De Bamboo Steamboat & Grill, Cameron Highlands

De Bamboo Steamboat & Grill, Cameron Highlands

Minggu lalu saya mengunjungi salah satu tempat yang terbaik di Malaysia iaitu Cameron Highlands. Tidak jauh dari Bandaraya Perak dan agak jauh juga jika dari KL. Dah lama tak datang Cameron, last saya datang sebelum adanya Nazril. 

Selesai saja urusan kerja saya di Cameron, saya melalui pekan Brinchang dan Tanah Rata yang sedikit sebanyak dah berubah dalam tempoh 5 tahun. Pembangunan yang rakus dan jalan raya semakin sempit menyebabkan sedikit kesesakkan lalulintas walaupun pada hari kerja. Tak boleh bayangkan pada waktu puncak seperti hujung minggu dan cuti sekolah. Memang mengeluh la jawapnya.

Mencari kedai makan di Cameron memang senang, cuma persoalannya apa yang kamu nak makan. Maka saya cadangkan makan saja di De Bamboo Steamboat & Grill yang terletak di Tanah Rata. Korang boleh google maps dengan carian De Bamboo Steamboat & Grill. Kedudukan restoran ini tidak jauh dari pekan Tanah Rata dan agak senang untuk mendapatkan parking. 

Tiba di restoran masih tak ramai orang (mungkin hari kerja), banyak meja masih kosong pada jam 7 petang. Suasana kedai yang bersih dan selesa malah dekorasi kedai menggunakan peralatan buluh termasuk meja dan kerusi.

Malam tu saya memilih untuk layan steambot yang berharga RM28.00/seorang. Murah bukan? Nama lagi steambot, pastinya ianya layan diri dan buffet yang korang boleh makan sampai kenyang tanpa ada had masa. Kalau datang dengan kuantiti yang ramai pasti kering makanan kat dapur. 

Seperti biasa makan laut, ayam dan kambing pasti ada. Ada juga nasi gorang untuk lapik perut korang yang tak reti kenyang. Paling terbaik dapur mereka juga ada bahagian grill. Ini memang terbaik... korang boleh layan grill ayam dengan kambing sendiri. 

Selesai makan habis-habisan, restoran ini juga ada pemanis mulut seperti aiskrim dan roti jem starwberry. Walaupun ramai yang mula datang selepas malam, makanan buffet tak pernah kering. Mereka akan top-up ajer yang penting korang habiskan makanan yang korang amik tu. Tak baik dan tak bagus membazir.

Pengalaman awesome makan steambot dan grill kat Cameron ni adalah korang takkan berpeluh beb walaupun kena asap dapur dengan sup tomyam panas. Kalau makan kat restoran nun dibawah kompem basah spenda bhai.

This is Awesome bro!








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam