Tasik Kawaguchiko & Oshino Hakkai, Yamanashi
Tasik Kawaguchiko, Yamanashi Bulan lepas saya buat private trip ke Tokyo Japan. Dalam setiap trip Tokyo, saya akan bawa orang untuk ke sini kerana Kawaguchiko adalah salah satu tempat yang kita bileh tengok Gunung Fuji selain daripada beberapa tempat yang lain. Sebenarnya ada banyak point view untuk melihat Gunung Fuji ni, tapi Kawaguchiko ini adalah salah satu tempat popular dan senang akses dari Shinjuku Tokyo. Jika anda mempunyai Tokyo Wide Pass, perjalanan kesini cover dan percuma selagi tempoh masa Tokyo Wide Pass tersebut. Kalau tak ada pun tak apa, korang masih boleh menaiki bas dari Shinjuku ke sana dengan bayaran sekitar JPY2200 sehala. Tasik Kawaguchiko ini lebih dikenali sebagai Fuji 5 Lakes, Kawaguchiko adalah salah satu 5 tasik sekitar Gunung Fuji dan ianya kedua terbesar antara 5 tasik ini. Masa saya datang kesini, suhu di bandar tokyo sekitar 23C akan tetapi, suhu di Kawaguchiko mula menurun kerana kedudukan tasik ini tinggi dikelilingi dengan bukit bukau sama seperti Ni...