10 Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Eropah Tengah

Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Eropah Tengah

Bagi yang mengunjungi negara Eropah, memandu kereta bukanlah perkara yang rumit malah ianya menjadikan sebuah pengalaman yang hebat dan awesome! 

Walaupun pemanduan mereka adalah pada sebelah kiri, tpai nescaya anda akan biasakan diri selepas memandu lebih kurang 30minit. Tak percaya? Sila bawa sendiri atau melainkan anda memiliki lesen terbang.

Tahun lalu kami membuat pemgembaraan Eropah Tengah iaitu di negara Netherlands, Belgium, Germany, Switzerland dan Republic of Czech. Untuk pengembaraan seperti ini, adalah lebih sesuai untuk memandu berbandng dengan menaiki public transport malah kosnya lebih murah berbanding membeli tiket train dan juga bas.

Kali ini saya nak share bersama korang travel tip untuk menyewa kereta dan tatacara pemanduan ketika di Eropah Tengah. Mungkin tips ini boleh digunapakai pada bandar lain untuk pemanduan pada sebelah kiri dan juga negara European Union.

1. Lesen Memandu.

Ada sesetengah orang cakap tak perlu lesen antarabangsa, tapi bagi saya lebih baik memiliki dan mendaftar dengan JPJ Malaysia untuk mendapatkan Lesen Antarabangsa. Ini kerana ianya berguna jika anda ditahan ketika memasuki sempadan di Switzerland dan juga ketika mengambil kereta. 

Memang lesen kita mempunyai dwi-bahasa, akan tetapi sesetengah tempat mereka memerlukan anda memiliki lesen antarabangsa. Jangan susahkan diri, sila pergi ke JPJ dan bayar RM150.00 untuk tempoh 1 tahun.

2. Pemilihan Kereta dan Kapasiti.

Oleh kerana saya kembara seramai 4orang dewasa, jadi kami memilih untuk menyewa kereta jenis wagon untuk menampung beg kami yang besar dan muatan barang yang lain. 

Ada banyak jenis keretay ang ditawarkan didalam website sewa kereta antaranya jenis compact (mini 2pintu), sub-compact (mini 4pintu), compact (4pintu), sedan, medium, wagon, sportcar dan juga mini van.

Malah ada juga pemilihan kereta mengikut petrol-diesel atau pun jenis hybrid. Dalam hal ini, kami memilih untuk menyewa jenis wagon dan hybrid seperti Toyota Prius Wagon pasal nak jimat minyak dan juga space yang besar. Elakkan ambil jenis fully electric, pasal nanti dah masuk kawasan luar bandar, susah nak charging nanti walaupun sesetengah pum station menyediakan charging station. Tapi korang masih kena bayar (sedikit bayaran) dan mengunggu untuk charge. Buang masa aje kan.


3. Online Booking.

Saya membuat tempahan sewaan kereta secara online. Ada juga yang jenis suka walk-in. Bagi saya yang tak berapa berduit saya lebih suka online booking kerana harganya sangat ketara bezanya. 

Jika anda booking online, pilihan kereta lebih banyak berbanding walk-in yang kebanyakkannya dah ade orang sewa. Malah anda mungkin dapat lebih diskaun dengan membuat sewaan secara online. Cara pembayaran pula adalah urusniaga matawang negaray ang anda menyewa, bayar sahaja dengan menggunakan kad kredit, kalau xada boleh guna kad debit. 

4. Aksesori Tambahan / Insuran

Aksesori tambahan ini seperti saya maksudkan child seat serta GPS. Penggunaan child seat adalah mandatori malah serta keselamatan anak-anak kita juga. Kalau korang betul lagi nak jimat korang bawak ajer la child seat korang sendiri. Tapau elok2 masuk cargo saja. Kalau naik MAS atau Malindo settle la, kalau Air Asia kena extra la kan..

Untuk GPS pula saya lebih prefer penggunaan Google Map dari telefon bimbit anda. Google Maps lebih accurate berbanding GPS kereta pasal dia yang buat maps sendiri. GPS kena download dan update manually, jadi tak semua jalan akan dibuat update, susah nanti. Beli simcard local yang ada data, dan terus online GPS.

Manakala Insuran pula adalah WAJIB ambil yerr... jangan kedekut sangat, korang ni kalau sebut insuran mesti nak mengelat. Dah kena baru nak mengagau cekau duit. Insuran kereta korang mesti ambil, ini untuk keselamatan kocek kita juga, mana kita nak tahu apa akan terjadi dalam tempoh sewaan kereta contohnya kemalangan yang melibatkan haiwan liar, batu kecil yang mampu meretakkan cermin malah benda-benda yang tidak dijangkakan.

Proses baikpulih kereta di negara Eropah sememangnya sangat mahal berbanding dengan kita walaupun kereta mereka murah. Jika cermin lampu depan korang pecah, kos nak ganti cermin adalah Euro1,000.00 dan ditambahkan pula denda daripada Traffic.

Sila masukkan insuran premium atau dengan kata lain jenis full coverage. Jangan rasa nak jimat cermat dengan insuran kereta tambah lagi jika memandu pada jarak yang jauh. Kita tak tahu apa yang terjadi dalam perjalanan. 

Jadilah pengembara yang bijak, jangan nak jimat sangat dengan insuran ni.

Antara penyewa kereta yang boleh dipercayai adalah Avis, Hertz, Europcar dan Sixt. Harganya sedikit mahal tapi mereka dah masukkan insuran premium pada setiap kereta yang disewa.

5. Pemeriksaan Kenderaan Yang Di Sewa

Setiap kali menyewa kereta korang mesti WAJIB untuk menyemak kondisi kereta terutama pada bahagian luaran kenderaan contohnya kesan calar, cat kopak mahupun lengkuk. Benda yang dianggap remeh temeh ini mampu menjadikan kos ribuan ringgit jika anda cuai dan kos baikpulih dikenakan atas anda.

Sebelum menerima kunci pastikan korang tengok dengan teliti keadaan luar kenderaan serta bahagian dalaman. Juga check tayar spare serta alat bantu baik kereta bahagian compartment. Kalau lupa boleh ambil video dan berjalan sekeliling kereta. Mana nak tahu bila nak return kereta, company cakap calar tu korang yang buat.. Tak ker nayakan...

6. Cara Pemanduan Pada Bahagian Kiri

Di negara Eropah, semua pemanduan adalah pada sebelah kiri melainkan Negara United Kingdom. di UK, driving pada sebelah kanan sama seperti di Malaysia ni, jadi mungkin tak rasa ganjil. 

Jika korang mempunyai 4orang rakan dalam satu pengembaraan, lantik 2orang untuk menjadi pemandu tetap dan mempunyai lesen antarabangsa. Ini adalah untuk mereka bergilir-gilir memandu dan jika rotate 2orang, mereka akan lebih cekap berbanding 4orang. 

Pada trip saya ini, saya tetapkan 2 orang memandu dan 2 orang co-pilot. Apabila 1 orang yang memandu, co-pilot bertindak untuk memberi panduan jalan berdasarkan google maps. Sila bantu pemandu untuk menunjuk arah jalan terutama apabila memasuki auto-bahn. Ini kerana apabila exit auto-bahn (highway), biasanya akan ada 2-3 cabang lagi yang menyebabkan pemandu kelam kabut nak tengok jalan dan signboard.

Co-pilot jangan tau nak insta-story sangat atau nak tido... sila bantu driver. Terkial-kial nak tengok map dengan nak focus drive lagi. Ini sangat penting. Salah amik laluan, jauh benor nak buat u-turn.


7. Nombor Kecemasan

Ini juga adalah salah satu perkara yang penting semasa memandu di negara orang kerana tak semua nombor kecemasan menggunakan nombor 999, 911 atau 119. Di negara kesatuan Eropah, jika berlaku kemalangan anda perlu hubungi 112. Tempoh menjawab panggilan kecemasan adalah kurang dari 10saat.

Sila simpan juga nombor telefon syarikat kenderaan penyewa anda dan juga nyatakan jika berlaku kemalangan, bagaimanakah prosedur yang perlu anda laksanakan. Jangan panik, jika amik full insuran berkemungkinan besar anda pun dapat pampasan. Pentingnya insuran brader!

8. Isi Minyak

Biasanya kenderaan yang disewa telah diisi minyak penuh oleh syarikat pengendali kereta sewa. Kereta yang disewa mengamalkan sistem tank to tank yang bermaksud, dapat full tank, pulang pun kasi full tank jugak. Jika korang hantar kereta tak isi minyak full tank, depa akan charge 50 Euro untuk lebih daripada halftank, 100Euro untuk kurang daripada halftank. 50 Euro banyak bro... time kami isi minyak dulu, minyak dah kelip-kelip baru 35Euro untuk cecah full tank!

Isilah mana-mana minyak selagi ianya Petrol (jika kereta anda petrol) Tak perlu risau Ron 97, 95, 92 atau 88. Ya mereka juga ada Ron88, kami isi aje Ron88, elok aje Prius Hybrid tu jalan 4500km, pasal Ron88 adalah minyak paling murah sekitar Euro1.40 - 1.60.

Jika sampai Pump Station, korang kena isi minyak dulu baru bayar. Ya betul, bukak tank, isi berapa banyak korang mahu, cetak resit dan bayar di kaunter. Diorang kat sini sangat percayakan pelanggan, jadi memang macam tu caranya. Bagaimana kalau tak bayar? 

Entahlah, kami tak buat pasal kami taknak masuk balai pasal nak curi minyak harga 30Euro. Tak berbaloi langsung. 


9. Roundabout, Tukar Lane dan Parking.

Perkara ni agak struggle jugak pasal pada awalnya susah dan bila jarang-jarang jumpa roundabout macam ralat jugak. Ini kerana roundabout mereka adalah anti clockwise - pendek kata berlawanan dengan roundabout kita. Co-pliot kena tolong driver time ni, pasal masing-masing akan jadi kelam-kabut sikit jika dah masuk bandar.

Bila masuk pada Auto-bahn, tak semua auto-bahn (Highway) membenarkan No Speed Limit! Sila perhatikan signboard. Bila korang berada di Auto-bhan, Lane 1 adalah lane memotong bukan lane makan angin, iaitu Lane paling kiri. Biasanya No speed limit auto-bahn mempunyai 3-4 lane. Korang perlu signal dari jauh lagi jika nak masuk Lane 1 tak tak boleh sewenangnya signal dan terus masuk. Kalau nak try dapat maki dengan middle finger boleh ler buat cara Highway Plus kita.

Pasal kebanyakkan Lane 1 Auto-bahn ni kereta bapak laju giler. Kalau kami maintain speed Prius Hybrid tu 160kmh, dorang potong kami macam tengah bawak 60kmh aje. Harey btol! 

Parking dibandar semuanya berbayar. Tiada yang free di negara ini kecuali Public Transport. Cara membayar parking ini boleh menggunakan mesin bayaran parking macam DBKL tu, cuma korang kena tengok nombor kotak parking. Bayar dan paparkan di dashboard. Tak buat macam tu dapat la saman. Tak bayar saman nanti penyewa kereta tolak aje dalam credit card. Mudah bukan?




10. Signboard

Ini tugas bersama driver dan juga co-pilot. Biasanya kedua-dua orang ini gemar mencari signboard no speed limit di autobahn. Maklum ler kereta sewa, bawak 160kmh macam bawak 80 ajer sedap dia. 

Tapi ada juga beberapa signboard yang mengelirukan anda pasal tak pernah nampak sebelum ini. Signboard ini kadang kala banyak terdapat didalam bandar atau nak masuk bandar. 

Antaranya signboard kereta bertindih, maksudnya sila ikut laluan, ada signboard berpalang 4garis, maksudnya patuhi kelajuan sekitar dan bukannya tiada had laju. Paling keliru adalah signboard bulat merah. Rupanya itu adalah signboard kenderaan tidak dibenarkan masuk pada jalan tersebut walapun jalan tersebut besar macam trailer boleh lalu. Demmm! 


Oleh yang demikian, sila buat kajian dan banyak membaca sebelum mula memandu di Negara Eropah, ianya mudah saja dan sangat bestm cuma korang perlu banyak patuhi peraturan trafikk. Gagal berbuat demikian datang ler saman pada anda. 

Semestinya saya akan memilih memandu kereta jika ke negara-negara Eropah kerana korang akan dapat singgah pelbagai tempat menarik berbanding dengan menaiki train ataupun bas. 

Jadi korang mesti cuba nanti. Ikuti kembara saya di Eropah Tengah selama 12hari disini.

This is Awesome bro...




Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam