Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 5
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 5 Harini adalah hari terakhir kembara di Tokyo. Maka pada harini tak banyak itinerary padat pasal plan kami adalah untuk masuk ke The Making of Harry Potter. Tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk masuk kerana delayed of opening. Maka tahun 2024 baru berjaya masuk dengan bayaran JPY6500 - lebih kurang RM180 pada tarikh blog ini ditulis. Pada awal pagi, kami mula mengemas barang dan light breakfast dengan makan roti dan kopi family mart. Hotel yang kami menginap ni boleh store luggage selepas check-out selama 12jam. Jadi kami tinggalkan saja pada front desk dan akan patah balik ke hotel bila dah nak pergi ke airport petang ni. Jalan kaki menuju ke Daimon Station. Kali ni kena naik subway untuk memudahkan perjalanan dan lagipun, Tokyo Wide Pass telah expired semalam. Naik train dari Daimon dan perlu turun di Toshimaen Station. Station paling hampir dengan The Making of Harry Potter (TMHP). Walau pun satu laluan tanpa perlu interc...