Lauterbrunnen, Switzerland

Lauterbrunnen, Switzerland

Tempat ini saya ketahui setelah team Rarecation dari Saful Nang membuat private trip kepada Datuk Alif Syukri. Hasil daripada itu, saya mula membuat searching di dalam google dan google map untuk menuju ke sana daripada bandar Zermatt. 

Jika memandu dan mempunyai internet akses, tidak menjadi masalah di Swiss kerana ianya sangat mudah dan senang. Anda tak perlu risau nak kena bayar toll, nak kena parking kat mana. Rata-rata jalan raya di Swiss tidak sesibuk bandar kita. Ianya sangat tenang dan awesome! Cuma berhati-hati dengan saman parking ajer. Saya dah kena. Hahaha...

Ketika melawat di daerah Lauterbrunen, anda boleh membuat banyak persinggahan kerana ianya salah satu destinasi utama di Swiss. Antara yang korang boleh lepak adalah Tasik Interlaken, pekan Lauterbrunen dan Wengen. Kesemua kawasan ini menjadi lebih terkenal kerana ianya merupakan kawasan penggambaran cerita Shah Rukh Khan, saya tak pasti ler cerita ape tapi itulah yang dinyatakan. Scene guling-guling, berlari-lari bawa sari dan mengurat semuanya difilemkan di sekitar kawasan ini. Tak percaya? Tengok gambar saya nanti.


Daripada pekan Zermatt, kami menetapkan destination menuju ke Tasik Interlaken. Tempat ini menjadi pilihan kerana ianya sebuah tasik yang besar dan cantik untuk rehat makan tengah hari. Banyak tempat henti rehat yang disediakan di tepi tasik, korang pilihlah mana tempat korang nak berhenti di tepi tu. Saya masuk ke kawasan perkampungan kecil, Ya Allah... alangkah beruntungnya rakyat mereka dapat menetap disini kerana suasana kampung yang sangat bersih, tenang, dan bersebelahan dengan tasik yang jernih. Betul bro... air tasik dia crystal clear bro... kalau musim panas mahu saya terjun tasik dah. 

Bersebelahan dengan kampung ini terdapat laluan kereta api, korang boleh lintas dan bergambar. Cantik gila scenery dia. Apa lagi, bukak bekalan dan makan tengah hari kat tepi tasik ler. Walaupun nasi goreng dah jadi sejuk giler, tak apa... asalkan pengalaman makan tengahhari tepi Tasik Interlaken tidak akan dilupakan. Sesudah makan, saya berjalan sekitar tepi tasik itu. Ternyata kalau musim panas, pasti saya akan terjun tasik ni. Apa yang kamu nak? Tandas awam pun ade... bersih gile macam tandas hotel pulak tu.. Air tasik jernih sampai nampak batu dengan pasir. Pokok-pokok kuning keemasan tepi jalan. Terbaik! 





Kami tak lama disini, terus bergerak menuju ke pekan Lauterbrunen. Ini adalah destinasi utama kami. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, jika korang tak memandu di Swiss, korang boleh guna Travel Pass Ticket untuk ke satu destinasi yang kamu nak pergi. Tiket-tiket ini boleh custom dan mempunyai tamat tempoh. Paid and get the ticket.

30 minit masa diambil dari tasik ke pekan Lauterbrunen. Tiba di pinggir bandar ini keadaan sedikit sesak dengan bas dan van perlancongan. Ini adalah bukti kawasan ini sememangnya tumpuan pelancong. Nun dari jauh sudah terpapar lukisan Illahi dimana korang boleh nampak air terjun yang keluar dari perut bumi di belakang pekan ini. Walaupun waktu ini keadaan sedikit mendung dan berawan. Namun keindahanya tiada tolok tanding. 

Pada saya, ramai pelancong dari negara Korea yang tiba ke kawasan ini dan ada juga beberapa rakyat warga Arab dan Indian berkeliaran serta rehat minum kopi. Kami hanya berjalan kaki sekitar pekan ini dan bergambar sahaja. 

Baca : Kembara ke Europe saya selama 12 hari disini

Pekan ini sebenarnya lebih kecil daripada Zermatt, tapi ianya sangat kompleks dan semuanya ada. Daripada kedai makan, hotel, sekolah malah ada hospital kecil ditempatkan. Saya rasa rakyat mereka jarang sakit sebab tu hospital dia kecik. Sebesar rumah dua tingkat saja hospital dia. Walaupun ramai pelancong, keadaan agak tenang dan anda juga tidak dibenarkan membuat bising sekitar kawasan kampung ini kerana terdapat penduduk yang menghuni dalam setiap rumah dan perlu hormati privasi mereka dengan tidak masuk ke kawasan rumah semata-mata untuk bergambar. 






Agak logik jika penggambaran filem Hindustan kerap dibuat di kawasan ini, ianya sangat cantik. Jadi kami terus berjalan menuju ke Station Lauterbrunen. Dari sini kami perlu naik train untuk ke pekan Wengen. Beli tiket menggunakan Vending Machine. Nah... tiket return berharga CHF13.60 (lebih kurang RM52.00) untuk perjalanan dua station sahaja. Macam saya cakap, Swiss memang mahal bro! Huhuhuhu


Menaiki train bukit menuju ke punck bukit Wengen mengambil masa lebih kurang 30minit. Sepanjang perjalanan ini kelihatan air terjun Lauterbrunen yang gah membasahi bumi sekitar kawasannya. 

Ya Allah... jika ini yang dikatakan serpihan Syurga, bagaimanakah bentuk syurga-Mu Ya Allah... Tidak tertulis bagaimanakah terlalu indah Syurga Allah untuk hamba-Nya.


Hati sedikit sebak, terharu melihat permandangan dari atas bukit walaupun pada tika ini hanya naik train sahaja.

Tiba di pekan Wengen, disambut baik oleh konduktor mereka. Rupanya train ini meneruskan perjalanannya menuju ke Station Kleine Scheidegg. Daripada situ anda boleh pergi ke Top of Europe dimana filem James Bond 007. Saya tak pergi kesana kerana duit tak tebal. Ianya memerlukan tiket berharga CHF89.00. Huuuu huuu huuuuuu.


Cukup untuk singgah di Wengen, kami hanya berjalan-jalan sekitar pekan ini dan ternyata kawasan ini adalah tempat lakonan cerita Shah Rukh Khan. Errr filem ape tak tahu tapi team member dia tahu cerita ape. Anda boleh berjalan sekitar pekan ini dari hujung ke hujung jalan. Ada kedai kopi, sekolah dan beberapa facilities yang sama seperti pekan Zermatt dan Lauterbrunen. Saya tak jalan agak jauh pasal cukup untuk saya ronda-ronda sekitar melihat senibina klasik orang Swiss dan permandangan gunung yang besar dan agung. 

Lepak di kerusi yang disediakan dibawah pokok kuning keemasan sambil pekana kopi kecil yang dibeli di kedai station train tadi. Cuaca mula sejuk kerana tiupan angin dari gunung menuruni dan matahari mula terlindung disebalik gunung besar. Dari pekan ini anda boleh lihat banyak terusan kabel yang yang disambung untuk tujuaan pelancongan. Sememangnya Swiss memajukan industri perlancongan. Macam saya cakap tadi, Beli dan bayar sahaja.

Dah puas lepak di Wengen, masa pun dah cukup waktu untuk kami meronda pekan. Maka kami balik turun kembali ke Lauterbrunen. Anda tak perlu beli tiket pasal tiket semuanya adalah return. Jangan nak cilok pasal nak naik train kan ada konduktor yang stamping tiket anda. Jangan nak cilok.







Tiba di Lauterbrunen, hati sedikit sedih untuk meninggalkan pekan yang berharga ini. Kami mengambil kereta dan destinasi seterusnya adalah ke bandar Zurich yang terletak 80km atau 2jam dari Lauterbrunen.

InsyAllah, jika diberi kesihatan. Saya mahu kembali ke negara Swiss ini bersama keluarga. 

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam