Lego Time : Peugeot 9X8 24H Le Mans

Lego Time : Peugeot 9X8 24H Le Mans

Akhir-akhir ini, banyak Lego telah diperkenalkan dengan hasil koliborasi dengan beberapa jenama dunia seperti Porsche, Ford, Bugatti malah Ferrari. Ada banyak model Technic diperkenalkan cuma duit saja tak menyeru untuk membuat pembelian. 

Fenomena ini tercetus mungkin disebabkan atas permintaan atau strategik pemasaran Lego sendiri untuk menaikkan kembali populariti Lego. Malah, kebanyakkan set Lego kini dikeluarkan lebih kepada bapak-bapak bukan kearahan budak-budak lagi. Sesetengah Adult Lego menamakan diri mereka sebagai AFOL (Adult Fan of Lego).

Lego model Technic ini biasanya dikeluarkan 2-3 model setahun. Ada juga beberapa model berkaloborasi dengan movie yang dikeluarkan pada tahun tersebut seperti Avengers, Harry Potter dengan Star Wars. Terkini model yang boleh buat collection adalah model jenis Speed Champions.

Banyak-banyak model, baru ni saya berjaya menyiapkan sebuah model Peugeot 9X8. Model ini dikeluarkan pada tahun ini dan selepas pasang, ianya lebih panjang 10cm dari model Porsche 911 RSR dengan Ferrari 488 GTE. Peugeot ini mempunyai 1775 pieces yang mampu membuatkan jari jemari anda sakit.

Sama seperti Lego Porsche 911 RSR dengan McLaren F1, model ini mempunyai kejituan atau presis yang tepat seperti engine V6, suspensi, driveshaft, gearbox dan juga dashboard yang lebih realistik.

Model ini juga agak berbeza dengan dari segi pemasangan suspensi depan dan belakang malah sterring wheel dia adalah perkara yang paling rumit untuk pasang. Hampir repeat 3 kali kerana salah pasang slot. Dari segi pembinaan chasis sedikit sama dengan McLaren F1 termasuk bahagian engine V6.

Macam saya cakap tadi, tak dinafikan part paling susah nak pasang pada bahagian axle tayar depan dan suspensi. Kalau salah 1 step kena bukak habis dan repeat balik step yang tertinggal tu. Fuhhh kalau nak bukak balik tu memang kena focus betul-betul.

Saya mengambil masa 2 hari untuk membina model Peugeot 9X8 dengan 1775 kepingan ni. Agak cepat juga sampai sakit laa juga jari jemari ni. Kalau focus betul-betul mungkin boleh siap dalam masa 10jam tanpa ada gangguan. 

Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno... Sekarang ni dah ada model Yamaha MT-10. Ni pun dah masuk wishlist. Tunggu kot-kot Disember ni ada sales ke kan.

Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!

This is Awesome bro..!












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam