Perjalanan Ke Sibu, Sarawak

Perjalanan Ke Sibu, Sarawak


14 Nov 2011 lalu buat pertama kalinya saya sampai ke Sibu. Dari LCCT ke Sibu mengambil masa hanya 2jam sahaja. Saya lebih gemar untuk memamdu maka kami terus mencari kereta untuk disewa dalam Airport Sibu tu. Dah dapat kereta terus ke bandar Sibu yang tidak jauh lebih kurang 30minit aje.


Bagi first time saya di Sibu, ada beberapa rakan memesan jaga tingkah laku. Sebenarnya history Sibu ni mungkin agak the darkness sikit dan kalau waktu malam mungkin agak bahaya. Tapi kalau korang tak cari pasal maybe safe la kot. Bandar Sibu juga dikenali sebagai Sin City bagi orang-orangnya... entahlah.. betul kot... pub dan kelab malam memang banyak yer.

Pasal makan kat Sibu nih brader-brader memesan sila pilih tempat makan yang tepat dan betul. Pasal kat Sibu 90% penduduk adalah orang Cina dan kedai makan pon kebanyakkan pon kedai makan Cina. Oleh itu kita pon tak tahu bahawa kedai melayu tu menggunakan kehalalan yang betul ker idak. Kalau korang xjumpa boleh ler layan KFC atau McD ajer... ini Malaysia maaa setakar nak makan tu senang lagi beb.

Next day kami menuju ke Sarikei atas urusan kerja. Perjalanan yang agak awesome dan jalan raya yang pastinya tidak membenarkan anda memecut laju membuatkan anda boleh menikmati permandangan alam. Lagipun orang local pon cakap ada banyak speedtrap malah bahaya juga untuk budak-budak yang melintas jalan. Naya nanti.

Setelah selesai urusan di Sarikei, saya kembali ke Sibu kerana saya bermalam di Tanah Mas Sibu. Tiada apa yang menarik di Sarikei kecuali melihat kehidupan masyarakat sekitar.

Waktu senja saya memilih untuk lepak di Jeti Sibu layan sunset, time tu pulak ramai orang yang turun dari feri. Difahamkan local people, bot/feri menjadi pengangkutan utama untuk ke pekan-pekan kecil seperti Song, Kapit dan jauh lagi adalah Belaga. Pengangkutan feri nih lagi pantas dari pengangkutan darat pasal jalanraya di sarawak sememangnya corner maut nyer....

Layan permandangan, jalan-jalan cari makan dan terus balik ke hotel. Tidur adalah pilihan terbaik.

This is Awesome dude...

















Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam