5 Tempat Makan Best di Kedah
Oleh kerana selalu ke negeri Kedah, saya telah mengenalpasti beberapa restoran yang menjadi pilihan saya dan boleh dikategorikan Awesome untuk dicuba. Pastinya di Kedah tidak ketinggalan dengan sajian tempatan mereka yang wajib anda cuba...
Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh dapati cuba ianya bergantung pada meter tekak anda ajer. Dari Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani sampai la Kulim dan Baling. Pastinya tidak kechewa...
Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan. 1. Nasi Royal, Alor Setar
Restoran Nasi Royal ini dah lama orang kenal, saya maklumkan sekali lagi pasal ianya adalah Awesome bagi kamu yang masih belum merasai kenikmatan kuah kari... Perghhhh dicampurkan pulak teh ais buih lebih yang mampu membuatkan pagi anda lepak didalam jamban.
Landmark kedai ini adalah berhadapan dengan Pekan Rabu, tapi s…
Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun? Korang yang pergi ke Tokyo tu dah tau ke nak beli mende? Kadang kala diri sendiri menetapkan budget untuk perbelanjaan yang tertentu, maka tegaskanlah diri anda ketika shopping di luar negara untuk mengelakkan terlebih budget. Rancangan selalu gagal kerana apabila tiba di suatu tempat terdapat banyak pula Sales yang ditawarkan malah tambahan dengan memaparkan passport akan mendapat lebih diskaun atau barang percuma (Tester Produk). Di Tokyo sendiri memang terkenal di pelusuk dunia untuk mendapatkan pelbagai barangan local dari Jepun. Malah negara kita sendiri import barangan dari Jepun dan re-packing untuk jualan harian. Kali ini saya kongsi bersama korang antara barangan yang top kawan anda kirim bila anda menjejak kaki ke negara Jepun. Ianya adalah normal, duit aje yang tak normal. Ada yang murah dan ada juga mahal macam nak tampar ajer! Pilihan anda, citarasa anda, hobi anda dan kocek anda. Terpulanglah. Hanya sekadar kongsi sahaja.
5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu Makan ruji sarapan pagi di Kelantan adalah nasi. Kenapa nasi? Ini kerana kebanyakkan rakyat Kelantan memerlukan tenaga kudrat untuk menjana pendapatan seperti petani, penoreh malah buruh. Akan tetapi makanan ruji pagi ini masih dikekalkan sehingga kini menjadikan susulan kepada rakyatnya. Banyak gerai/restoran yang korang boleh layan di Kota Bharu ni, boleh perhatikan dimana rata-rata gerai agak ringkas akan tetapi pulangan yang sangat awesome. Beli bungkus atau makan di kedai lebih bermakna. Saya sediakan 5 tempat best untuk sarapan pagi untu korang yang melawat Kelantan. Mungkin korang boleh cuba atau sharekan kepada yang ingin mencuba. Tapi kalau betul nak rasa sempoi boleh try Nasi Dagang bonda saya.. terbaik tanpa rasa muak.
1. Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Jalan Abdul Kadir Adabi.
Antara kedai pilihan saya untuk makan nasi kerabu waktu pagi. Hidanan yang ringkas tapi padu mampu membuatkan anda tidur lepas makan bro.
Hola.... mari kita pergi bercuti-cuti sempana cuti sekolah yang dah nak abis nih. Kali ini saya kasik masuk entry area Kuantan Pahang plak.
Duta Village Beach Resort yang terletak di Pantai Balok Kuantan Pahang adalah sebuah destinasi budget yang mampu untuk nikmati. Resort ini terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan atau mengambil masa hanya 10-15minit untuk drive sampai ke bandar Kuantan. Lebih senang jika anda melalui jalan Alor Akar- Pantai Balok, resort ini bersebelahan dengan Hotel Swiss Garden Pantai Balok.
Resort ini rasanya telah lama beroperasi dan ianya mempunyai 2 bahagian iaitu Hotel dan Chalet yang pastinya awesome!. Jika anda mahu lepak berhampiran area pantai anda boleh memilih Chalet, kira-kira terdapat lebih kurang 30 buah Chalet disediakan dan 30 buah bilik Hotel.
Lebih menarik lagi resort ini mempunyai pantai yang menarik kerana Pantai Balok adalah pantai yang agak landai, so agak selamat dan selesa untuk mandi-man…
Kepada yang inginkan percutian mewah dengan suasana hutan damai, anda bolehlah kunjungi The Shorea Resort di Hutan Simpan Berembun Negeri Sembilan.
The Shorea ini terletak tidak jauh dari bandar Seremban lebih kurang 20km sahaja. Resort ini telah dibuka oleh sebuah keluarga yang mencintai alam damai dalam kawasan persendirian.
Senibina resort ini sangat cantik dan awesome! Sesuai dengan suasana hutan yang tenang kerana pemilik resort ini mengekalkan rekabentuk villa seperti alam semula jadi. Terdapat 2 buah Villa utama double storey yang dibina daripada kayu hutan iaitu Villa Shorea dan Villa Halia manakala pada bahagian bawah resort ini terdapat 2 buah villa iaitu Villa Bougainvillea dan Villa Kemboja.
Antara fasiliti yang terdapat di The Shorea ini adalah Pavilion Dining, 2 buah kolam renang buatan, 1 buah kolam renang dari air sungai, 2 buah kawasan rehat santai, kebun sayur yang segar, bilik jagaan haiwan peliharaan dan cafe santai.
Comments