Apa Yang Boleh Di Beli di Seoul?

Apa Yang Boleh Di Beli di Seoul?

Korang yang pergi ke Seoul tu dah tau ke nak beli mende? Kadang kala diri sendiri menetapkan budget untuk perbelanjaan yang tertentu, maka tegaskanlah diri anda ketika shopping di luar negara untuk mengelakkan terlebih budget. Rancangan selalu gagal kerana apabila tiba di suatu tempat terdapat banyak pula Sales yang ditawarkan malah tambahan dengan memaparkan passport akan mendapat lebih diskaun atau barang percuma (Tester Produk).

Seoul sendiri memang terkenal di pelusuk dunia untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik atau pun fashion jalanan. Malah negara kita sendiri import barangan dari Korea dan re-packing untuk jualan harian. 

Kalau  pergi ke kawasan Myeongdong ataupun Insadong confirm kocek anda menangis beb. Bak kata syurga dunia-wi kalau dah ke sini malah beberapa tempat yang popular. Maka sediakan budget atau aktifkan saja kredit kad. Muahahaha!



1. Kosmetik

Ini adalah barang yang sangat famous dikalangan rakyat Malaysia bila datang ke Seoul. Harganya agak berbeza dan pastinya ianya lebih murah dari Malaysia. Bagi kaum wanita pastinya susah korang nak control. Habis semua kedai depa cakap murah murah murah segalanya.

Jalan kaki kat Myeongdong saja ada beratus kedai kosmetik dengan harga gila-gila. Tak hairanlah kenapa muka depa dah macam plastik. Orang jual pisang goreng cheese pon tak hebat macam ni la der. Kalau bawak bini kat sini korang boleh setkan masa pukul berapa nak jumpa balik. So korang boleh lepak kt kedai kopi atau gi cuci mata tengok awek Korea kat Seoul Station.

2.  Broches / Rantai

Ini pon salah satu barang popular yang terletak berhampiran dengan Station Hoehyeon  atau lebih dikenali dengan nama Namdaemun Street. Saya dah lupa apa nama kompleks yang jual broches ni, korang tanya la orang sekitar kawasan. Kedai mereka conquer satu bangunan dengan beratus vendor. Kat sini juga tempat mereka pasang broches by-hand dan boleh buat customize untuk anda. Bayar aje.

Kat sini pon korang boleh tinggalkan pasangan anda untuk sekian jam lamanya. Time pergi saya tak ada wifi, maka saya terpaksa tunggu bini saya sambil baring kat lantai. Sungguh sedih... Takper kasi can la, bukan selalu datang Korea yer. Tapi gentle saya cakap, harga saing-saing kat Malaysia dengan kuality A Class punya. Tak rugi untuk beli. 

3. Baju / Seluar 

Saya stay di Itaewon, sepanjang jalan ini ada banyak kedai fashion dan butik yang menawarkan harga terbaik. Kalau yang jenis off-season lagi murah harganya. Yang penting bukan fake okay! T-Shirt Signature Korea boleh didapati dengan harga 12,000KRW sahaja. Demmm yaw! Kalau kasut Nike tu pulak boleh dikatakan murah 30% dari harga Malaysia cuma saiz-saiz popular ni memang cepat habis. Sedih!

Kalau korang jenis layan butik Nike atau Adidas, bagi saya harganya lebih mahal dari Malaysia, tak tau pasal ape. Buatan pon Made in Vietnam ade malah silap haribulan ade Made in Malaysia. Ini kalu beli confirm rare. Walaupun dibuat di Malaysia tapi ianya adalah untuk jualan luar negara. Beli jangan tak beli. Sapa cakap local-made are useless. 

4. Hardrock T-Shirt

Hampir menjadi koleksi, tapi gagal pasal baju yang saya beli di Hong Kong mula labuh macam jubah muslimah. Bagi korang yang pengumpul koleksi baju HRC, pastinya korang mencari-cari t-shirt mereka ni. Uniknya, korang mudah terjumpa rakyat Malaysia didalam kedai HRC ini dan biasanya Rock Shop ini akan menjadi kaunter informasi untuk bertanyakan tempat atau jalan. Mereka fasih English.

Harga untuk classic logo t-shirt bermula dari RM100-RM150, kalau yang ada design pelik-pelik tu rata-rata dalam RM150. Jangan lupa untuk kumpul pin HRC, dah banyak boleh jual balik dalam Amazon. Kalau nasib baik dapat la ribu-ribu.

Jangan lupa untuk singgah di HRC Seoul yang terletak didalam World Lotte Mall. Di kawasan ini juga sangat popular dengan Lotte World Theme Park, hanya bersebelahan dengan World Lotte Mall. 

5. Keychain / Fridge Magnet

Nak beli keychain atau magnet fridge adalah sangat sesuai di Seoul kerana harganya tak semahal di Tokyo. Ada banyak pilihan yang korang boleh pilih dari harga 5,00KRW sampai la 20,000KRW. Bergantung pada budget korang untuk spend souvenir ini. 

Kalau nak beli disyorkan pergi ke Namdemun Market. Ade beratus kedai dengan penjual yang sedikit sebanyak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau korang perasan nanti ade abang brader yang suka cakap macam DS Vida. Mungkin DS Vida dah jual barang kosmetik kat brader ni kot. 

Belanja kat sini memang boleh lobos jugak. Maka tetapkan had anda untuk berlanja lebih-lebih lagi untuk cenderahati. Saja nak bagitau, ada sotong king terbaik kat sini. Bleh layan.. sedap woi!

6. Handbag / Purse / Bag

Serius shit, ini memang giler bhai. Setiap penjuru jalan ade. Asal jalan sikit ajer confirm ade ajer kedai-kedai yang jual beg galas, purse mahupun handbag. Kalau korang perasan, signboard "sila berhati hati dengan penyeluk saku", sebenarnya korang dah kena seluk dengan kedai ni. Dia punya tawar-menawar boleh tembus kocek beb. Kalau korang acah-acah taknak beli lagi la gile dia letak harga. 

Ok harga setiap beg galas semuanya bermula 10,000KRW - 25,000KRW. Kalau beli yang harga 10,000KRW tu quality memang dah tiptop. Kalau kamu perasan kebanyakkan kedai-kedai kecik kat Mid Valley atau One Utama yang jual beg fashion Korea semuanya boleh dikatakan amik direct kat Korea. Sini depan jual 10,000KRW (RM39.00) saja tapi kat KL jual RM70-90.

Kalau harga yang 25,000KRW tu beg dah besar yang boleh dijadikan luggage naik flight. Dah ler lawa, murah pulak tu. Sempat juga la bini angkut berbakul-bakul. Katanya nak kasi kawan2 rapat, tapi tengok dok longgok kat rumah. Errr... silap cakap ker.?

Kedai paling best yang sana pernah masuk untuk beli bag ni di Insa-dong. Kedai ni berhampiran dengan Insa-dong Tourist Information. Kiranya kalau korang melawat kawasan Hanok village boleh ler singgah sini.

7. Biskut / Coklat / Kimchi / Snack

Tak semua biskut adalah halal dan tak semua coklat pon halal. Kena baca dan teliti. Kalau semua tulisan Korea tu silalah letak balik, kalau cuba bertanya ke kaunter pon boleh tapi takut sesalan ajer. Mereka tak paham apa yang korang nak dan korang pon tak faham ape yang dia cakap.

Antara snack yang boleh dibeli adalah biskut Honey Butter Chip, Coklat Snickers, M&M, air kopi jenama Wonda serta Nestle. Harus ingat, jika korang beli kopi atau air korang tak boleh bawak naik flight banyak sangat. Nanti kena rampas, sia-sia suda...

8. Stoking / Skaf

Setiap tempat saya nampak orang jual stokin. Dalam station Subway, keluar Subway, mana-mana lah. Harga stokin ni berharga 1,000KRW saja dengan pelbagai fashion-nista, club bola malah untuk stokin kerja pon ada. Boleh juga dijadikan souvenir untuk kawan-kawan korang atau untuk adik-beradik.

Selain tu juga mereka juga ada jual skaf. Boleh juga nak beli kalau dah kesejukkan tahap beku. Lepas pakai kasi aje la kat girlfriend mahupun boyfriend. Senang tak? Macam biasa, beli banyak-banyak dapat la nego. Tapi saya perasan orang yang jual stokin ni macam dari orang PRC (China Republic).

9. Coca-Cola

Pengumpul Coca-cola pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Air coca-cola biasanya boleh di beli di vending machine dengan harga 3000KRW serta reka bentuk Korea yang bersaiz 125ml. Lain sikit la design pasal ada tulisan Korea.

Salah satu lagi tips nak cari Coke ni korang rajin-rajin masuk grocery store. Kadang-kadang akan ada botol Coke edisi yang tidak terdapat di Malaysia.

10. Starbuck Signature

Yang ni saya kumpul Tumbler. Saya mula membeli Tumbler Starbuck yang mempunyai signature negara di Ho Chi Minh. Apa yang saya perhatikan, Tumbler Starbuck di South Korea dan Jepun ianya agak menarik pasal terdapat pilih corak minimalist. Bergantung pada tempat yang anda beli tu. 

Harga untuk sebuah Tumbler ini tak jauh beza pada setiap negara. Lebih kurang dalam lingkungan RM50-RM60, dan anda akan dapat air starbuck bersaiz Tall secara percuma untuk sebarang pembelian barangan Starbuck. 

Lebih menarik mereka ada jual ais-krim di Starbuck mereka. Nice.

This is Awesome guys...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam