Kedai Kopi Abi Baba, Kuantan Pahang

Kedai Kopi Abi Baba, Kuantan Pahang

Tak silap saya, saya singgah kedai ni awal tahun baru ni kot. Baru perasan duk lama dalam draft tak upload. Sorry ya geng.

Hanya nak introduce, sekarang ni banyak kedai-kedai kopi menarik sekitar Pahang. Nak cari pun tak de la susah sangat, boleh search saja dalam facebook - type je kopi di kuantan. Makan bersusun susun lah kedai dan review orang pasal kopi di Kuantan. Senang bukan.

Cuma kali ini saya nak share bersama korang salah satu kedai kopi menarik di Kuantan iaitu Kedai Kopi Abi & Baba yang terletak di Jalan Sungai Lembing Kuantan, atau korang boleh google maps saja dengan carian Kedai Kopi Abi Baba disini.

Kat sini, korang boleh layan light snack macam roti bun bakar, lontong nasi impit, makan berat asian pun ada dan paling tiptop adalah Kopi Ais Abi Baba. Bagi saya kopi dia ni memang mantap padu - bold and creamy ditambahkan pulak masa saya pergi tu cuaca memang panas. Memang syok dan kena lah dengan rasa kopinya.

Dalam masa yang sama saya order Cantonese Yee Mee, Nasi Goreng Kampung dan 1 Set Roti Bun Bakar. `Kedai ini mula beroperasi pada awal pagi lagi. Jadi kalau korang datang sarapan, ada banyak menu dan kuih-muih yang disediakan depan kedai. Nak sebut pun banyak, korang tengok aja laa gambarnya.

Suasana kedai memang menarik, ala-ala retro dan bagi korang yang suka chill, tenang sangat sesuai datang sini, Nak parking pun tak susah ada banyak free parking.  Staff dan barista pun friendly aje.

Pada sudut tepi, owner kedai menempatkan sebuah piano lama. Kalau korang pandai main boleh ler try petik notes. Ada beberapa old school collect yang dipamerkan disini. Boleh mengamit kenangan masa zaman kecik-kecik. Paling rare adalah mesin taip gedabak besor. Macam dah level nak menulis surat tahap perdana menteri dah.

Apa-apa pun, pemilik bumiputra ni memberikan satu suntikan yang menarik untuk menaikkan suasana kedai. Saya sangat menyokong dan menarik minat untuk menjamu selera kedai sempoi macam ni. Harga pun murah-murah bukan jenis kedai kopi franchise. 

Terbaik dan semoga maju jaya dalam perniagaan anda.

This is Awesome bro!










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam