Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA2

Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA 2

Mungkin ramai yang tak tahu mengenai KLIA 2 buat masa sekarang, dan kemungkinan lagi mungkin orang akan bertanya kat mana KLIA2 tu, ade ker KLIA2, apehal nak buat sampai 2 airport? Itu adalah soalan soalan lazim yang selalu keluar dari manusia yang kurang membaca surat khabar pasal selalu membaca majalah Mangga dgn URTV. Tidak mengapa, anda dimaafkan.. sila baca entry ini ajelah..

Mungkin dah lewat untuk entry  KLIA2 nih tapi aku nak share jugak! KLIA2 ini dibina untuk menjadi Next Generation Hub yang akan membolehkan orang ramai merasai hospitality diantara penerbangan kos rendah dan perkhidmatan penuh.

KLIA2 ini akan menggantikan Terminal Kos Rendah (LCCT) untuk menaiktaraf daripada terminal kongsi kepada terminal yang tersendiri. Terminal KLIA2 ini berkeluasan 257,000 meter persegi, dengan 60 pintu berlepas, 80 jejantas udara, serta ruang runcit 32,000 meter persegi untuk menampung 225 kedai. Ia direka untuk menampung 30 juta penumpang dengan peruntukan kira-kira RM3.6 billion dan dijangka siap menjelang bulan April 2013.

KLIA2 akan menyediakan hab pengangkutan seperti bas, teksi, Express Rail Link (ERL) dan mungkin juga komuter. Selain itu kemudahan disini termasuk sistem pengendalian bagasi yang separa automatik, zon sokongan, kargo dan kompleks dalam penerbangan, sebuah kompleks letak kereta 6,000 kenderaan, hotel-hotel dan ibu pejabat AirAsia.

Antara hotel-hotel utama yang akan dibina di sini adalah Tune Hotel yang akan berkhidmat sebagai salah satu hotel bajet utama di sini. Satu lagi kemungkinan adalah bahawa Pan Pacific juga akan membuka sebuah hotel di sini.

Dengan terbinanya KLIA2 ini, kita tak perlu nak melenting atau nak melibatkan hal politik kerana terminal ini nanti anda sendiri yang akan gunapakai pasal anda nak naik tambang murah punya pasal, lainlah kalau anda ada airport sendiri dibelakang rumah. Hehehe ayat back-up goment nih.. Muhahaha...










Source : klia2.info
1 comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!