Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 1

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 1

Alhamdulillah, pada bulan lepas saya selesai membawa trip jalan-jalan waktu winter di London dan Paris selama 10hari.  Entry kali ini adalah berkisarkan serta cerita lebih terperinci mengenai budget flight, penginapan, tempat yang menarik serta diari perjalanan sepanjang tempoh jalan-jalan pada dua negara England dan Perancis.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna untuk anda jika masih mahu membuat pengiraan atau travel hacks bagi menjimatkan kocek anda. Tapi kalau tak nak pening kepala, boleh roger captain saya yang menawarkan perkhidmatan private trip untuk lawatan ini. Ketik IG:nazrulakram untuk pertanyaan lanjut.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel/homestay lebih awal. Anda boleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, Airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Eropah, terdapat banyak restoran yang Halal. Kalau nak jimat, boleh memasak jika menyewa dirumah yang mempunyai dapur. Tapi ingat, tak kesemua bahan masakan yang boleh dibawa masuk terutamanya daging/ayam walau telah siap masak mahupun pek kilang. 

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat-ubatan anda. Perjalanan ketika musim sejuk memerlukan lebih pakaian dan ubatan. Sila bawa air mineral bersama anda kerana air mineral yang dijual rata-rata berharga 2GBP (RM10.00). Tapi kalau habis, korang boleh refill air pada waterstation di station keretapi. Tapi saya elakkan refill pasal nampak tak berapa hygiene. Huhuhuhu...

Tips #4 : Di Negara UK, berbahasa Inggeris tidak menjadi masalah kerana tu memang bahasa dia. Cuma bila pergi ke Perancis, mereka agak ralat untuk berbahasa Inggeris atas faktor perbalahan zaman dulu kala. Jadi, mohon download google translator serta offline google maps jika tiada liputan rangkaian internet.

Tips #5 : Sila download Apps seperti Tube dan Bonjour RATP serta Qibla Finder. Apps ini mungkin membantu anda tapi saya lagi suka menggunakan Google Maps samada untuk memandu dan menaiki public transport.

Tips #6 : Jika anda ingin memandu di UK, International Driving Permit tidak perlu pun, asalkan korang ada lesen kad. Lesen bentuk digital tidak diterima semasa pengambilan kereta. Jadi sebelum bertolak, korang kena dapatkan kad lesen di JPJ, kalau renyah nak buat, sila buat IDP sahaja dan bayar RM150. Tapi berbeza pula memandu di Perancis, anda diwajibkan untuk ada International Driving Permit. 

Setakat ini, pendapat saya Kad Lesen Malaysia sah digunakan pada negara Komanwel. Termasuk UK, Australia, Singapore dan Indonesia. 

Tips #7 : Membawa makanan menjadi satu cabaran untuk ke Eropah. Setakat ini, beras dibenarkan dibawa masuk ke sana. Cuma bahan yang berunsurkan daging dan daging ayam tidak dibenarkan samada belum masak, dah masak atau pek kilang. Dorang memang tak kasi masuk. 

Manakala makanan berunsur ikan tiada masalah. Korang boleh bawa sardin, makerel, tuna atau ikan kering. Buah-buahan juga tak semua boleh masuk. Kena rujuk pada Kastam mereka disini

Selesai perihal mengenai tips. Sebenarnya ada banyak lagi tapi nanti saya share pada entry yang lain laa... Now time for telling stories!


Bermula pada KLIA, tepat jam 05:00pagi semua ahli group mula muncul dan hadir awal untuk process drop luggage. Trip kali ini saya membawa 4dewasa dan 2kanak-kanak dan 2 captain Have2Travel. 




Seminggu sebelum trip, saya telah meeting ahli group untuk final briefing. Pada masa itu juga saya serahkan itinerary, ticket information untuk rujukan keluarga serta dokumen lain. Bagi kanak-kanak, saya siapkan 1 tag untuk dorang pakai setiap masa ketika keluar jalan-jalan. Tag ini mengandungi maklumat nama mereka dan nombor perlu dihubungi jika mereka tersesat. Ada dwi bahasa saya buat, satu Uk dna satu Perancis.

Ini adlaah keselamatan untuk kanak-kanak pasal dalam train memang pack, risau kalau terlepas atau dorang naik train terlebih dahulu. Nampak kelakar tapi benda macam ni perlu bawa serius yer. Baik berwaspada daripada menagis kelak. 

Alhamdulillah sepanjang trip ini, tiada kejadian hilang barangm pick-pocket yang berlaku.


Menjadi orang pertama drop luggage dia kaunter check-in, nampak kesungguhan disitu. Terus kami masuk ke terminal international untuk solat Subuh terus. Ngam pula Kak Wan ada bawa bekal untuk brekafast, dapat laa santap. 

Sambil santap tu ternampak Hard Rock KLIA yang dan bukak, apa lagi beli laa dulu 1, bukan boleh masuk gitu je terminal international ni.  



Untuk kali ni, saya memilih untuk terbang bersama Singapore Airlines kerana SIA telah menjadi top 5 flight currier terbaik dunia dan pada tahun lepas ianya juga dinobatkan sebagai world best economy class. Jadi tepat pilihan kami. Walau pertama kali naik SIA ni, memang saya berpuashati jika nak bandingkan dengan Emirates mahupun Turkey Airlines.

Pasal naik Singapore Airline, maka akan ada transit di Changi Airport. Penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Singapore berlepas pada jam 0900am dari KLIA T1. Penerbangan ini menggunakan pesawat jenis Airbus A320 300. Seat tiada TV dan tiada makanan berat. Hanya disajikan dengan kacang dan air sahaja. Huhuhuhu...



Tiba di Changi Airport sememangnya wowwww! Memang lain dari yang lain... Kami transit disini lebih kurang 3jam sebelum penerbangan seterusnya. Dalam terminal 3 ini sahaja bagaikan sebuah mall yang exclusive. Ada banyak butik premium, food court malah bilik solat pun ada. Jangan risau, ada banyak restoran halal dalam terminal ni malah wifi dia pun free lagi. 







Paling best tu dorang ada aerotrain yang lalu pada waterfall The Jewel... siap lalu slow lagi nak bagi orang amik gambar. Kalau korang transit 6jam, korang dibenarkan keluar untuk lepak luar kawasan Changi. Kat luar ada taman, mall dengan swimming pool lagi.





Penerbangan long haul kami bermula pada jam 1220pm dan akan tiba mengambil masa selama 14.5jam... yaa bro 14jam lebih bro baru sampai London kaaaauu! Bengkok pungkoq!

Flight Singapore Airline ni menggunakan livery Star Alliane dan Boeing 777. Boeing 777-800ER ni kapal terbang yang dah lama berkhidmat dan sehingga kini banyak syarikat penerbangan masih menggunakan Boeing 777 atas faktor kecekapan bahan api, teknologi serta efficiency penerbangan. 777 mampu mengalahkan Boeing A380 yang telah bersara.



Disebabkan naik SIA, tak kebosanan laa sangat pasal dorang ada inflight entertainment, free wifi onboard (kena register Kriss Flyer membership percuma) dan ada 3 kali makan. 2 kali makan heavy meal dan 1kali makan snack.

Bagi saya, bab makanan dalam flight ni tak ada masalah. Sebelum terbang, korang select muslim meals dan untungnya, special dietary meal ni korang dapat served dulu berbanding penumpang lain. Korang dah habis makan baru penumpang lain dapat makan, kesian kan mereka. Itu jam masa dorang makan, korang tengah chill minum teh dan kopi... Surrrrrr!

Kalau korang lapar korang boleh request makanan seafood, meggi veggies atau kek kecik. Pasal kami ada budak-budak, dorang bagi aiskrim free dengan dessert. 


Ahha, masa naik flight, stewardess dah bagi siap-siap amenities untuk kanak-kanak. Headphone, buku tulis, luggage tag, stickers untuk tak nak kasi budak-budak hilang. Dorang mana nak layan benda gitu, sibuk duk tengok movie jek. Pas makan tido, bangun tido tengok citer makan balik. Nak habiskan 14.5 jam bro....


Dalam masa long-haul ni, korang kena kerap minum air dan boleh berjalan-jalan dalam flight semasa seatbelt sign off. Masa kami melintasi lautan Hindi, agak lama juga penerbangan mengalami turbulance sehinggakan kapten menyuruh anak kapal duduk dan pakai seat belt. 

Masa ni saya tak rileks bro... kalau anak kapal kena duduk memang akan berlalu turbulance kuat. Mulut mula membaca ayat-ayat suci, wife rileks pulak tengah layan kopi sambil tengok cerita Korea... ape menda laaa

Tapi serius laa... flight 14jam ni tak leh bawak bincang bro... dah layan movie 2 3 kali, tido bangun makan tido balik tak sampai-sampai wey... lain laa kalu dapat business class.. Itu jam baru rasa 14jam kejap je dapat baring macam katil.




Jenuh jugak laaa duk tunggu bila nak sampai, saya kejap-kejap bukak map tengok dah sampai mana. Walau wifi ada, boleh laa layan wasap kejap. Bandwith dia tak laju mana pun tapi at least lepas laa untuk guna wasap. Pastu sempat laa layan sunset kejap.




Here We Come London!

Lastly, flight landing juga di Heathrow Airport pada jam 0645pm waktu tempatan London. Captain announce suhu kat luar sekitar 10c.. Fiuhhh!

Kami tak rushing mana pun, jadi masa keluar tu sempat gi tandas dan pickup luggage. Pastu layan immigresen utnuk passport screening. Alhamdulillah semuanya lepas. Saya memang dah prepare dokumen seperti hotel booking, flight return tickets, itinerary dengan beberapa supporting document. Memang dia mintak randomly, dorang tengok hotel booking pastu dengar bunyi chop stamping muka dah senyum kambing.



Masa di Customs Declaration, saya masuk kelaluan merah untuk declare barang. Dorang yang lain terus ke Green Lane. Seroang officer tanya saya barang apa nak declare? Saya cakap saya bawa beras, sardin, tuna, mee segera dan roti untuk kanak-kanak. Office senyum dan terus bagi laluan exit. Dia cakap its nothing to check, you are ease to go

Alhamdulillah tak perlu bukak beg. Saya tak risau pasal saya memang tak bawa barangan larangan untuk memudahkan urusan declaration.

Terus ke terminal train dia ditingkat bawah sekali, kami membeli Oyster Card di vending machine. Oyster Card ni hanya untuk dewasa manakala kanak-kanak bawah 11tahun tak perlu pun. Jadi penjimatan disitu yer.





Harga Oyster Card GBP7, selebihnya korang kena topup as per usage. Setiap hari penggunaan dia ada max capping. Kalau tak silap saya daily capping adalah GBP9.40 mengikut zone. Bila dah cecah penggunaan GBP9.40, korang tap laaa banyak mana tak akan dikenakan charge lagi pada hari tersebut. Gitewwww...


Acara tarik beg bermula. Disebabkan masing-masing bawa beg hampir 23kg seorang, maka nampak kesengsaraan nak tarik beg tu. 

Dari station Heatrow menuju ke Hammersmith station, interchange ke District line dan menuju ke Ravenscourt Station. Bila smapai Ravenscourt ni, tak ada lift laa pulak. Jadi kami sebagai lelaki dan captain ini kena angkut laa beg-beg akak ni turun tangga 1 by 1. Berpeluh jugak laa ketiak time tu walau suhu sejuk

Nasib baik hotel tak jauh dari station. Kami menginap di Premier Inn Ravenscourt. Process checkin smooth dan masa untuk berehat. Badan dah mula jet-lag pasal waktu Malaysia dah 0500pagi, London baru jam 0900malam. 

Dapat mandi air panas, makan megi dan cuba lelap dulu nak hilangkan jet-lag. Jet-lag ni jangan buat main jugak, salah layan boleh tangkap pening kepala dengan lemau badan macam nak demam. Maka kena paksa badan untuk rehat dulu. Biasanya akan ambil masa 2-3 hari untuk sesuai dengan masa tempatan.



Mandi, solat, makan dan rehat untuk hari ini.

This is Awesome gais!

Bercuti ke London & Paris 2024 (Day 1)

Disclaimer : Blog ini ditulis oleh Nazrul Akram sendiri dan kesemua tempat dan lawatan mahupun pembelian adalah berunsur peribadi. Sebarang pertanyaan boleh rujuk atau mesej di Instagram @nazrulakram

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam