Mari Belajar Niat Solat Jamak & Qasar

Mari Belajar Niat Solat Jamak & Qasar

Ramai rakan saya dan termasuk saya selalu kerja outstation, maka hasilnya solat kita boleh di Jamak dan Qasar.

Ramai juga mengatakan bahawa kenapa nak buat Jamak & Qasar sedangkan kita kadang-kala naik flight dan hanya mengambil masa sejam-dua ajer untuk sampai destinasi yang jauh. Jawapannya (Jawapan dari Ustaz Dr Hasan Din), Allah dah beri kemudahan tu gunakan ajerlah, solat Jamak & Qasar ini sebagai hadiah daripada Allah kepada hamba-Nya.

Okay jangan lari topik, disini saya sertakan sekali cara-cara niat untuk melakukan solat Jamak & Qasar. Sharing is caring. InsyAllah...


Jamak Takdim dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

  • Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
  • Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".


Jamak Takhir dan diQasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar". Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.

  • Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
  • Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".


Jamak takdim dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.

  • Niat untuk sembahyang magrib ialah ”Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
  • Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".


Jamak takhir dan diqasarkan (dipendekkan)

Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu isyak"

  • Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
  • Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
Source : masjidwilayah.gov.my

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam