Jalan-Jalan ke Genting Premium Outlet

Jalan-Jalan ke Genting Premium Outlet

Rasanya dah lama juga tak upload review hotel dengan shopping complex. Kebiasaannya entry yang saya upload bukan jenis yang mengondemkan sesuatu. Nama pon lagi Awesome, maka entry mesti la kena awesome!

Tengah hari tadi layan corner kat Karak Highway lepas tu menyinggah di Genting Premium Outlet yang belum pernah saya jejaki setelah beberapa bulan mereka mula beroperasi. Bawak anak bini skali dan deals dibuat dalam kereta supaya keadaan tidak terkawal tidak akan berlaku di GPO. Thumb up.

Memandu dari Genting Sempah tak ada sebarang sigboard mengenai GPO, rupanya ianya mula muncul setelah persimpangan Cable Car yang lama. Banyak juga kereta yang menyusuri ke GPO ini termasuk bas pelancongan. Memang buat duit betul depa ni, trip Casino Genting dia sapu, shopping pon dia sapu.



Apa yang menarik minta saya adalah rekabentuk GPO yang berada di kaki bukit. Entah mana datang idea dengan kejuruteraan yang mampu meyakinkan rakyat bahawa ianya selamat untuk digunapakai. Senibina hampir sama dengan JPO Johor, tidak hairan kebanyakkan Premium Outlet di serata dunia juga dibina seperti open concept. Outlet ini dibina dengan 3 tingkat, mempunyai hall sendiri, tiada panggung wayang dan mempunyai beberapa cafe serta food court.



Seperti yang saya cakap tadi, ianya terbina dengan 3 tingkat dimana GPO ini terbahagi dengan Medium Street, High Street dan Low Street. Medium dan High Street ini adalah tenant pada butik butik manakala Low Street adalah kedai makan. Tiada panggung wayang maka menjadikan GPO ni tidak mengundang kepada over crowded. Mungkin salah satu syarat supaya keluarkan cinema dari outlet ini. Bagus!

Kat sini juga adalah station untuk menaiki kereta cable yang baru ke Genting Highlands, namanya Awana Skyway. Yang tu nanti saya kasi review bila ada masa lapang nak naik cable car. 





Butik-butik mewah serta jualan yang gila-gila seakan memanggil dan merayu untuk membeli barangan mereka. Kalau dekat Coach tu, orang beratur macam nak beli tiket bola, MK pon sama, Ralph Lauren lagi laa.

Saya hanya mampu lihat saja, datang nak lepak dengan tengok suasana dan buat perbandingan dengan Johor Premium Outlet. 

Persoalannya, adakah ianya sama dengan JPO atau mampu bersaing dengan JPO? Jawapan saya YES! Ianya hampir sama dengan JPO Johor. Anda tidak perlu memandu jauh ke selatan untuk shopping barangan branded. Malah di GPO, kalau nasib baik memang rasa sejuk bila angin turun dari bukit. Datang tengah hari tadi pon cuaca panas dan suhu standard Genting Highlands. 


Abang kalu dah sejuk suam kuku macam ni mula la nak pekena kopi. Ada Starbuck dan Coffee Beans pada bahagian hujung outlet. Ada view yang menarik pada kedua-dua cafe ini. Kalau lapa boleh ke Absolute Thai, Dome atau Food Court. Food Court mereka mengamalkan konsep cashcard. Topup dan kad dan beli makanan atau minuman. Ala macam touch and go ajer la..

Anyway, kalau datang pada hari Sabtu atau Ahad agak crowded jugak la tambah-tambah dengan pelancong asing. Nanti abang ponteng keja try lepak sini sambil pekena kopi lagi. Nak tengok suasana time weekdays pulak.


This is Awesome guys!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam