QNA Republic Cafe, Bandar Baru Bangi

QNA Republic Cafe, Bandar Baru Bangi

Sebelum bulan puasa baru ni lagi saya bertandang ke QNA Republic. Tidak dinafikan BB Bangi sangat berubah kerana ada berpuluh butik vendor yang membuka kedai/butik di sini malah cafe lepak santai juga tidak melepaskan peluang. Bila ada tempat shopping mesti kena ada tempat makan. 

Cafe ini menyediakan makanan eastern dan western malah mempunyai kopi tersendiri untuk peminat kopi. Malam tu saya datang bersama keluarga kecil saya, maka nak layan kopi tu tergendala pasal anak saya suka pow apa yang saya minum. Takkan kecik2 nak bagi kopi espresso. mau besok malam dia tido beb! Selain tu saya pekena jugak menu berat seperti Blicious Salsa Machos sebagai starter, Cacahuete Crispy Chicken Burger, dan Orville Seafood Cabonara sebagai main course. Apa yang saya katakan ianya adalah terbaik, lebih-lebih lagi Salsa Machos. Awesome!

Suasana kedai yang tidak terlalu crowded membuatkan makan malam agak santai dan anak-anak korang boleh bermain tanpa risau. Tak pasti ianya trend atau sebagai satu kemudahan dimana banyak cafe dah mula membuat child section untuk anak bermain sementara parent makan laju-laju. Bagus.

Restoran cafe yang terletak di tengah pusat Bandar Baru Bangi ini tidak la susah mana nak dikunjungi pasal ianya berada dikawasan tumpuan. Kalau korang tak jumpa mungkin jarang ke Bandar Baru Bangi. Landmark senang kalau GPS xada ianya berhampiran dengan HSBC Amanah BB Bangi.

Agak terbaik dan berbaloi untuk dicuba. 

This is Awesome dude...








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam