1940 Kopitiam, Kuantan Pahang

1940 Kopitiam, Kuantan Pahang

Sempena Hari Kopi Sedunia jatuh pada hari ini, maka saya nak share satu kedai yang saya lewati masa cuti Hari Malaysia baru ni.

Kedai ini baru dibuka saja pada tahun ini kalau tak silap berdasarkan FB Jalan Jalan Makan Pahang. Sebuah cafe restoran atau lebih mudah nak sebut kedai kopitiam ini terletak di Jalan Besar Kuantan. Tak susah nak cari, landmark dia Menara Teruntum atau boleh saja cari dalam google maps dengan carian 1940 Kopitiam.

Saya rasa owner kedai ini bagi nama 1940 Kopitiam mungkin disebabkan bangunan kedai dia ini berusia 1940. Sederet dengan kopitiam ini terdapat beberapa lagi cafe atau kedai kopi macam Watak Kopi, Kuantan Pickers dan Kula Cakes yang viral tu. Nanti abam up post Watak Kopi tu bila free yer.

Bagi saya, suasana kedai ini menang santai habis dan sememangnya follow konsep kopitiam zaman dulu-dulu dan owner juga memasukkan ciri-ciri urban untuk menampakkan lagi kedai lebih instagramable. 

Yela zaman la kena ada ala-ala insta, baru boleh tarik pelanggan ye... tapi abam datang bukan pasal kedai dia cantik, tapi abam terpikat dengan kopi dia yang macam best.

Kopi Ais dan Kolo (kopi+Milo) Ais dia memang padu dan terbaik. Kopi Ais tu cukup creamy seolah macam white coffe yang abam minum kat Ipoh Little Cafe dulu. Memang sedap dan cukup rasanya.

Pasal datang waktu lunch, asalnya nak makan nasik lemak dia tapi staff dorang cakap maybe lambat sikit kena tunggu lebih 40minit, jadi kami hanya order roti bakar saja. Abam order roti bakar kari ayam 2 set untuk melengkapkan perut sebelum balik ke KL.

Roti Bakar Kari Ayam dia nampak macam biasa saja, yela baru masak. Tapi ternyata sangkaan saya meleset, kuah kari ayam dia sedap dan terpaksa order roti bakar kosong untuk tambahan. Jangan tengok pada menu, cuba try dulu yawww! Kalau ada nasi ni lagi padu rasanya.... huhuhu...

Apa pun di Kuantan sekarang ni dah banyak kedai kopitiam dan cafe, cubalah datang dan lepak santai kat sini. Pastinya tidak mengecewakan.

This is Awesome bro!









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam