Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Percutian singkat selama 24 jam atau dengan kata lain adalah 2 hari 1 malam pada minggu kedua bulan Syawal. 

Ini adalah plan ayah saya yang menghadirkan diri atas urusan kerja di Cameron Highland dan terus lajak ke pantai barat negeri Perak. Pada petang Jumaat kami telah bertolak dari KL ke Ipoh Perak untuk menginap 1 malam sebelum bertolak ke Pangkor. Tiba di Ipoh pun dah malam so tiada lawatan sosial dijalankan.


Pagi Sabtu dengan cuaca hujan renyai dan redup. Kami bersiap untuk menuju ke Jeti Marina di Lumut Perak. Perjalanan melalui Seri Iskandar agak lancar tetapi traffik sedikit banyak pada awal pagi ini. 

Ini adalah percutian pertama kami untuk ke Pulau Pangkor bersama Nazril. Dia tak pernah ke Pangkor sebelum ini dan agak teruja untuk menaiki feri. Maybe dia dok bayang macam Star Cruise kot.

Percutian budget ini sememangnya mematuhi kocek kami yang sedang kecut selepas hari raya ni. Agak berbaloi dan Awesome! Kalau pergi Langkawi gamaknya rabak juga kocek ni kan.

Ada 2 pilihan untuk menaiki feri menuju ke Pangkor - 1 adalah Jeti Lumut dan 1 Jeti Marina. Saya memilih jeti Marina kerana orang tak berapa nak ramai dan suasana jeti agak selesa berbanding Jeti Lumut. Macam tak payah cerita panjang kot pasal dah ramai yang pernah pergi Pangkor kan.



Harga tiket feri dari Marina ke Pangkor adalah RM14.00 dewasa (Return) dan RM8.00 untuk kanak-kanak (Return). Berbaloi la pasal perjalanan memakan masa hanya 20minit ajer pun. 


Waktu feri adalah berbeza dengan feri Lumut iaitu bermula 07:30, 08:30 dan seterusnya. Kiranya sejam sekalilah. Kalau terlepas tunggu aje laa nak buat macammana, tak bosan sangat pasal banyak restoran dan gerai kat Marina ni.

Dalam feri korang tak payah ler nak imagine macam Star Cruise bagai, cukup ler bayar RM14.00 tu duduk ler mane2 seat yang korang nak duduk. Kalau tak nak duduk boleh naik tingkat atas dok kat luar sambil tengok view.


Dah sampai jeti, ini adalah decision yang perlu korang buat sebelum tiba di Pangkor iaitu samada nak sewa kereta ataupun nak naik van kaler pink tu.

Oleh kerana trip adik beradik ni ada 6 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, kami pilih untuk menyewa sebuah Alza untuk memudahkan pergerakkan bebas kami selain nak tunggu teksi. 

Untuk sewa van pink selama 3jam ronda sebuah pulau, ianya berharga RM80.00 per trip. Lepas 3jm korang bayar ler lagi kalau korang nak pergi makan ke, mana-mana ke. Kalau dibuat kira-kira, lebih untung sewa kereta kalau ramai macam ni. Berbaloi la sewa Alza ni harganya RM140.00 setelah tawar menawar dengan taukey Cina macam mat pit!


Dah dapat kunci, korang isi aje minyak RM10-RM15. Pangkor ni kecik ajer, kalau satu round loop tak sampai 10km pun.

First destination adalah checkin, drop luggage yang banyak ni masuk bilik. Kami menginap di Puteri Bayu Beach Resort. Harga murah, bilik aircond sejuk, ada swimming pool dan breakfast. Dalam bilik okay aje laa, sesuai dengan harga RM80.00/malam yang penting aircond sejuk bhai. Apa gunanya bayar bilik mahal-mahal aircond mcm kipas angin aje kan. Tapi resort ni memang tiptop aircond dia! Memang boleh rekmen kat sedara.


Lepas checkin, kami terus drive menuju ke Teluk Nipah. On the way tu boleh ler singgah sekejap di beberapa pantai kecil mereka tapi saya memang respect. Kawasan pulau ini sememangnya dijaga rapi oleh pihak majlis. Rumput pendek tak de lalang, daun selalu disapu, susah nak nampak sampah tepi jalan. Pastu banyak kerusi dan pelantar pemandangan disediakan untuk tengok sunset dan kawasan pantai lain. Tahniah pada pihak Majlis.

Telok Nipah.

Di Pangkor, tempat happening dan popular adalah Teluk Nipah. Pasal kat sini ada banyak kedai makan, restoran, kedai cenderahati dan tempat yang korang nak snorkel, main jet ski atau nak layan diving. 

Tapi bagi saya, ada banyak lagi kawasan pantai yang kecil menyediakan perkhimatan ini malah jauh lebih murah contohnya pantai yang dekat dengan resort kami duduk, Pantai Bogak. Ingat, Teluk Nipah dalah pantai komersil Pangkor, maka harga sedikit berbeza lah ye.

Saya tak amik pun mana-mana pakej, hanya lepas makan cokodok dengan minum saja tengok Nazril main pasir dengan atuknya.









Pantai Teluk Dalam.

Dah settle lepak makan pagi meneruskan pemanduan menuju ke utara Pulau ini iaitu di Pantai Teluk Dalam. Tak jauh mana pun perjalanan dari Teluk Nipah cuma keadaan agak berbahaya pasal jalan sememangnya cerun, koner u berkali-kali pastu terlalu rapat dengan tebing kaki bukit. Berhati-hati apabila mengambil corner u-turn, sila banyakkan main hon untuk memberi alert kepada incoming motorist atau motorcar. Depa suka layan lap area sini. 

Pantai Teluk Dalam tak berapa nak famous pasal tak leh nak mandi sangat sesuai degan namanya. Ianya lebih sesuai untuk kamu yang suka memancing. Ada jeti dan beberapa port yang telah disediakan oleh kaki pancng sendiri kat sini. 

Untuk ke penghujung Pulau ini, korang kena trekking sikit. Park kereta pada menara tinjau dan jalan kaki pada trek yang disediakan. Kawasan ini sedikit berbatu sebab tu tidak dibuat jalan raya untuk ke penghujungnya.



Pangkor Town.

Ini adalah kawasan utama didalam Pulau Pangkor kerana disinilah terletak pusat pekan Pangkor. Antaranya ada ank Maybank, Agro Bank dan kalau korang perasan dekat Jeti ni ada Balai Bomba. Pastu pekan Pangkor ini adalah jeti utama korang untuk masuk dan balik ke tanah besar.

Kalau nak cari makan kat sini saya mengsyorkan sebuah restoran yang memang murah harganya dan sedap! Nama restoran ini adalah lupa namanya.... hahahaha!

Senang nak cari, korang google maps Masjid Kampong Melayu, restoran ni terletak sebelah dengan pagar Masjid. Ada dua restoran kat situ, korang try la kedua-dua restoran tu. Tak salah pun dah nama rezeki dia kan.

Sekitar pekan ini juga korang juga boleh beli barang-barang cenderahati macam baju, keychain atau fridge magnet. Harga memang murah lah dan saya perasan kat sini memang harga murah, dari harga makan kat kedai, beli barang runcit sampai laa nak beli souvenir. Tak caya? Meh datang sini tengok harga sendiri. Rasanya macam lag imurah daripada Cameron Highlands.

Masjid 1000 Selawat.

Dah settle makan tengahhari, mari kita melawat lain pulak. Next destination adalah Masjid 1000 Selawat yang terletak dibahagian selatan pulau. Masjid ini baru dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2014 dan menariknya, masjid ini dibina didalam air dan seakan terapung sahaja.

Apa yang saya boleh katakan, masjid ini memang cantik pasal senibina dan corak mosaic yang digunakan untuk menghiasi dinding masjid adalah selawat-selawat. Sebab itu masjid ini dinamakan Masjid 1000 Selawat.

Bagi non-muslim, anda boleh melawat masjid ini dan penjaga akan mengenakan pakaian yang menutup hijab anda untuk melihat sekitar kawasan masjid ini.

Untung kalau datang, boleh terus jamak qasar dalam masjid ini. Pada bahagian dalamnya memang cantik dan indah. Terasa selesa dan tenang sahaja berada didalamnya.

Jangan lupa untuk niat dan sedekah pada masjid yang anda kunjungi.




Dutch Fort.

Meneruskan perjalanan balik ke hotel, kami singgah lagi satu tempat, dimana tempat ni jugak rasanya tak perlu saya nak cerita panjang lebar. Dah jagi satu tempat persinggahan wajib dan terlalu komersil di Pangkor ini. Adalah sebuah tempat bersejarah yang kitakan tempat kubu dan penempatan orang Belanda semasa penjajahan mereka dulu-dulu. 

Tapi menarik disini, kedai-kedai ini dibina dengan rekabentuk senibina Netherlands dan macam bangunan di Amsterdam pulak. Rindu Amsterdam... huhuhuhu..

Kalau korang larat, korang boleh masuk berjalan kaki lagi kedalam lagi. Ada track trekking menuju masuk ke Hutan Simpan Pangkor. 



Pantai Pasir Bogak.

Sebelum rehat di hotel, kami singgah di Pantai Pasir Bogak. Pantai ini agak awesome berbanding dengan Pantai Teluk Nipah kerana ianya tidak ramai orang melainkan orang yang menginap di resort sekitar pantai ini. Seperti yang saya cakap sebelum ini, water sport disini lebih murah berbanding dengan harga di Teluk Nipah. Mungkin pasal tak ramai orang jadi mereka terpaksa turunkan harga untuk menarik pelanggan.

Saya menginap di Puteri Bayu Resort, jadi resort ini sememangnya Pantai Pasir Bogak. Kalau korang mandi-manda disini keadaannya tidak berapa nak selamat kerana pantainya agak cerun kedalam. Jadi kalau bawak anak sila selalu perhatikan keadaan mereka. 

Kalau nak berkelah, camping, kawasan ini amat sesuai kerana cuaca selalu redup dan menghadap Selat Melaka dan Pulau Pangkor Laut. Boleh layan tengok sunset kat pantai ini ala-ala Bali ler. Err cuma perhatikan sedikit kot0kot kalau ade najis-najis yang tidak sepatutnya. Huhuhu....

Dah tiba dihotel, acaray ang terbaik adalah acara tidor beramai-ramai. Dah penant memandu dari Ipoh ke Lumut, layan naik feri lagi pastu terus ronda-ronda keliling Pangkor. Adalah lebih baik kita lelap seketika sebelum acara mandi manda di pantai.

Tapi hasrat ini tidak kesampaian pasal Nazril tak nak pulak dia tidur. Excited nak mandi kolam dengan mandi pantai, tidaknya mau tidur.

Maka abahnya terpaksa laa gigih jugak bangun layan karenah anak nak mandi manda.



Pasal jam masih lagi pukul 430pm, saya jalan-jalan sekitar Pantai Bogak ini dengan tengok suasana resort yang masih lagi dijaga rapi walaupun seperti dimakan cuaca. Ada kolam renang besar dengan 3 layer, iaitu untuk infant, child dan dewasa. Kalau tang dewasa tu dalam dia 6kaki bro... hilang kepala kalau terjun tu.

Pasal dah jalan kaki, ketiak mula basah, maka kita teruskan jugak mandi pantai. Terbaik pantai ini memang reduh pasal ada banyak pokok-pokok besar terus ke gigi pantai. Tidak sia-sia memilih resort ni, dah ler murah sebelah dengan pantai pulak.

Acara main pasir, lepak santai dengan mandi laut menjadi acara leka bagi anak dengan bapaknya. Ombak makin lama makin kuat, kena selalu perhatikan mereka. 

Bila dah mula rasa selesa, mandi lagi kolam kat tengah resort tu. Kita kasi bilas air laut camput dengan air kolam. Habis tangan Nazril kecut. Baru laa reti nak naik bilik. Cuaca pun cantik aje, macam mendung dan tidak terlalu panas aje.

Makan Malam di Restoran Abe Tomyam.

Kalau dah berenang-renang tu, perut mesti laa lapar bro... bohong la kalau tak laparkan. Jadi dah kami semua siap-siap semua untuk ready for the dinner. Malas nak pusing jauh, saya pilih restoran sebelah saja dengan hotel ni iaitu Restoran Abe Tomyam. Restoran ini baik juga pastu harga dia murah giler kot. 

Kalau korang nak makan western food atau burger pun ada, orang lain yang buat kira macam tumpang kedai Abe Tomyam la. Kalau masak-masak macam ala thai tu baru ler kedai dia gorengkan. Kami hanya makan ala-carte saja pasal nak cepat. Saya makan nasik ayam paprik harga dia RM6.00, meehun goreng RM5.00 pastu koew teos goreng RM5.00 jugak. 

Alahai mane ler nak dapat harga macam ni kalau datang pulau kan. Cer tengok Langkawi. Tak yah citer Pulau Perhentian atau pun Redang kan. Mungkin transport susah kot kalau pulau jauh-jauh ni.

Perut dah isi, meter minyak menunjukkan masih banyak lagi. Jadi kami set destinasi ke Teluk Nipah, nak tengok suasana malam pulak. 

Memang betol orang cakap, Teluk Nipah agak happening daripada pantai-pantai lain. Waktu malam orang berniaga macam kerang bakar, ikan bakar pastu kedai-kedai makan macam lebih banyak bukak berbanding siang tadi. 

Bagi korang yang suka lepak nak ambil angin malam, boleh ler singgah sini layan kerang bakar dengan hisap shisha kan. Biler lagi nak tengok bintang dilangit dengan tiupan angin pantai.

Gerai Kuih Cakoi Pak Su

Pagi esoknya saya breakfast di hotel, pasal booking hotel ini termasuk breakfast. jangan expect lebih-lebih laa kalau tempah bilik harga RM80.00. Jadi abang rasa macam tak cukup, so kami cadang nak cari kueh-kueh kat pekan Pangkor. 

Apa lagi, kita start kereta habiskan minyak mana yang ada kami menuju ke pekan Pangkor dan pekena kuih cakoi Paksu yang berhampiran dengan Masjid Kampung Pangkor.

Paksu ni memang peramah, seorang tukang buat cakoi dan tukang goreng cakoi ajak sembang pasal Pangkor sambil dok menunggu cakoi masak. Harga cakoi 3bijik RM1.00, ada cekodok manis 5bijik RM1.00. Kita beli setiap produk RM5.00 baru sempoi!



Dalam kereta kita balun sikit-sikit untuk buat lapik lepas mandi pantai lagi.

Nazril ni dari tadi badmood dok ajak mandi kolam dengan pantai lagi.

Jadi kita sub saja permintaan dia tu pada makcik/pakcik dia. So abah dengan ummi dia nak lepak tepi pantai enjoy the view and the scenary. Bukan main lagi Nazril dok main pantai main pasir. 

Bersiap-siap untuk check-out, jam menunjukkan tepat 11:00pagi. Minyak kereta masih banyak lagi, jadi kita buat persinggah terakhir iaitu cari produk makanan laut Pangkor
Sate Ikan Paksu

Sate Ikan Pak Su.

Sate Ikan Paksu adalah satu-satunya syarikat pengendali makanan laut kering dan kerepek Muslim dan 100% Halal di Pangkor. Yang lain semuanya dimonopoli oleh orang Cina. Jadi jika abang kakak nak beli kerepek ikan, sate ikan, ikan bilis boleh datang ke Kedai Paksu ini.

Kedai dia tak jauh dari Jeti Pangkor, korang Google Maps saja nama Hasil Laut Pak Su. Lebih kurang 10minit macam tu laa kalau tak banyak van/kereta.

Time kami sampai ni, kebetulan menantu Paksu (Owner Kedai) ni ada, maka dia layan kami dengan membuat lawatan sekitar kilang pemprosesan ini. Memang bagus habis wehhh... Dorang recycle balik tmepat ni yang asalnya jeti penumpang dan dijadikan sebagai tempat ikan naik dan kilang proses makanan kering.

Kalau korang nak tahu apa beza produk Paksu dengan yang lain, pengeringan hasil laut mereka dibuat dengan menggunakan bilik solar dan bukan dijemur direct pada matahari. Malah, keberkesanan ini membuatkn produk mereka sangat bersih daripada lalat, serangga dan anjing dan kucing. 

Kalau korang pergi ke kilang proses lain, kebanyakkan produk ini akan dijemur dibawah matahari dan dibiarkan diatas lantai serta ada banyak lalat. Kalau dah tengok confirm tak nak makan dah ikan kering! Harharharr....

Jadi, saya sangat syorkan produk ini untuk kamu jika was-was dengan kebersihan pasal ikan kering, ikan bilis atau hasil makanan laut yang dikeringkan. 






Maka, bertambah lagi barang dalam kereta. Ayuh mari pulang terus ke Lumut.

Seperti yang saya bagitahu, jadual feri tertakluk pada masa-masa mereka. Biasanya feri akan tiba 1jam sekali. Boleh ler lepak sekejap minum-minum dengan beli barang last di Pangkor sementara feri sampai.

Settle trip 24jam kami di Pangkor. Nanti kita layan Pulau lain pulak. Settle mini gathering famili kami selepas raya. Terima kasih semua.


This is Awesome bro...    

Comments

Am said…
Boleh dapatkan num phone uncle sewa kereta tu x?
Am said…
Boleh dapatkan num phone uncle sewa kereta tu x?
Am said…
Boleh dapatkan num phone uncle sewa kereta tu x?
E|aiNe cHiN said…
Pls share contact untuk sewa kereta
Unknown said…
Boleh dapatkan num phone uncle sewa kereta tu x
panji semarang1 said…
penceritaan yg bagus la bro. info byk. ayat pon santai. cuma ada 1 port dulu aku pernah pi snork kat situ x ingat dah area mana. taklah seindah Tioman tp bole laa.. ikan still ada walau gelap sket. kalau sewa motor di sana brp avg mrk caj? sapa tau?
Nazrul Akram said…
Maaf saya tak simpan nombor sewa kereta tu. Tapi keluar je keti ada banyak saja tauke sewa kereta

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam