Kos Harga Sebuah Motosikal MotoGP

Kos Harga Sebuah Motosikal MotoGP 

Petang semalam berakhir sukan permotoran MotoGP, yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Andrea Dovizioso menjadi juara yang diikuti oleh Jorge Lorenzo pada tempat kedua. Satu kemenangan besar bagi pasukan Ducati kali ini. 

Bagi anda yang mengunjungi ke Litar Sepang semalam pasti tidak mengecewakan, dan bagi peminat Rossi pon jangan kecewa. Encik Rossi patutnya dah boleh pencen dan tumpukan perhatian pada VR|46 Rider Academy sebagai tuan pengetua. 

Sepanjang korang dok tengok MotoGP, tahukah kamu berapa harga cost sebuah MotoGP yang ditunggang oleh rider MotoGP? Harga motosikal saja ye bukan kos seluruh operasi pasukan yer? 

Tak dinafikan dan mencatat rekod bahawa motosikal MotoGP adalah yang paling pantas di dunia , harga sebuah motosikal Motogp sekitar USD 2,000,000 atau bersamaan dengan RM 8.12juta! Mahal giler. Ini adalah harga motosikal sahaja dan belum termasuk harga penyelenggaraan serta kos operasi pasukan untuk satu musim.



Berikut adalah keterangan mengapa motosikal ini sangat mahal untuk dibina :

1. Hand Built.

100% motosikal ini dipasangan tangan oleh jurutera pengeluaran sendiri serta mekanik yang dilantik untuk penyelenggaraan pasukan mereka. Motosikal ini satu-satunya prototype dengan menggunakan teknologi terkini dalam industri sukan permotoran. Malah kebanyakkan barang dan peralatan juga dibina dengan hasil tangan pengeluar sendiri. Enjin juga dibuat secara rapi dan ianya selalu dikunci dengan selamat sehingga tiba pada tarikh perlumbaan track untuk pemasangan.

2. Rare Parts.

Bahagian spare parts adalah sangat 'rare' untuk sebuah motosikal MotoGP yang juga memberi impak kepada kos. Contohnya suspensi jenama Ohlins yang digunapakai, ianya hanya dikeluarkan khas untuk tujuaan MotoGP dan tidak dipasarkan dimana-mana pengeluar motosikal lain. Setiap peralatan gantian ini mempunyai ukuran khas serta ditempa khas selepas melalui ujian dan kajian tertentu dan dikatakan harga untuk fork hadapan mencecah sehingga USD110,000 .Setakat ini, Enjin adalah komponen paling mahal didalam motosikal yang mencecahk kos sekitar USD220,00. Tidak hairan ianya berkunci dengan selamat.

3. Expensive Materials.

Untuk menghasilkan sebuah motosikal yang ringan dan kuat, pastinya mereka menggunakan bahan yang paling terbaik dan susah untuk didapati iaitu besi seperti titanium, magnesium dan gentian karbon fiber. Dari enjin ke chasis sehinggalah fairings. Lebih daripada itu, brek motosikal ini juga menggunakan jenis karbon fiber berbanding dengan besi yang selalu digunakan pada motosikal biasa.

4. Technology.

Pada enjin perlumbaan ini, kesemua valve, kelancaran transmisi gear, sistem brek yang mantap, pergerakkan clutch yang sempuran dikawal oleh 40 sensor yang juga bertindak mengumpul data dan berkerja pada tahap paling optimum. Apabila motosikal ini tamat perlumbaan, jurutera akan mendapat kesemua maklumat dan ianya akan dibuat analisis. Kos untuk pembangunan teknologi juga tinggi nilainya untuk motosikal.

5. Wear and Tear.

Setiap perlumbaan MotoGP akan menggunakan bahan yang berlainan serta khusus pada litar litar tertentu. Paling ketara adalah penggunaan tayar yang biasanya selepas tamat perlumbaan tidak akan digunakan lagi. Disk brake hadapan dan belakang lebih kerap ditukar kerana setiapnya lebih kerap rosak dan tidak terpakai lagi. 

Namun, tag price berharga USD2juta ini tidak termasuk kos penyelidikan serta pembangunan. Penggunaan minyak juga adalah terhad kerana setiap pasukan perlu menggunakan sekadar 20 liter sehingga tamat perlumbaan. Dalam hal ini, teknologi pasukan Team Honda sangat hebat dalam penjimatan bahan api  dan sangat berguna. Selain itu, sistem elektronik yang terdapat didalam motosikal MotGP hanya ada satu sahaja didunia ini dan pastinya setiap computer chip motosikal ini dijaga rapi supaya tidak dicuri mahupun dibuat salinan.

Maka tidak hairan mengapa ianya mencecah RM8.48juta, bukan sekadar rider yang tiptop untuk mencapai kemenangan, teknologi juga perlu selari.

Esok kita ke kedai moto, dah boleh order Ysuku brek brembo. Jimat minyak katanya.

This is Awesome bro!

Sumber : usatoday.com | ducati.com | motogp.com

Comments

Unknown said…
Mahalnya.. Boleh ke kita dapatkan brg2 motor yg exsident tu? Modi lepas tu letak kat Honda rs

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam