5 Nasi Kandar Terbaik di Penang

5 Nasi Kandar Terbaik di Penang

Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Penang satu ketika dahulu, maka dalam darah ini telah mengalir darah kari mamak yang pastinya sukar untuk saya tolak jika diajak untuk makan nasi kandar.

Setakat ini, ada banyak restoran nasi kandar yang ramai budak-budak insta dengan tiktokers serbu, dan tak pasal-pasal juga segelintir restoran ni terpaksa ditutup dek kerana laporan yang dibuat oleh BBNU katanya kedai tak hygiene.

Kedai mamak tang mana nak hygiene woii... kedai makan atas longkang, belakang rumah kedai tu baru laa ada surrrrr.... kau nak hygiene pi laa makan nasi kandar dalam mydin wey...  tak pun aeon mall.

Sini abam senaraikan 5 tempat nasi kandar yang korang boleh layan. Ada port lagi rahsia, saya tak nak share dalam ni karang tak pasal korang serbu pastu claim kedai tak hygiene. Tak pasai kedai tutup orang tak leh makan. Nak harom.... 

Jadi abam kasi yang ni saja dulu untuk korang layan.

1. Nasi Kandar Imigersen

Dia tak dak kedai pun, dok jaja nasi kandar pakai beca lama tu jek. Pastu parking depan kedai cina. Kalau nak tempat duduk sejuk masuk kedai cina dan order air dalam tu. Sanggup tak sanggup jek. Kalau tak, hangpa duk kat gerai dia saja. 

Yang mahal nasi kandar imigresen ni bawang goreng dia. Fuhhhh lepas kena ayam goreng dengan sotong mata rapat ajer. Dalam gambar ni harga sepinggang adalah RM23 termasuk dengan air.



2. Nasi Kandar Kampung Melayu

Ini saya kalah. Kedai ni memang naik hantu. Tak tahu lepas covid-19 kedai ni jadi viral ramai orang duk beratur. Last saya pergi dengan wife kena sidai 40minit. Naik bengkok tulang belikat. 40minit menunggu tu lama bang tatkala bau gulai mula menari-nari kut lobang hidung hang.

Sini ayam gulai dia jahat. Nak amik sotong rasa seram dengan harga. Biasanya saya akan amik ayam gulai dengan daging. Daging dia naaaahhhh cair dimulut. Ayam pulak tak yah citer nah.

Kalau korang tak cukup nasik, korang boleh order roti canai kari ayam. Boleh buat topup pastu balik hotel pi lena terus.



3. Nasi Kandar Hameediah

Bagi saya kedai ni nasik kandar sini best jugak cuma harga dia keras sikit. Mana taknya ayam goreng dengan telur rebuih pun kena bedal RM20 kut... tapi bila dia datang bawang goreng... memang terasa habis rempah ratus dari Kashmir turun cair kedalam esofagus anda.

Dicampur aduk dengan kuah campur dari jocket terbaik yang tersedia. Hangpa cakap itu ini, setiap perkataan dia akan teleng menandakan faham dan order masuk.

Nak datang sini kena mai awal, dia tak bukak waktu pagi, jam 1100pagi baru bukak dan siap sedia untuk beratur.



4. Nasi Kandar Sulaiman

Ini pun satu hal jugak, lepas covid-19 ni orang pi serbu kedai macam esok dah tak nak bukak. Tak pasal-pasal kena cari timing pulak nak mai makan kedai ni. 

Elok sangat laa hangpa pi makan kat sini. Kalau order sotong buncit dengan ayam gulai pastu taruk bendi, tu dia kuah campur dia boleh hirup macam makan tomyam bro.

Lepas makan boleh test darah. Kot kot kolesterol naik mencanak pecah meter. Saya kalau datang sini, saya akan try sotong dia. Lembut lagi mengasih sampai balik dok terasa kari menyerap dalam perut tu.



5. Nasi Kandar Merlin

Mana Line clear dengan Deen Maju? Abam tak letak pasal kedai ni tak dapat masuk carta abam. So yang saya listkan 5 ni memang terbaik setakat ini. 

Nasi Kandar Merlin ni best tang ayam gulai dia. Fuhhh ayam gulai dia cair dimulut mat. Lauk daging kicap pun ada jugak. Kombinasi daging kicap dengan ayam gulai tu seolah macam melengkapi kitaran kehidupan seharian bro. 

Nak ulas panjang lebar pun tak reti, yang saya tau mai sini pekena 2 lauk ni kompem diam. 



Mintak maaf pasal abam tak letak Deen Maju dengan Line Clear, semua kedai ni dah overrated. Hangpa beratur laa sampai bengkok. Dan macam saya cakap awai-awai, orang Penang ada port yang dorang tak viralkan kedai nasi kandar yang baik. 

Kalau nak tau, kena berkawan dengan rang Penang. Nanti dorang bawak pi makan nasi kandar baik punya. Bab hygiene hang tolak ketepi. Ni mesti budak-budak twitter nak makan nasik kandar acah-acah review terbaik sepanjang zaman pastu report kata kedai tak hygiene. 

Abam marah pasai kedai feveret kena tutup cuci longkang dapur. 

This is ada surrrrrrrr!

Comments

Anonymous said…
Wahhh...menarik penceritaan awak. Kind of diet x yah bawalah
ye.. tinggal belakang
Nazrul Akram said…
Silaplah datang Penang kalau nak diet

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam