Top 10 Best True Story Movie

Top 10 Best True Story Movie

Sembang pasal movie nih, saya sememangnya kaki movie. Sebut saja movie apa yang nak tengok pasti tanpa gagal. Tapi sejak ada anak ni saya terlalu jarang ke cinema untuk tengok filem filem baharu melainkan Box Office yang superb seperti Furious chain ataupun the legendary Star Wars. Selebihnya saya hanya layan dalam channel Astro saja, itu pun kadangkala asyik repeat mcm nokharam.

Pada usia sebegini, chanel HBO dan Fox movie lebih diberi perhatian dan khusus kepada filem bergenre Drama dan True Story, kalau xsempat tengok record saja dan nanti layan balik time bagi anak makan waktu prime time. Biasala bini mesti bebel punya la...

Berbalik pada tajuk asal, disini saya nak share dan senaraikan filem-filem base on true story dan base on true event kerana apabila tamat atau penghujung cerita ini akan berkisarkan satu moral malah memberikan sedikit suntikan motivasi. Hasil daripada ini, lately saya banyak menonton filem jalan cerita yang telah berlaku dan difilemkan. 

Syok bro layan cerita macam ni. Bukan sahaja sejarah, malah menarik kerana ianya pernah berlaku dan kita tidak mengetahuinya. Kebanyakkan filem true event movie ini akan dilakonkan pelakon yang mantap seperti Denzel Washinton, Samuel L Jackson dan Leonardo De Caprio dan Tom Hanks

Antara cerita mendapat award top 10 saya sendiri adalah seperti berikut, sedikit ringkasan mengenai filem tersebut :

1. The Goodfellas (1990) : 


Kerjaya menjual dadah sejak remaja, menjadi gangster, konflik dalaman diantara gang dan paling penting mencintai keluarga.


2. Rush (2013) : 


Perjalanan sebuah cerita pembangunan sukan Formula 1 bagaimana Ferrari berjaya menempah nama agung di FIA. Memberikan motivasi tidak pernah kalah dan mengalah dalam setiap pertandingan dan terus berusaha.

3. Coach Carter (2005) : 


Memberikan motivasi diri yang hebat dan memberikan pengajaran kepada pelajar bahawa sukan dan akedemik perlu serata untuk terus berjaya.

4. Catch Me if You Can (2002) : 


Menipu semua orang termasuk mak ayah. Lari pindah-randah dengan hasil menjana duit cek yang ditipu.

5. Captain Phillips (2013) : 


Rompakan bersenjata lanun Somalia, kedegilan, ketamakkan dan terus berusaha untuk mencari jalan keluar demi menyelamatkan nyawa sendiri.

6. Blood Diamond (2006) : 


Perebutan wang dan harta untuk mendapat sebuah berlian. Hamba abdi digunakan sepenuhnya dan penuh kesengsaraan hidup. Memberi motivasi untuk terus berusaha dan saling tolong-menolong.

7. Saving Private Ryan (1998) : 


Menceritakan perjalanan untuk menyelamat dan menolong orang semata-mata sehinga mengadai nyawa pasukan.

8. American Gangster (2007) : 


Memberikan motivasi diri, cara berusaha walaupun unsur sumber yang salah, menceritakan segala pengurusan diri dan masa dan mencintai keluarga.

9. The Pursuit of Happyness (2006) : 


Cinta ayah kepada anaknya yang bergelut dengan kehidupan cengkaman kota. Bila ada anak tengok balik cerita ni bleh gugur ayaq mata.

10. Cadillac Record (2008) : 


Jatuh bangun untuk industri muzik pada kala kaum orang kulit hitam diberi tekanan hebat di Amerika.

Ada satu lagi movie base yang saya mahu senaraikan tapi ianya berdasarkan sebuah novel hebat iaitu - The Shawshank Redemption. Kongsikan cerita-cerita base on true story anda kepada saya yang anda rasa terbaik pernah anda tontoni!

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam