Lego Time : Mclaren Formula 1 Race Car

Lego Time : Mclaren Formula 1 Race Car

Akhir-akhir ini, banyak Lego telah diperkenalkan dengan hasil koliborasi dengan beberapa jenama dunia seperti Porshce, Ford, Aston Matin dan paling kini adalah McLaren F1 Car. 

Fenomena ini tercetus mungkin disebabkan atas permintaan atau strategik pemasaran Lego sendiri untuk menaikkan kembali populariti Lego. Malah, kebanyakkan set Lego kini dikeluarkan lebih kepada bapak-bapak bukan kearahan budak-budak lagi. Sesetengah Adult Lego menamakan diri mereka sebagai AFOL (Adult Fan of Lego).

Banyak-banyak model, saya mula jatuh hati dengan set McLaren F1 ini kerana dipaparkan semasa perasmian jentera baru McLaren F1 Lando Norris dan Daniel Ricarrdo. Terdiri daripada 1432kepingan dan bersaiz 65cm panjang. Ya besar dan panjang bhai. Puas hati lepas siap pasang.

Bagi saya, pemasangan Lego F1 ini adalah antar yang rumit pernah saya pasang kerana ada beberapa parts yang tidak pernah saya jumpa dan selalu salah rotation yang menyebabkan kesulitan pemasangan. Walaupun kepingan tak banyak macam Lego Porsche 911 RSR yang pernah saya pasang sebelum ni, tapi kejituan dan ketelitian setiap kepingan itu kena tepat. Salah pasang bukak balik dan termenung.

Untuk pengetahuan korang, model ini agak details sampai steering rack dan engine piston boleh digerakkan. Mala differantal axel juga berfungsi sepenuhnya termasuklah race suspension. Tak cukup gear, enjin korang tak jalan. Pun sama kena bukak balik dan termenung.

Saya mengambil masa selama 2minggu untuk siapkan model F1 ini, salah satu sebab adalah kekangan kerja dan hal keluarga. Tapi jika saya congak masa, kalau betul-betul full focus mungkin akan mengambil masa 3-4hari.

Sebenarnya ada banyak lagi model racing car untuk kategori model Technic seperti Buggati,  Mustang atau Porsche. Tapi model McLaren F1 ini betul-betul mencuri hati setelah pandang pertama dalam Lego Store di IOI City Mall. Betul, skang ni Lego adalah permainan untuk orang dewasa dah.

Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno...

Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!

This is Awesome bro..!










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam