dapat pergi ketempat yang lebih jauh dari bandar Perth seperti Albany, Bunbury, Lancelin, Busselton dan macam-macam lagi laaa.

Kali ini saya nak share bersama korang travel tip untuk menyewa kereta dan tatacara pemanduan ketika di Perth. Mungkin tips ini boleh digunapakai pada bandar lain seperti Gold Coast, Sydney mahupun Melbourne.



1. Lesen

Lesen memandu Malaysia  sama power dengan passport negara kita yer.. Secara confirm lagi terang berderang anda tidak perlu convert lesen anda kepada lesen memandu antarabangsa (International Driving License) asalkan lesen korang ni jenis yang baharu, yang jenis kad kaler coklat tu.

Pasal ape tak payah add-on International License? Ini kerana lesen memandu kita terdapat bahasa inggeris. Tak percaya? Tengok la lesen korang tu. Mane tau dah mati.. dan agak-agak dah nak mati time kita travel tu cepat-cepat la renew lesen. Berapa ringgit ajer pon.

2. Pemilihan Kereta dan Kapasiti

Kapasiti orang dalam pemilihan kereta juga penting. Tidak sama dengan negara kita dan Indonesia dimana kita boleh sumbat ikut suka hati kita ajer. Kalau nak memandu lebih dari 300km sehari lebih bagus dan selesa untuk memilih kereta jenis sedan mahupun SUV. Jangan risau kereta di Australia memandu sebelah kanan, sama macam Malaysia.

Harga sewa kereta tidak mahal di Australia, jika ada budget lebih boleh utamakan kereta yang selasa dan kalau ada anak kecil pon mereka juga akan turut sama selesa. Jangan bikin anak onar dalam kereta beb. Sesalan yang dapat...

Kalau korang mempunyai infant atau kanak-kanak bawah 8 tahun korang WAJIB menyewa baby seat / child seat. Peraturan penggunaan child seat di Australia adalah mandatori. Gagal berbuat demikian akan dapat surat bertulis dengan bayaran AUD200.00.

3. Online Booking

Saya membuat tempahan sewaan kereta secara online. Ada juga yang jenis suka walk-in. Bagi saya yang tak berapa berduit saya lebih suka online booking kerana harganya sangat ketara bezanya. 

Jika anda booking online, pilihan kereta lebih banyak berbanding walk-in yang kebanyakkannya dah ade orang sewa. Malah anda mungkin dapat lebih diskaun dengan membuat sewaan secara online. Cara pembayaran pula adalah urusniaga matawang Australia. Jadi kalau nak tahu latest currency conversion korang boleh check dalam website Maybank2u.

Saya memilih sewa kereta dengan Aries Car Rental. Boleh banding dengan harga car rental yang lain tapi yang saya dapat murah adalah dengan Aries.com

4. Aksesori Tambahan / Insuran

Aksesori tambahan ini seperti saya maksudkan child seat serta GPS. Penggunaan child seat adalah mandatori malah serta keselamatan anak-anak kita juga. Kalau korang betul lagi nak jimat korang bawak ajer la child seat korang sendiri. Tapau elok2 masuk cargo saja. Kalau naik MAS atau Malindo settle la, kalau Air Asia kena extra la kan..

Untuk GPS pula saya lebih prefer penggunaan Google Map dari telifon bimbit anda. Google Maps lebih accurate berbanding GPS kereta pasal dia yang buat maps sendiri. GPS kena download dan update manually, jadi tak semua jalan akan dibuat update, susah nanti. Beli simcard local yang ada data, dan terus online GPS.

Manakala Insuran pula adalah WAJIB ambil yerr... jangan kedekut sangat, korang ni kalau sebut insuran mesti nak mengelat. Dah kena baru nak mengagau cekau duit. Insuran kereta korang mesti ambil, ini untuk keselamatan kocek kita juga, mana kita nak tahu apa akan terjadi dalam tempoh sewaan kereta contohnya kemalangan yang melibatkan haiwan liar, batu kecil yang mampu meretakkan cermin malah benda-benda yang tidak dijangkakan.

Cost repair kereta di negara orang confirm mahal, kalau ditempat kita pon dan sumpah senarah depan kedai apatah lagi di negara orang kan... so drive safe!

5. Pemeriksaan Kenderaan Yang Di Sewa

Setiap kali meyewa kereta korang mesti WAJIB untuk menyemak kondisi kereta terutama pada bahagian luaran kenderaan contohnya kesan calar, cat kopak mahupun lengkuk. Benda yang dianggap remeh temeh ini mampu menjadikan kos ribuan ringgit jika anda cuai dan kos baikpulih dikenakan atas anda.

Sebelum menerima kunci pastikan korang tengok dengan teliti keadaan luar kenderaan serta bahagian dalaman. Juga check tayar spare serta alat bantu baik kereta bahagian compartment. Kalau lupa boleh ambil video dan berjalan sekeliling kereta. Mana nak tahu bila nak return kereta, company cakap calar tu korang yang buat.. Tak ker nayakan...

6. Kemalangan / Keselamatan

Kemalangan atau kejadian yang tidak sengaja bukan rancangan kita. Jika anda terlibat dalam kemalangan perkara pertama perlu call polis. Keduanya adalah agent car rental anda. Saya menyewa kereta dengan syarikat Aries Perth dan ejen yang bertanggungjawab dalam urusan penyewaan kereta saya adalah Mr Joseph (Region Manager SEA untuk Aries). Beliau sangat baik hati dan akan memaklumkan segala aspek keselamatan pemanduan serta nombor telefon yang perlu dihubungi jika kemalangan atau kerosakkan.

Dari aspek keselamatan, ejen sewa kereta saya selalu berpesan jangan sesekali meninggal kan barangan peribadi semasa parking walapun untuk berhenti bergambar melainkan ada orang dalam kereta. Banyak laporan kes pecah kereta terutama kereta sewa pelancong yang mereka sengaja tinggal beg galas, beg bayi serta beberapa beg lain yang.

Jangan berhenti sesuka hati di tepi jalan semata-mata untuk bergambar kerana dikhuatiri menyebabkan kemalangan pada kenderaan lain serta rompakan. Kalau nak berhenti juga kena tengok sekitar kawasan. Perlu diingatkan kawasan luar bandar terdapat banyak hidupan liar... berwaspada dengan kala jengking serta ular. Jangan main redah panjat batu untuk posing maut anda, nant betul-betul maut.

7. Highway / Kawasan Rehat / Stesen Minyak

Jika anda memandu pada jarak perjalanan yang jauh, jalanraya di Perth tiada kawasan Rehat dan Rawat seperti highway PLUS Malaysia, makan jika korang nak berenti kencing berak atau tukar lampin bayi boleh berhenti di stesen minyak atau kawasan parking kereta. Tidak banyak stesen minyak jika jarak dah mula jauh, jadi sila isi minyak full tank dan bila dah 1/2 tu sila isi full sekali lagi.

Harga minyak adalah berbeza-beza mengikut kawasan, saya dapati harga pasaran minyak di bandar lebih murah jika nak bandingkan dengan harag highway jarak jauh. Tapi perbezaannya bukan banyak pon..  2 ke 3 sen ajer.

Lebih bagus kalau korang beli air mineral siap-siap letak dalam kereta, ini juga memudahkan korang untuk minum, mencuci najis bayi dan lagi penting boleh dijadikan cedok air time nak lepas hajat kat toilet. Toilet depa bukan ada pili pon.. main lap ajer.

8. Signboard dan Adab Kesusilaan

Sepanjang pengalaman drive di Perth, saya mendapati speed limit paling laju adalah 110kmh dan paling banyak signboard adalah 80kmh. Yang lecehnya jalan mereka ni agak sunyi dan kurang kereta malah kondisi jalanraya juga dalam keadaan terbaik. Jika anda menyewa sebuah kenderaan SUV dan membaw pada kelajuan 80kmh nescaya anda akan mengalami gejala kebosanan.

Tak dinafikan speedtrap memang ada malah ada juga yang kena saman direct terus. Lebih jauh anda keluar dari bandar maka lebih banyak peronda polis.  Sila patuhi speedlimit, gagal berbuat demikian AUD150 terus.

Kalau memandu dalam kawasan bandar, jika anda menghampiri zebra crossing dan ada orang yang sedang mahu melintas, keutamaan kepada pejalan kaki adalah yang pertama. Rakyat mereka akan menghentikan kenderaan dan membenarkan pejalan kaki melintas jalan. Jadi korang yang bawak kereta pon kena alert la yer.

9. Kawasan-kawasan Senarai Hitam

Setelah bersosial dengan warga tempatan dan juga sedikit research didalam FB, ramai yang memberitahu Bandar Perth adalah terkenal dengan jenayah pecah cermin kereta. Sama juga di Malaysia, kalau korang gi Midvalley mahupon Tesco reti pulak nak angkut segala beg... Jadi kat negara orang pon sama laaa.. tak semua negara yang selamat, walaupon di Jepun orang cakap rakyat mereka jujur tapi ade juga sorang dua yang songlap.

Mereka ni bukan curi kereta pon tetapi ambil barangan berharga dalam kereta. Seperti yang saya nyatakan tadi, sila angkut segala beg dalam kereta tu melainkan anda ada ilmu makrifat tingkat 17 yang membolehkan kereta anda hilang dari pandangan umum... untung-untung dapat parking free, tak kena saman! Mohon ajar abang skali...

Antara kawasan yang boleh dikatakan black-area adalah :

- King's Park
- Fremantle
- Caversham Parking
- Elizabeth Quay
- Lancelin Sand Dunes
- Blue Boat House


Pandu berhati-hati dan enjoy!

This is Awesome dude...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam