Cara - Cara Melawat Jepun Tahun 2023

Cara-Cara Melawat Jepun Tahun 2023

Masih ramai yang keliru bagaimana nak masuk Jepun buat masa sekarang ini. Ramai juga yang tanya saya dan ada kalanya membuat keputusan secara melulu dan kesudahannya, didenda dan diarah kuarantin selama 3hari.

Setakat entry blog ini ditulis pada Mac 2023, negara Jepun masih lagi mengamalkan kawalan ketat sempadan negaranya dimana Jepun masih meminta pelancong atau pengunjung untuk masuk di mana-mana pintu masuk sempadan negaranya WAJIB memaklumkan status Vaccine secara individu.

Hal ini korang jangan tanya, apsal saya gi UK dorang tak check vaksin, apsal gi Hatyai, Thailand pun dah tak mintak vaksin. Ini korang gi tanya kerajaan Jepun, kalau nak lebih power boleh tanya maha-raja dorang nun. Jangan tanya saya.

Kita nak masuk negara orang, just follow the rules. Tak gemar, sila ke negara lain atau lebih indah duduk kat rumah aje.

Disini saya share cara-cara sebelum tiba melawat di negara Jepun.

1. Passport yang valid dan tak expired 6 bulan dari tarikh tamat tempoh. 

2. Setelah membeli tiket, korang perlu tahu yang korang ni kena ada 2 dose vaksin valid dan dah dicucuk booster. Vaksin valid untuk rakyat Malaysia adalah, Pfizer, AZ, Sinovac, Moderna. Manakala bosster pula adalah Pfizer dan AZ. 

Jika complete kesemua ini, boleh download didalam MySejahtera dalam bentuk format PDF.

Kalau belum cucuk booster. Korang wajib buat PCR Test 72jam sebelum naik flight.

Kalau langsung tak cucuk, kena buat PCR test 72jam sebelum naik flight. Tak akan kena kuarantin dah.

Kanak-kanak bawah 18 tahun tak perlu buat test PCR atau tak perlu ada vaksin JIKA ibubapa dah disuntik booster.

3. Buka web Visit Japan Web, create 1 akaun baru atas email yang aktif. Atau korang boleh klik disini untuk create akaun baru tu. Macam mana cara nak isi permohonan dalam Visit Japan Web ni? Itu nanti saya terangkan kemudian.


4. Bila dah create akaun, dalam Visit Japan Web tu korang pilih + Register New Planned Entry/Return.

Korang follow lah instruction apa yang dorang mintak dalam tu. Dalam ni juga korang kena add-on nama guest yang nak melawat beserta declaration health, upload vaksin certificates dan juga upload maklumat passport yang ada muka korang tu.

Lepas complete, setiap nama yang korang register tu akan ada QR code sendiri. Screenshoot saja QR Code untuk setiap orang. Masa tiba nanti hanya tunjuk QR Code dan korang akan dibawa ke Fast Lane. 

5. Lepas dah upload semua, korang akan nampak apa yang korang register tu status To Be Review. Korang tunggu saja email masuk yang mengatakan korang dah di-reviewed oleh meraka dan status perkataan Welcome To Japan akan muncul.

6. Pada side kanan web tersebut akan ada satu form Customs and Immigration Declaration. Masa saya melawat February baru ni wajib kena isi. Form Declaration in macam dia tanya, korang pernah kena tahan ke masuk Japan, atau ada ada bawak bahan terlarang ke.

Selain tu juga dorang tanya makanan apa yang korang bawa masuk.

Setakat ini, daging mentah tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun. Beras juga tak boleh masuk kecuali nasi yang dah dimasak. Kalau korang dengar citer kawan bawak masuk beras, itu dia bernasib baik dan tak delcare pada Customs. Kalau nasib tak baik, korang akan didenda sebanyak 100,000yen = RM3,300. Jadilah pengembara yang bijak dan bawa nama negara Malaysia baik-baik.

Nanti dalam flight, stewardess akan pass Customs / Immigration Form untuk korang isi macam dibawah.



Itu sahaja tips dan cara-cara nak masuk Jepun setakat Mac 2023. Mudah je kan, jangan nak pening-pening sangat. Yang pening tu pasal tak gi cucuk booster saja.

This is Awesome gaisss

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?