Posts

Showing posts from July, 2012

UFO di Sunway Mentari?

Image
UFO di Sunway Mentari?

Semalam dalam The Star melaporkan penampakkan objek yang tidak dikenal pasti berlegar di ruang angkasa di Sunway Mentari. Beberapa tompokan lampu biru berlegar-legar dan ada orang mendakwa kejadian itu adalah datangnya UFO ke Malaysia (Durhhh...)
Kemungkinan ada orang yang sedang menguji sesuatu di angkasa atau projek kerajaan yang baru dan rahsia. Mana tahu...

Beberapa bro sempat mengambil video dengan kemuncilan aneh di Sunway semalam telah membuatkan diri mereka menjadi popular dalam sekelip mata. Hahahaha...

Yang pastinya, saya tidak percaya akan kewujudan alien kerana dalam Al-Quran pun tidak menyebut makhluk lain selain daripada bumi kecuali Dajjal dan konco-konconya. Dan janganlah kita mudah percaya dengan perkara sebegini kerana UFO/Alien nih seperti mainan Amerika supaya dapat memesongkan minda orang Islam untuk mempercayakannya.

Kalu tengok movie seperti Avatar, StarWars atau Predetor lain kira pasal itu dikira hiburan semata-mata. Muhahaha...


Sourc…

The Real Google Maps - Google World Wonders

Image
The Real Google Maps - Google World Wonders

Another Google project, there is Google World Wonders (GWW) dimana ianya berfungsi sebagai google maps + travel agent ketempat UNESCO dunia.

Google World Wonders adalah satu platform yang akan membawa tapak warisan dunia secara online. Dengan menggunakan Street View, pemodelan 3D dan teknologi Google yang lain, GWW telah membuat sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh semua orang sama seperti Google Maps/Google Earth. Cuma bezanya GWW lebih awesome dari Google Maps/Earth. Pasal apa aku cakap Awesome? Nant korang play videonya atau go to their website yang aku link kat bawah tu.

Misi mereka untuk membuat aplikasi sebegini supaya pihak GWW inign memberi maklumat yang lebih tepat pada pengguna mengenai tapak warisan dunia yang kebanyakkannya kita tak dapat pergi kerana perbelanjaan yang terhad. Mereka percaya aplikasi mereka ini mampu membantu mereka yang memerlukannya satu hari nant.

Dalam video tersebut mereka show-off di Antartica dan web…

Within Two Worlds

Image
Within Two Worlds

Sebuah hasil seni photography dari Brad Goldpaint yang telah menghasilkan seni pergerakkan masa diantara dua masa dunia.

Baru-baru nih saya telah memaparkan entry mengenai planet kita yang diambil dari International Space Station (ISS). Kali ini pula video mengenai bintang-bintang yang berada di angkasa kita yang diambil dari pelusuk bumi.

Perhatikan video ini dengan keindahan Allah yang Maha Agung lagi Maha Kuasa yang menciptakan seluruh alam semesta ini.Andakan dapat lihat perubahan warna dan cuaca dari senja ke malam dan dari malam ker siang.

Video ini aku rasakan sangat awesome pasal berada dibandar kita memang susah nak tengok bintang. Kalau dekat kampung tu boleh la tengok tapi kita tidak dapat tengok pergerakkan yang patut kita tengok. Please enjoy the video.

Logo Merdeka 2012

Image
Logo Merdeka 2012

What a waste, speechless, no idea...
Tiap tiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos. Maka datangnya Hari Kemerdekaan ini akan datang bersama logo dan mottonya.

Motto hari kemerdekaan tahun ini adalah "Janji Ditepati". Lebih malang lagi ciptaan logo hari kemerdekaan 2012 kali ini sungguh kreatif dan penuh kesenian.

Aku tak pasti logo ini dah officially launch untuk hari kemerdekaan atau hanya troll untuk rakyat Malaysia semata-mata. Mungkin ianya hanya gurauan kasar untuk rakyat jelata pada bulan Ramadan ini. Ramai yang cemuh dengan logo tersebut dan ada segelintir mengatakan logo ini boleh dilukis dengan menggunakan Microsoft Word, dan aku buktikan bahawa kenyataan tersebut adalah benar!

Dibawah aku paparkan logo Hari Merdeka 2012  dan logo yang aku tiru balik dengan menggunakan Microsoft Word. What a waste to hired people to create that amazing logo. Malu dengan negara jiran kita bro, asyik kena gelak ajer... Durhhh....

Panasonic GX1 - For Photonista

Image
Panasonic GX1 - For Photonista

Pastinya sekarang dunia camera nih memang dah makin canggih. Camera digital yang dahulunya besar buku telifon sehinggalah sekarang masuk dalam poket ajer..

Memperkenalkan Panasonic GX1, sebuah lagi product compact camera versi wide lens daripada Panasonic. Dahulunya aku ada introduce 2 bijik camera seumpama ini iaitu Sony NEX-C3 dan Nikon 1.

GX1 nih memberi full function seperti DSLR yang mana lensanya boleh ditukar-tukar. Aku boleh katakan sama seperti NEX-C3 dan Nikon 1 cuma bezanya GX1 ini lebihkan function seperti 3D shot, Lightspeed AF dengan DLSM (Digital Single Lens Mirrorless).

Sememangnya quality pixel ditambah-baik serta speed shutter jugak diupgrade untuk memuashatikan fan panasonic photonista! Walaubagaimana pon, aku hanya mampu beli compact camera yang lensnya xleh tukar2.. Huuuuuu...... malah aku pon tak reti nak pakai DSLR manual.. ohhh men....

Menara Jam Abraj Al-Bait, Makkah

Image
Menara Jam Abraj Al-Bait, Makkah

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, entry kali ini memaparkan pembangunan di Kota Suci Mekah yang sememangnya sesiapa yang sudah bertandang ke rumah Allah ini, pasti tidak akan dapat melupakan pengalaman yang indah. Walaupun sudah terlambat, tapi saya tetap nak posting jugak!

Menara Abraj Al Bait adalah sebuah bangunan yang dibina di Kota Makkah, Arab Saudi. Menara Abraj Al Bait juga dikenali sebagai Menara Jam Makkah kerana menara ini telah menjadi bangunan tertinggi di Arab Saudi dengan ketinggian 595m yang mengalahkan ketinggian Menara KL dan Twin Tower KLCC.

Lokasi menara jam ini bersebelahan dengan Masjidil Haram, masjid suci seluruh umat Islam. Menara Abraj al Bait ini dibangunkan untuk menampung jemaah haji yang bertandang ke Makkah pada setiap tahun dan dibangunan ini terdapat pecahan-pecahan hotel yang akan menampung seramai 65,000 orang dalam satu masa.

Jam pada menara berukurkan diameter 46meter dan merupakan jam terbesar didunia dan besarnya …

Starwars - Tom Tom GPS

Image
Starwars - Tom Tom GPS
Aku sangat suka cerita Starwars, walaubagaimanapon, aku bukanlah seorang manusia yang sanggup membazirkan duit untuk beli barang-barang Starwars..Setakat baju dengan movie collection tu aku beli lerr...
Anyway disini aku nak sharing dengan Starwars hard-fan mengenai GPS Starwars yang telah berada dipasaran, errr kat Malaysia dah ader ker...
Tom Tom GPS dengan selambanya telah mengeluarkan GPS yang terbaru dengan menggunakan suara pandu arah dari watak-watak Starwars antaranya Darth Vader, Master Yoda, 3CPO dan Han Solo.
This is Awesome pasal kalu korang tgk video clip yang aku attach kat bawah tu sungguh coooooolllll sungguh awesome. Yang paling best bila nak memulakan perjalanan ke destinasi anda Darth Vader akan cakap ~ "May the Direction be with you" Heheheh.. Tu Vader cakap laaa.. Tapi nak mula drive anda haruslah baca Bismillah terlebih dahulu yerr...
So please enjoy the clip... May the Direction be with you...

Philea Resort & Spa, Melaka

Image
Philea Resort & Spa, Melaka

That day aku pergi ronda-ronda di Melaka Raya dan aku ternampak sebuah resort yang dinamakan Philea Resort & Spa Ayer Keroh dan aku pun terus singgah di Philea ini.

Then agak terkejut dan terpesona kerana resort ini sangat awesome dan menusuk jiwa kalbu kerana reka bentuk dan seni bina Philea Resort & Spa ini sungguh menawan.

Oleh kerana aku tak bawak camera untuk snap picture suasana resort berkenaan, maka aku just share picture yang aku amik dari facebook mereka.

Fyi, Philea Resort & Spa ini telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Record kerana resort ini adalah resort yang pertama dan terbesar telah dibina dengan menggunakan kayu pine. Hurmmm nampak eco green tapi brape byk pokok pine kena tebang yerr...

Jangan tanya aku bila resort nih dibuka pasal kita datang bukan untuk sejarah resort tersebut, akan tetapi facilities yang disediakan.. Errrr harga bilik bermula dari RM500 hingga RM2000... Hahahaha demm....

So sapa-sapa yang pergi ke P…

Cameron Valley, Tanah Rata Pahang

Image
Cameron Valley, Tanah Rata Pahang

Sapa-sapa yang pergi ke Cameron Highlands (CH) mesti kena singgah pekena teh dulu kat Bharat Cameron Valley barulah complete. Actually ini adalah 2nd entry untuk Cameron Valley punya cafe, 1st entry aku upload Cameron Valley di Bangsar.

Entry kali nih berkisahkan kedai minum santai dan sejuk iaitu Bharat Cameron Valley, Tanah Rata. How to go there? Drive to Cameron Highlands from Tapah climbing road then u will see Cameron Valley Tea Shop signboard after Tanah Rata Town or..... just get your own GPS. Huhuhuhu....

Cameron Valley nih telah dibuka pada January 2001 dan buka cawangan kedua yang jaraknya 2km ajer dari 1st shop.. Demmm...

Tapi aku rasa Cameron Valley yang 1st nih lagik best pasal kedai dier memang facing ladang teh yang menghijau dan lebih awesome, anda boleh turun ker ladang teh berkenaan untuk bergambar dan tengok sendiri rupa bentuk pokok teh yang original... Awesome!

Cameron Valley ini juga menyediakan segala jenis teh yang pasti anda t…

Smokehouse Cameron Highlands, Pahang

Image
Smokehouse Cameron Highlands, Pahang

Last week family aku buat trip ker Cameron Highlands (CH) sebelum Ramadan tiba. Tak perlu laa aku nak sebut Cameron Highlands celah maner, naik PLUS highway tu dah semestinya korang pon tau jalan nak ke sana idak gitu.

Cuma masa kt Cameron Highlands tu kitaorang jalan2 ajer laa antara Brinchang & Tanah Rata, jadi kami pon singgah laa kejap kat Smokehouse yang konon-nya kitaorang menginap kat Smokehouse tu ler. Huhuhu... tengak dari luar pon dah nampak macam gothic ajer Smokehouse nih...

Kalu korang ker CH nih korang singgah-singgah ler bergambar di SmokeHouse. Kat sini dorang buat decoration old english hasil peninggalan nenek moyang mat salleh dulu-dulu. So tanaman, reka bentuk rumah dan dekorasi sumer dorang english style. Kalu bergambar tu biar nampak macam dok oversea okayyyy.!

Seingat aku dulu dorang ader letak satu booth phone tu yang kaler merah, skang dah tak ade dah mungkin dah kena rembat atau rapuh dek makan karat... hehehe...pastu …

Pulai Desaru Beach Resort, Johor

Image
Pulai Desaru Beach Resort, Desaru Johor

Last month sekali lagik family Al-Imran membuat family gathering kearah selatan. Alhamdullilah semuanya berjalan seperti yang dirancang dan dengan keadaan tenang tanpa huru-hara.

Kami stay di Pulai Desaru Beach Resort, kira-kira 70km dari arah Johor Bahru, atau lebih kurang 5jam kalu drive dari KL yawww...

Suasana serta dekorasi Pulai Desaru nih berkonsepkan modern contemporary decoration dan sangat santai. Pantai juga tidak jauh dari main building dan hotel mereka dibina berhadapan dengan laut.

Sama seperti hotel lain, Pulai Desaru menyediakan full facilities yang seperti bbq, gym, children house, spa, jogger track, voller ball dan lain lain yang tak perlu aku tulih panjang jela.

Not bad untuk bawak family anda disini, cuma kebetulan masa time kitaorg dtg tu ada function gereja plak... oohhhh menn........

Sorry to family Al-Imran pasal kita tak sempat nak bergambar secara beramai-ramai seperti di Swiss Lumut tu. Masing-masing dah lemau dek kek…

This is Our Planet

Image
This is Our Planet - Maha Kuasa Allah

Maha Kuasa Allah yang telah menciptakan alam semesta ini.

Aku suka naik flight time malam pasal nant kita boleh tgk tompok2 cahaya di permukaan bumi. Memang sesuatu yang awesome.

Tapi entry kali nih aku nak share satu benda yang sangat awesome iaitu gambar dan video diambil dari International Space Station (ISS). Video tersebut merakam fenomena rupa bentuk bumi, cuaca bumi dan pembentukkan Aurora dilangit.

Satu ketika dahulu Sheikh Muszaphar, our astronaut juga pernah lepak kat ISS nih dan beliau juga mengambil beberapa gambar Malaysia dari ISS tersebut. So video selama 5 minit harus anda lihat hasil ciptaan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Kaya yang telah menciptakan alam semulajadi.

Malas aku nak ulas dengan lebih lanjut, anda hanya perlu klik play sahaja... Enjoy...










Source : youtube.com

Olympic Fun Run 2012, Kuala Lumpur

Image
Olympic Fun Run 2012, Kuala Lumpur Malaysia

Semalam 8 July 2012 aku telah join larian Olympic Fun Run yang dianjurkan oleh McDonald's. Event berkenaan dianjurkan sempena sukan Olympic 2012 dan jarak larian adalah 7km jer... Huhuhu 7km ajer..

Dan sememangnya aku berasa bangga kerana aku menghabiskan masa larian selama 55minit dalam jarak 7km itu dan masih mampu meneruskan larian hingga ke garisan penamat tanpa menggunakan ambulans. Muhahahahah terbaikkk!

Thanks to Payat , Adzli & wife pasal join jugak larian nih.. aku pon 1st time masuk Fun Run nih. Maybe next time boleh follow untuk marathon 10km atau full marathon 42km. ( Full marathon ko lari ler sorang2)
Oleh kerana peserta yang join mencecah 11800 orang, jadi aku pon tak tau aku dpt nombor berapa da... hehehe

Tapi yang tak bestnya, walaupon larian ini disponsor penuh oleh McDonald's yang sememangnya kita kenal brand ini kaya.... tapi dorang sikit pon tak kasik makan free lepas larian... sungguh chaiitt... paling koman …

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...