Taufan Sandy, New York

Taufan Sandy, New York

Semalam taufan Sandy telah membadai di New York bermula jam 2.00pm waktu tempatan. Bencana taufan Sandy ini telah mengakibatkan kerugian yang amat teruk untuk New York, setakat ini kerugian masih lagi dikira dan telah mencecah hampir kerugian sebanyak 20billion USD.

Menambahlagi kesengsaraan rakyat  disebelah timur Amerika Syarikat apabila bekalan tenaga elektrik terputus dan juga menyebabkan sistem pengangkutan dan pergerakkan orang ramai lumpuh untuk beberapa hari lagi.

Angka korban kini meningkat kepada 39 orang dan kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan dihempap pokok tumbang dan objek-objek keras yang berterbangan. Bandaraya New York adalah antara yang paling teruk terjejas apabila kota terbesar dunia itu ditutup untuk hari kedua, hari ini. New York Stock Exchange (NYSE) melaporkan akan mula beroperasi pada keesokkan hari untuk urusniaga.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, berkata ia mungkin mengambil masa empat atau lima hari lagi kepada sistem transit terbesar Amerika itu untuk pulih. Taufan ini adalah antara taufan yang paling teruk pernah melanda sejak 80tahun.

Setakat ini lebih 15,000 penerbangan dengan tiga lapangan terbang utama di New York masih ditutup. Beberapa jambatan ke bandar raya itu dibuka semula namun kebanyakan terowong utama masih ditutup, termasuk sekolah.

Anda boleh membaca berita secara live disini (AFP)











Ini adalah bala yang diturunkan Allah kerana negara ini terlalu melampau menghina dan menganayai umat Islam di seluruh dunia. Kepada saudara Muslim di Ney York dan New Jersey, semoga kalian tabah menghadapi ujian Allah yang memberikan bala pada negara Amerika Syarikat. Semoga Allah melindungi umat Islam disana.

Source : bharian.com.my | yahoo.news

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam