Bungkus Kaw Kaw, Times Square Kuala Lumpur

Bungkus Kaw Kaw, Times Square Kuala Lumpur

Semakin hari semakin banyak kedai atau kiosk kopi membanjiri shopping mall. Salah satu yang saya perasan adalah Bungkus Kaw Kaw. Saya pernah nampak franchise ini dalam Facebook malah di beberapa mall sekitar KL. Tapi hari ni baru rasa nak singgah, mencuba kopi produk keluaran Bungkus Kaw Kaw ni.

Ternyata, konsep kiosk kopi atau gerai kecil ini sememangnya menarik dan comel. Ditambah pula dekorasi kedai ini seolah membawa anda ke zaman abah abah kita dahulu dengan hidangan kueh mueh, menu seperti roti bakar, telur rebus dan juga beberapa menu yang simple. 

Kalau korang tengok orang order tapau, dia bungkus macam ala-ala kedai mamak tu tapi dengan packaging yang lebih menarik dan sedikit tahan lasak. Teh Tarik dia pekat melikat, jangan tanya Kopi Kaw Kaw dia... sememangnya pekat kaw kaw dan sedap.

Saya suka konsep Bungkus Kaw Kaw ini pasal kedainya kecil dan tidak besar. Bagi pihak pengurusan, ianya akan memudahkan pekerja untuk mengemas dan menguruskan kedai, hanya cukup 2-3 pekerja untuk menjalankan operasi kedai pada setiap hari.

Malah, konsep makanan ready-to-go ini akan lebih memudahkan pekerja untuk menyediakan makanan pada pelanggan samada dine-in atau take-away. Kebanyakkan makanan seperti nasi lemak telah dibungkus siap. Roti bakar kaya dan telur rebus agak senang untuk disediakan pada kiosk yang kecil.

Apa yang menarik bagi saya adalah jenis-jenis kopi yang ditawarkan untuk pelanggan. Antara kopi yang mendapat rating barista recommended adalah Kopi C, Kopi Kaw Kaw dan Teh Tarik Kaw Kaw.

Jika anda membuat pesanan, anda terlebih dahulu memilih apa yang anda ingin minum dan barista akan tanya sejauh mana gula yang anda nak dalam kopi anda 25%? 50% 75% atau 100%? Saya semestinya no sugar. Cuba laa try minum kopi, latte atau cappuccino tanpa gula. Best beb! Harganya rata-rata minuman bermula pada harga RM4.50 dan tidak lebih dari RM7.90. 

Jom sembang franchise kiosk kopi ni

This is Awesome bro!







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang