5 Tempat Makan Best di Johor Bahru

5 Tempat Makan Best di Johor Bahru

Boleh dikatakan kerap juga pergi ke JB ni tapi tak pernah up untuk tempat makan best sekitar JB. Bagi saya port makan di JB sememangnya banyak dan pelbagai variety. Tepuk dada tanya selera kau nak makan apa semuanya ada. 

Dari kedai kueh, kedai jajan, kedai makan besar mahupun tempat ngupi. Semuanya ada tapi kali ini saya senarai pendekkan 5 tempat makan best sekitar JB mengikut citarasa saya. Lain orang lain rasa dan dimaklumkan saya tidak gemar untuk makan kambing, jadi jarang nampak saya up post pasal kedai makan kambing. Maaf laa yer.

1. Kacang Pool Haji, Medan Selera Larkin

Ini adalah pembukaan sarapan pagi yang mana menu makanan tidak ringan dan tidak berat. Kalau ikutkan banyak kacang pool ada di KL tapi Kacang Pool Haji ni lain macam arrr... kalau order mesti kena topup-up roti beb. 

Kalau nak datang, elok datang sekitar jam 730pagi pasal tak ramai sangat orang. Kalau datang jam 8.00pagi orang dah mula beratur lepas tu tempat duduk dalam medan selera pun dah mula penuh. Parking okay aje senang nak datang, tengok rezki korang la yer. 

Harga kacang pool bermula dari RM6.00 untuk daging dan RM10.00 untuk kambing. Ada juga rendang goreng dengan rendang. Mana-mana laa korang nak makan tapi bagi saya Kacang Pool di awesome!




2. Rahmat Siakap Goreng, Pasir Gudang.

Ya ni kena datang awal. Datang pukul 2 tinggal sayur goreng aje bang. Serius beb. Kawan saya bawak saya ke sini dan terus jatuh chenta dengan siakap goreng fresh. Menu dia agak simple, ada udang sambal, telur dadar, sambal petai dan pastinya menu tetap dia siakap goreng. 

Siakap goreng tu goreng macam tu aja, tak ada goreng 3 rasa ke, goreng kicap kaa. Ikan macam ni kalai makan dengan sambal petai dengan cicah kicap memang padu terok bro.  

Harga pula bagi saya semamang nya murah dan diterima akal berbanding makan siakap di Langkawi. Kalau 4 orang makan, ada 4 jenis lauk, 2 ekor ikan berharga bawah RM100. Tak percaya? try korang pergi pastu order. Saya tak tipu punya.




3. As Ikan Bakar, Pasir Gudang.

Restoran ni saya singgah pasal kononnya nak pergi Rahmat Siakap, sekali tutup terus melencong ke kedai AS Ikan Bakar. 

Ternyata rezeki tak salah alamat. Saya singgah ngam-ngam menu dah nak habis. Tapi apa yang saya nak cerita. Ikan bakar dia memang terbaik bro. Dia bakar depan muka korang lepas tu terus masuk pinggang untuk korang makan dengan lahap. Apa lagi kau nak?

Pastu ada asam pedas Johor, masak lemak dan beberapa menu harian rakyat Malaysia. Tapi yang paling tiptop sebenarnya sotong bakar. Fuhh yang ni jahat mat tapi harga dia pun keras jugak. Ada duit lebih boleh laa layan sotong bakar besar lengan beb.





4. Warung Man (Mak Ram), Johor Bahru

Yang ini elok datang pekena waktu petang atau sesi minum petang. Bagi korang yang sukakan ubi atau kueh mueh tradisional boleh datang ke Warung Man. Tenmpat pun dah selesa dah makin besar. Lepas tu menu pun dah makin banyak.

Kalau datang tengah hari, meriah betul dengan kueh, macam-macam laa ada korang amik jer lepas tu sila bayar. Mee rebugs dia pun baik juga, tak nyesal nak try bro. Pastu kalau keropok atau pisang baru angkat lepas goreng, silakan try juga. Pun x ada menyesal mat... silap silap tak cukup.

Jadi rancang perjalan dan permakan petang anda sebelum makan malam.





5. Nasi Goreng Seafood Stulang.

Penutup bagi sesi jalan-jalan cari makan di JB adalah Nasi Goreng Seafood Stulang. Bagi saya nasi goreng daun pisang dia ni memang satu kombinasi yang terbaik dengan tambahan lauk siakap bakar. Sambal dia pedas-pedas mampu melelehkan peluh dan membasahkan ketiak anda.

Kalau ada modal lebih sikit, boleh laa order sotong bakar, tapi tanya laa harga dulu bro. Macam-macam lauk ada tapi bila datang tang sotong ni mat, memang tak leh bincang sangat, pedas pun tolak ketapi janji layan dulu sotong bakar dengan sambal pedas dia.

Cuma kat sini nak dapatkan parking memang boleh mencabar minda anda. Jangan park merata, kawasan rumah orang nanti xpasal boleh cari gaduh.



Next nanti saya sharekan tempat best minum kopi di JB pulak.

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam