Kak Yang Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah

Kak Yang Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah

2 minggu yang lalu saya bertugas di Alor Setar lebih kurang 5 hari. Sememangnya kalau datang ke Kedah, diet list anda tu boleh hancur sehancur hancurnya. Saya pernah upload 5 tempat makan best di negeri Kedah beberapa tahun yang lalu dan pastinya ramai orang google mengenai perkara ini. Ternyata masakan di Kedah sememangnya sedap dan terbaik.

Tapi, bagi anda yang jenis hidup kononnya ala hipster, saya ingin mengatakan bahawa hidup anda sangat bosan dan kesian. Ini kerana, orang-orang Kedah makan nasi pada waktu pagi, dan kalau korang jenis poyo tak makan nasik waktu pagi sila close entry ini.

Makan nasi waktu pagi adalah sangat berkhasiat malah akan membawa anda lebih tenang selepas makan, cuma side effect dia tu kalau masuk office ade laa sikit.

Buat pertama kali saya mengunjungi sebuah restoran yang mana, korang boleh beli lauk fresh di pasar dan terus dimasak panas untuk korang makan pagi. Tak percaya? Okay korang boleh datang terus dengan carian Waze atau Google Maps Kak Yan Gulai Ikan Termenung. Restoran ini berapa bersebelahan dengan Pasar Segar Kuala Kedah dan tak jauh dari Jeti Kuala Kedah yang nak pergi ke Langkawi.

Restoran ini bukak pada jam 7:30pagi dan tutup pada jam 2:30pm, jangan tanya kenapa tutup awal, pasal dorang masak untuk sarapan pagi dan brunch saje. Waktu afdal nak sampai atau nak makan kat isini adalah waktu jam 9:00pagi ke 10:00pagi. Waktu ini juga orang agak ramai pada hari Jumaat dan Sabtu pasal ada pasar pagi orang berniaga uah dan kuih muih.

Sampai aja disini, korang beli ler udang, sotong, ketam untuk korang makan kejap lagi. Ikan Termenung tak boleh beli pasal kedai Kak Yang tak masak. Dorang hanya masak udang, ketam dan sotong sahaja. Kalau nak ikan temenung, boleh order pada kedai mereka sendiri. Harga udang bergantung pada harga pasar Kuala Kedah.

Dah beli semua tu, korang boleh order nak masak style apa. Itu hari saya order ketam masak lemak, udang sambal dan masak sos kicap, gulai ikan termenung dan telur dadar. Bagi saja apa yang korang beli dan tunggu depa masak.

Wey kalau korang layan Nescafe, order dua gelas nescafe dia sememangnya terbaik. Agak manis tapi nanti korang tambah air. Pekat, likat dan padu nescafe dia. Macam bancuhan barista bro!

Gulai yang panas-panas dihirup sememangnya terbaik bro... masak lemak ketam tu perghhh! Kompem balik hotel terus senyap dalam bilik ternganga tidor. Saya tak tahu nak ceritakan kenikmatan gulai dan masakan kedai Kak Yang ni. Hanya mampu katakan, korang start kereta datang aje laa sendiri kat sini. 

Dalam gambar ini, harga upah masak dan gulai ikan termasuk 6 orang makan adalah berharga sekitar RM60.00. Manakala harga bahan mentah yang beli dipasar tu dah tak ingat berapa.

Errr.... tapau nescafe 1kali lagi untuk bekalan balik minum kat office. Terbaik bro nescafe dia. 

InsyAllah kita repeat lagi restoran Kak Yang ni untuk makan brunch pulak. Lepas makan memang termenung habis dok ingat kat bantal rumah.

This is Madness!!!







Comments

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?