Kota Prague, Republic of Czech

Kota Prague, Republic of Czech

Saya tiba ke Kota Prague pada hari ke 8 semasa Europe Trip tahun lalu. Bermula dari bandar Munich kami menyusuri autobahn Germany menuju ke utara. Perjalanan dari Munich ke Prague City agak jauh iaitu lebih kurang 372km, mengambil masa hampir 4jam. 

Memandu Prius Wagon adalah pilihan terbaik ketika berada di Autobhan kerana ianya sangat menjimatkan minyak walaupun pada kelajuan 150km. Ketika melintasi sempadan diantara Germany dan Czech, kami berhenti disalah satu station minyak untuk membeli pass toll Czech. Jika anda memandu di highway Czech, kenderaan anda perlu memiliki pass seperti roadtax yang dipanggil Czech Motorway Sticker berharga CZK310 (RM59.00) untuk 10hari. Ada tiga jenis pass iaitu untuk 10hari, 1bulan ataupun setahun. Saya hanya beli untuk 10hari sahaja.


Selesai membeli Czech Motorway Sticker, anda perlu tampal pada cermin kereta dan meneruskan memandu tanpa ketakutan lagi. Suasana sekitar dan keadaan jalan raya mula menampakkan perbezaan seperti dinding dan tiang fly-over telah diconteng secara vandalism. Pada setiap kilometer akan dikibarkan bendera Republic of Czech sehingga keluar highway mereka. 

Oleh kerana kami telah kehabisan bekalan makanan mentah, maka kami membuat singgahan di Tesco Extra di Skandinávská yang bersebelahan dengan Ikea Prague. Seriously, membeli barangan di Tesco Prague harganya memang murah seperti berada di Malaysia selepas tukaran matawang. Kami membeli 2kg beras harganya hanya RM6.00 sahaja. Wft! Air coke 1.5L pula RM3.50. Seriusss shit saya memang sukakan Czech!


Memang tak dinafikan ada sesetengah pihak mengatakan negara Czech memang murah berbanding negara kesatuan eropah yang lain. Salah satunya kerana taraf hidup mereka masih rendah nak dibandingkan dengan negara jiran mereka malah, antara 5 negara eropah yang saya lawati, harga minyak negara Czech adalah paling murah iaitu sekitar Euro1.20 berbanding Amsterdam Euro1.65.

Berbalik pada Tesco tadi, kami membeli beras, air coke, sos cili, udang dan filet ikan untuk santapan tengahhari dan malam kami nanti. Bergegas ke kaunter bayaran, terus menuju ke guesthouse di Havanská Kota Prague.

Saya telah membuat penempahan guesthouse melalui AirBnB untuk satu malam berharga RM230 yang mempunyai 4katil dan kemudahan peralatan dapur. Tiada ayat lain yang boleh saya nyatakan, ianya memang murah dan berbaloi. Sesuai nak lepak kalau bawak family. 

Uncle Rado Si Tuan Rumah

Tiba di apartment Havanská, pakcik Rado (tuan rumah) menyambut ketibaan kami dengan sangat mesra. Perwatakkan kasual, berwajah seakan orang Russia. Beliau menunjukkan tempat parking kereta dan membawa kami ke apartment 5tingkat. Mujur ada lift. Rumah yang dihiasi denngan dekorasi barangan Ikea membuatkan terasa selesa yang teramat. Ada dapur, bar kitchen, 1 bilik yang mempunyai 2katil dan 2 katil lagi ditempatkan di kawasan ruang tamu. Sememangnya selesa habis. 



Uncle Rado memberi penerangan mengenai tempat pelancong di sekitar kota Prague, cara menaiki tram atau train, memesan supaya jangan membuat penukaran duit di money exchange, bercerita mengenai scam yang popular di Prague. 

Scam tidak dapat dipisahkan di Kota Prague, maka jika korang solo travelers mahupun travel secara berkelompok anda harus berhati-hati serta lebih peka pada persekitaran. Jangan terlalu leka dengan selfie dan mudah beramah mesra. Terdapat banyak scam yang popular di Prague. Korang boleh tengok channel youtube disini.

Selesai penerangan dari Uncle Rado, chef kami memulakan misi dengan memasak makan tengah hari yang pastinya kami sedang berlapar kerana perut ini belum lagi diisi dengan makanan ruji. Menghabiskan makanan dengan secepat mungkin dan menunaikan solat jamak qasar di apartment ini. Tidak begitu susah untuk mendapatkan arah Qiblat.

Selesai makan dan solat, kami bergegas turun menuju ke Old Town Prague. Kota ini sememangnya tidak sukakan kereta maka kami membiarkan kereta kami berehat secukupnya setelah jauh berjalan. Berjalan kaki menuju station tram yang terdekat iaitu Station Sparta. Berhampiran dengan staiton ini terdapat sebuah stadium bola sepak club tempatan yang dikatakan termashur juga. Petikan dari kata-kata Uncle Rado tadi. 

Ketika saya di Prague, saya tak pernah membeli tiket menaiki public transport seperti menaiki tram. Kata Uncle Rado, dia tidak pernah membayar tiket tram sejak berumur 17tahun dan hampir 40 tahun sudah pun. Jadi kami pun dengan selamba menaiki tram dan buat aje la muka petak.


Laluan tram dan train di Prague agak keliru juga kerana tram bergerak seperti menggantikan bas. Maka kalau tengok peta tourist dan juga peta di station sememangnya keliru. Jadi, saya lebih gemar menggunakan google maps yang mana ianya akan memberitahu kami perlu ke station sekian dan amik train nombor sekian. Ianya sangat mudah dan tidak perlu keliru. Terima kasih google.

Lawatan pertama kami adalah Prague Castle. Sememangnya banyak sejarah yang boleh saya ulas ketika disini tapi saya malas nak cerita panjang lebar. Yang saya boleh selit adalah Castle Prague ini adalah salah satu Istana Raja yang tidak dibomkan pada perang dunia kedua oleh tentera Nazi. Kenapa Nazi tak bom? Itu kena bukak buku sejarah lain. 




Hasil daripada peninggalan ini, maka Kota Prague terselamat dari kekejaman tentera Nazi dan membuatkan Kota ini secara tidak langsung masih beridri utuh dengan bangunan bangunan lama yang cantik dan awesome! Sebelum memasuki Castle ini, kami perlu melalui pintu keselamatan dimana badan dan beg anda diperiksa oleh tentera bertugas. Ini adalah bertujuaan supaya anda tidak membawa bahan letupan dan juga pistol. Untungnya mereka tidak mohon untuk semakan passport tapi ucapan Welcome dilontarkan. Bagus...



Istana ini sangat besar dan masih berdiri utuh dengan beberapa menara tinjau serta sebuah gereja katolik yang besar. Pada ketibaan kami ini berlangsung istiadat petukaran pengawal tentera bertugas, maka kami sempat tengok mereka berkawad serta menyerahkan panji bendera negara mereka. Orang ramai berpusu dari jauh untuk mengambil gambar dan ingin melihat istiadat ini.




Habis sesi bersejarah kami, di luar istana ini terdapat sebuah Starbuck Cafe yang bagi saya ianya adalah paling hebat pernah saya jumpa sepanjang melancong separuh dunia ini. Starbuck Cafe ini sangat unik kerana ianya berada dibawah jalan raya menaiki ke istana setinggi lebih kurang tiga tingkat. Pada tingkat atas Starbuck ini diletakkan meja dan kerusi untuk penggemar kopi menikmati suasana permandangan keseluruhan Kota Lama Prague. Tingkat dua pula tempat Barista dan beberapa meja dan kerusi santai manakala tingkat paling bawah adalah laman santai serta tandas. Sangat unik dan hebat kerana pihak pengurusan menggunakan seni bina kubu lama dan menjadikannya sebuah kedai kopi yang awesome!



Sempat juga saya membeli Starbuck Tumbler dan meneruskan perjalanan menuju ke Charles Bridge. Orang cakap, jika korang ke Prague dan tidak ke Charles Bridge ibarat korang tidak pernah jejak kaki ke Prague. Orang cakap la bukan saya yang cakap. Sepanjang perjalanan saya menuruni bukit dari istana ke Charles Bridge terdapat banyak kedai cenderahati dan juga kedai makan serta bar. Dinasihatkan korang jangan membeli cenderahati sekitar ini kerana ianya masih lagi mahal. Petikan Uncle Rado.




Tiba di pintu gerbang Charles Bridge, orang boleh dikatakan terlalu ramai. Saya mula menukarkan posisi beg galas saya dari belakang ke hadpaan untuk keselamatan barang saya. Saya tidak pasti mengapa orang begitu ramai dan suasana agak sesak sepanjang jambatan ini. Pada hari saya jejakkaki ke Prague ianya adalah hari bekerja dan waktu bekerja. Tak tahulah kalau Czech cuti ker hati tu.

Sepanjang jambatan ini, ramai warga tempatan yang sedang berniaga menjual hasil seni mereka seperti lukisan, bentuk arca, alatan muzik dan paling digeruni adalah silap mata. Jangan sesekali korang nak memandai layan silap mata depa ni. Silap haribulan, kena pukau dan kalau tak kena pukau kena pau pasal jadi penonton. Depa pasti akan mintak duit. Jadi please, kalau nak layan magic boleh tengok dalam TV. Dont be fool guys. 

Kami hanya singgah dipertengahan jambatan dan mengambil gambar dalam suasana sesak. Tanpa melengahkan masa, kami meneruskan perjalanan untuk ke Astronomical Clock. Tiba dipenghujung jambatan, keadaan bertambah sesak kerana disini terdapat sebuah gereja yang sedang memainkan muzik loceng yang menandakan masuk jam 3.00petang. Alunan loceng muzik gereja ini agak merdu kerana tidak pula pernah saya dengan sebelum ini. Tapi jangan terlalu leka.



Kemegahan Kota Prague

Berjalan memasuki Old Town Prague ini boleh dikatakan awesome. Kiri dan kanan terdapat kedai makan, bar dan juga kedai cenderahati yang sampai peniaga boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Yaa bro berbahasa Melayu. You got my respect bro. Didalam kawasna Old Town ini, korang boleh mula shopping cenderahati keran kedai saingan memang banyak. Korang boleh nego dengan mereka dan jika tak suka, korang keluar kedai dan mereka panggil balik untuk dapatkan harga persetujuan. 

Secara jujur, hanya di Prague sahaja barang cenderahati seperti keychain dan magnet frdige hargnya murah. 1 biji lebih kurang CZK80.00 (RM15.00) dan jika amik 5 ketul boleh jatuh pada CZK350.00 (RM65.00). Ada juga beberapa helai baju cetakan tempatan yang menggantikan baju Hard Rock. Sehelai baju dewasa berharga lebih kurang CZK200.00 (RM47.00).



Habis shopping barang cenderahati sebagai kenangan, kami meneruskan dicelahan laluan lorang sehingga tiba di Astronomical Clock. Ini adalah subjek sejarah yang kedua selepas Prague Castle tadi. Astonomical Clock ini adalah sebuah jam besar buatan tangan yang telah dibina pada tahun 1410. Kegunaan jam besar ini adalah untuk mengukur kedudukan matahari, bulan, masa dan ianya masih berfungsi sehingga pada hari ini. Membaca sejarah yang ditulis, pencipta jam ini telah dibutakan matanya oleh Raja beliau kerena raja mereka tidak mahu lagi pencipta mencipta jam seperti ini pada negara lain. 

Hasil dendam itu, pencipta telah merosakkan jam ini dan ianya tidak boleh berfungsi sehingga beratus tahun lamanya. Pada tahun 1659, jam ini telah dibaiki oleh seorang jurutera dan ianya dibaiki bekali-kali kerana mengalami kerosakkan yang pelik dan tempias peperangan. 




Suasana sekitar Astonomical Clock ini juga sangat sibuk dan sesak. Maka saya hanya bergambar seketika sahaja dan bersebelahan dengan jam ini terdapat sebuah dataran yang dinamakan Old Town Square. Disini agak sempoi juga bergambar kerana banyak bangunan lama dan unik berdiri megah. Seakan berada didalam filem James Bond dan juga Mission Impossible. Tidak hairan mengapa orang sangat sukakan Prague walaupun negaranya tidak maju seperti negara jiran mereka Germany. 

Point seterusnya adalah mengunjungi Hard Rock. Tidak jauh dari Old Town Square tu terletaknya HRC Prague. Kat sini saya laburkan duit saya yang dah mula kecut dengan membeli Tshirt Signature HRC Prague. Pasalnya untuk ke Prague ini boleh dikatakan rare dan saya tak pasti adakah saya akan jejaki lagi Kota Prague ini dikemudian hari?


Shopping ala-kadar, kami berjalan menyusuri Sungai Vlata yang membahagikan diantara Old Town dan kawasan bandar Prague yang lain. Destinasi seterusnya adalah The Dancing House. Tempat ini tak jauh sangat tapi jika berjalan kaki boleh penat juga. Tapi kami memilih untuk berjalan kak isecara santai sambil menikmati suasana tepi sungai dan juga bangunan klasik yang unik. Kedia kopi sememangnya banyak disini dan tidak perlu risau jika korang nak singgah minum sekadar secawan kopi kosong. Jangan pula meneguk arak pasal yang pasti harganya juga murah berbanding dengan negara sekutu Eropah yang lain. 




Dancing House adalah sebuah bangunan yang unik dan dibina oleh arkitek seni yang hebat. Bangunan ini seakan kemek dan remuk menjadikan tumpuan pelancong yang tidak langsung juga membuatkan kawasan ini sibuk serta merta. Ramai pelancong bergambar disini tanpa menghiraukan lalulintas. Agak bahaya juga kerana kawasan ini juga persimpangan laluan tram yang sibuk.



Suasana mula lewat petang, maka kami tak punyai tenaga kudrat yang banyak untuk berpatah balik ke apartment. Maka kami hanya mengambil tram dengam menaiki secara percuma dan terus menuju balik ke Old Town. Google Maps digunakan secara meluru untuk mendapatkan nombor tram dan juga laluan yang betul. Tepat dan tidak keraguan lagi, setiap station yang dilalui semuanya betul dan kami tiba kembali di Station Sparta tanpa membayar 1sen pon tiket. 

Hari mula senja dan perut mula lapar kembali. Badan yang dah lesu kerana perjalanan dari Munich seawal pagi tanpa rehat mampu membuatkan otak dan mata mohon untuk berehat. 

Anjing Yang Durjana

Sebelum balik ke apartment, kami singgah sekejap di kedai serbaneka berhampiran dan saya tidak melepaskan peluang untuk membeli Snickers dan juga Ice Lemon Tea untuk manisan saya ketika didalam kereta esok. 

Dalam perjalanan pulang, suasana agak sepi dan tenang sekali seperti tidak penghuni. Selepas membuka kunci utama apartment, kami telah disergah oleh seekor anjing yang memang gampang! Saya terus membuat larian 100meter dengan pantas menaiki tangga meninggalkan rakan menjadi mangsa anjing gila!. Usop dan Syed terselamat kerana mereka berdua sedang berlari menaiki tangga yang sama dan hanya Nik sahaja menyusuri dinding laluan sambil disergah oleh anjing. Kecut juga pasal anjing itu tidak diikat oleh tuan mereka. Bodoh betul. Padahal kalau tak ada anjing tu kami boleh je naik lif dan terus ke tingkat 4.  Tak pasal-pasal ada larian 100meter dalam apartment dan kena naik tangga sampai tingkat 4. Memaki dan mencarut adalah perkara terbaik ketika ini. Nak harom!

Memasuki apartment dengan penat lelah, The Chef melaksanakan tugas memasak makan malam. Hidangan double dihidangkan untuk kesejahteraan sejagat. Malam yang indah itu kami lepak santai dengan minum kopi yang diberikan oleh tuan rumah dan kenangan di Prague ini pasti tidak saya akan lupakan. 

Seperti saya katakan sebelum ini, Kota Prague adalah salah satu travel bucket saya selepas Budapest. Walaupun saya hanya tinggal 1 hari dan 1 malam di Prague, ianya sangat berbaloi untuk menjejak kaki disini. Kehidupan disini agak normal dan tidak telalu bahaya jika anda tidak mencari pasal. Bahan mentah yang murah seperti di Malaysia dan suasana sekeliling yang awesome!

Jika diberi peluang saya mahu kembali ke Prague.

Farewell Prague.

This is Awesome bro...

Picture taken by Nazrul Akram & Syed Kamarul with Samsung Galaxy Note 5

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam