Merancang Trip & Itinerary (Brisbane ke Sydney Australia, 8 Hari 7 Malam)

Merancang Trip & Itinerary (Brisbane ke Sydney Australia, 8 Hari 7 Malam)

Di bumi Australia, anda dapat explorer begitu banyak road trip pada seluruh pelusuk negaranya. Dari Sydney ke Perth, Melbourne ke Goldcoast malah Darwin ke Adelaide semuanya boleh. Hanya memerlukan sedikit perancangan dan juga beberapa tips yang perlu anda ambil tahu terutama jika anda memilih untuk memandu.

Baru ini saya ada share mengenai seorang artis British didalam programnya bersama Nat Geo People iaitu Griff's Great Australia Adventure. Beliau menaiki train dan kembara ke seluruh benua Australia ini. Sememangnya sangat menarik!

Cuma kali ini saya hanya nak share bersama, Itinerary yang pernah saya rangka (draft) dalam impian saya untuk kembara dari Brisbane ke Goldcoast. Mari saya share apa yang perlu disenaraikan untuk draft Itinerary perjalanan anda.


1. Mana Nak Pergi?

Set destinasi anda nak pergi. Turun dimana dan balik ke mana. Dalam rancangan ini, saya memilih untuk menaiki Singapore Airline dimana bermula di Kuala Lumpur - Brisbane - Sydney - Kuala Lumpur. 

Jadi destinasi yang ditetapkan dalam perjalanan adalah :

    1.1 Brisbane
    1.2 Gold Coast
    1.3 Coffs Harbour
    1.4 Sydney

2. Berapa hari nak pergi?

Ini bergantung kepada anda, jika anda jenis yang suka amik gambar dan terburu-buru, anda boleh buat dalam masa 4 hari. Jika nak explore city dan attraction mungkin mengambil masa 7 ke 10 hari. Jika anda nak feels macam local people, maka anda memerlukan lebih kurang 2 minggu ke 3 minggu.

Jika cuti anda banyak, boleh ler bercuti lama-lama kan. Itu pun kalau boss luluskan cuti. Silap-silap balik kena lapik baju Hard Rock.

Untuk travel dua negeri Australia ni, saya memilih 8 hari kerana kekangan masa dan cuti yang terhad.

3. Penginapan?

Saya sangat gemar untuk stay dirumah atau guesthouse berbanding Hotel atau Hostel pasal, di rumah/guesthouse korang boleh rasa suasana penduduk tempatan. Fasilities yang ditawarkan oleh sesetengah host tidak mengecewakan kadang-kala tuan rumah siap sediakan sarapan pagi untuk anda.

Cuma, keburukkan guesthouse ini ianya terletak diluar kawasan akses public transport seperti tram/train. Jadi jika anda tidak menyewa kereta, ianya agak sukar.

Kalau anda ada duit yang banyak, boleh menyewa hotel dan tidak perlu bersusahpayah untuk mencari gueshouse atau menyewa segala kenderaan. Hanya call dan tempah sahaja.

Hostel pula lebih sesuai kepada solo traveller, ada yang jenis suka budget dan suka bergaul. Tapi pendapat saya, jika korang travel berkumpulan atau bersama keluarga, adalah lebih baik menyewa guesthouse untuk privacy serta menjaga aurat ahli keluarga.

4. Pengangkutan?

Memandu adalah pilihan terbaik ketika melawat negara Australia kerana, Australia adalah sebuah negara yang sangat luas mempunyai banyak kawasan attraction luar kawasan bandar.

Walaupun sistem pengangkutan Australia agak cekap, tetapi ianya tidak setanding Eropah dan Japan. Jadi jika anda memilih kebergantungan pada public transport, maka anda akan terikat pada masa perjalanan samada bas ataupun keretapi.

Malah menyewa kereta adalah lebih murah di negara ini. Jadi saya rancang untuk menyewa kereta satu perjalanan (one way trip). Menyewa di Bribane Airport dan pulang di Sydney.

5. Makanan?

Pandai pandai bawa sendiri apa yang perlu. Percayalah, makanan halal di Australia ada banyak, tak perlu risau.


Day 0 :

- Bermula Airport KLIA, Transit Changi Airport terus fly ke Brisbane. (Anggaran flight tiket RM2,500)

Day 1 :

- Touchdown Brisbane Airport, immigration & custom declaration.
- Pickup kereta dari Jucy Car Rental. Saya pilih kereta jenis sedan untuk bonet yang optimum. (Harga RM1060 untuk 5 hari).
- Menuju ke Bandar Brisbane untuk Lunch.
- Lunch di Fish Factory Morningside. Disini adalah market seafood yang terus boleh makan di gerai. (Average AUD15.00 / RM50).
- Menuju ke South Brisbane. 
- Checkin guesthouse di Southbank. (4hari 3malam RM700)
- Rehat dan solat
- Jalan kaki menuju ke Brisbane Southbank Attraction. Disini kawasan tumpuan seperti Brisbane Wheels, Southbank Lagoon dan Jeti untuk menyusuri sungai Brisbane. 
- Makan malam di Paparich Brisbane.
- Balik ke Guesthouse, solat dan rehat.

Brisbane Airport

Southbank Lagoon

Fish Market Factory

Brisbane River

Wheels of Brisbane 

Day 2 :

- Berjalan kaki ke bandar Brisbane
- Breakfast dan coffee di Brisbane City Botanic Garden
- Morning walk sekitar sungai
- Return to gueshouse, siap sedia untuk ke Goldcoast
- Menuju ke Surfer Paradise.
- Parking kereta di Surfer Boulevard Parking. 
- Menaiki tram menuju ke Surfer Paradise. (AUD10 per day ticket)
- Shopping Hard Rock Goldcoast, Beach walk, Surfer Paradise Walk.
- Lunch Fish n Chips sekitar Surfer Paradise.
- Menaiki tram ke Skypoint Obversation Desk.
- Masuk ke Skypoint Observation Deck. (Tiket berharga AUD27.00)
- Minum petang di cafe sekitar.
- Menuju ke Pacific Fair dengan tram.
- Lepak & chill di Pacific Fair Shopping Center.
- Menuju ke Surfer Paradise dengan Tram.
- Layan Sunset dan dinner di Surfer Paradise.
- Balik ke Guesthouse di Brisbane.

City Botanic Garden, Brisbane

Sky Obversation Goldcoast

Gold Coast Tram

Gold Coast Hard Rock

Pacific Fair CoastMall

Surfer Paradise, Gold Coast


Day 3 :

- Prepare breakfast di guesthouse
- Menuju ke Warner Bros Movie World (Tiket AUD89 / RM278)
- One day pass Warner Bros Movie World. Lunch didalam theme park.
- Menuju balik ke Brisbane.
- Singgah di Masjid Kuraby untuk solat.
- Menuju ke Queen Street Mall jalan kaki dari guesthouse.

Warner Bros World Gold Coast

Brisbane City

Brisbane City


Day 4 :

- Prepare to checkout
- Menuju ke Byron Bay 
- Tiba di Byron Bay (Penghujung timur dalam benua Australia). Breakfast di Byron Bay.
- Menuju ke Port Macquarie.
- Singgah di Sea Acres Rainforest Center dan berjalan kaki ke Coastal Walk Sea Acres.
- Menuju ke Koala Hospital.
- Tiba di Koala Hospital. Tiket masuk adalah percuma.
- Checkin di NRMA Port Macquarie. Rehat dan Solat.
- Menuju ke Port Macquarie Market di Hay Street. City Walk Tour.
- Dinner di Port Macquarie City.
- Balik dan rehat.

Byron Bay

Port Macquarie Market

NRMA Breakwall Holiday Park

Koala Hospital

Sea Acres Port Macquarie

Day 5 :

- Prepare light breakfast
- Menuju ke New Castle NSW.
- Tiba di Newcastle Beach untuk coffee.
- Menuju ke Sydney Fish Market.
- Tiba di Sydney Fish Market dan lunch.
- Menuju ke Paddy's Market
- Light Shopping di Paddy's Market
- Checkin guesthouse. Solat dan rehat
- In house dinner.

Sydney Fish Market

New Castle Beach, NSW

Hay Markey, Sydney

Day 6 : 

- Light breakfast di guesthouse
- Pulangkan kereta di Jucy Car Rental. (Menaiki train adalah lebih mudah didalam bandaraya Sydney)
- Menaiki train menuju ke Sea Life Sydney. Tiket untuk 3 Pass entry adalah AUD57 booking online.
- Lunch di Darling Harbour.
- Jalan-jalan di Darling Harbour. Shopping di Hard Rock Sydney.
- Menaiki tram menuju ke Sydney Tower Eye. (Tiket 3 Pass)
- Eye Seeing at Sydney Tower, solat di Sydney CDB Mosque.
- Menaiki train menuju ke Sydney Opera House.
- Hi-tea time di Sydney Opera House. Jalan kaki ke The Rock Market, Pylon Lookup, Sydney Harbour Bridge.
- Balik ke Guesthouse. Rehat solat dan makan malam.

Darling Harbour

Sydney Opera House

Lookout Point, Harbour Bridge

Royal Botanic Garden

Sealife Sydney

Sydney Tower Eye

The Rocks


Day 7 :

- Light breakfast di guesthouse.
- Menaiki train menuju ke Circulay Quay dan terus menaiki ferry ke Manly Beach.
- Jalan kaki ke Manly beach.
- Menuju ke Wildlife Sydney Zoo.
- Wildlife Sydney Zoo Tour. (Tiket 3 Pass).
- Lunch di Darling Harbour.
- Menuju ke Luna Park.
- Lepak di Luna Park dan jalan kaki ke Copes Lookout.
- Menaiki fery menuju ke Circulay Quay.
- Dinner di Sydney Opera House.
- Balik ke Guesthouse. Rehat dan solat.

Copes Lookout

Luna Park Sydney

Manly Beach

Sydney Opera House

Wildlife Sydney Zoo


Day 8 :

- Prepare breakfast di guesthouse and ready to checkout.
- Menuju ke Central Station. Drop luggage.
- Menuju ke Paddy's Market. Last Shopping.
- Lunch di Sydney Fish Market.
- Menuju ke Hard Rock Sydney. Last Shopping.
- Kembali ke Central Station dan terus menuju ke Airport.
- Flight return to KL

Central Station

Sydney Fish Market

Paddy's Market

Berikut adalah perjalanan bermula dari Brisbane - Goldcoast - Port Macquarie - New Castle - Sydney yang memakan jarak perjalanan hampir 1000km. Jauh bukan? Tapi belum cukup jauh lagi kalai kembara di Australia.. tak percaya? Tengok zoom out peta Australia.




This is Awesome...!

Comments

Fendi said…
Salam.boleh tau kos semua ni berapa.thanks
Unknown said…
Salam, boleh tahu kos semua berapa? TQ
Nazrul Akram said…
Kos adalah subjective sangat
Tuan-tuan boleh buat atau kira kos dari segi :

1. Tiket flight - RM2000+
2. Hotel/Apartment - RM3000+
3. Sewa kereta - RM1500+

Harga mungkin akan jadi mahal atau kurang, kena pandai tengok dalam airbnb dan agoda, dan paling penting berapa orang yang mengembara dengan kamu.


Syafiq Asyraf said…
Hai, semua! Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari Sydney selepas seminggu mengembara secara solo di sana. Sempat jugalah memanjat Harbour Bridge dan masuk ke dalam Opera House. Kalau nak tahu pengalaman saya macam mana, jemput jengah ke YouTube saya: https://www.youtube.com/@MusicMind94
Nazrul Akram said…
Syafiq Asyraf : Terbaik atas perkongsian video dalan youtube channel. Dah subscribe!

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam