Tesco Homeplus Subway, South Korea

Tesco Homeplus Subway, South Korea

Tesco Homeplus di Korea Selatan telah memperkenalkan satu kaedah pembelian runcit dari kedainya secara online. Kebanyakkan kedai-kedai lain juga menyediakan perkhidmatan jualan secara online, akan tetapi berbeza dengan Tesco Homeplus kerana mereka membeli barangan runcit dengan perlu menangkap gambar QR Code dari gambar virtual yang ditampal di dinding berkenaan.

Hahaha... aku rasakan ini adalah awesome! Tesco Homeplus memperkenalkan kaedah ini pada tahun lalu yang dibina disebuah Subway dibandar Seoul dimana pengguna subway ini tidak akan kebosanan tatkala menunggu train nak sampai maka beli-belah adalah masa yang terbaik. Awesome solution!

Barangan runcit Tesco ini akan ditampal disekitar subway train itu dan setiap gambar barangan  mempunyaiQR code. Pengguna perlu meng-download aplikasi Tesco Homeplus sebelum membeli barangan. Pilih mana-mana barangan yang anda mahu beli dan capture QR code menggunakan aplikasinya. Setelah itu buat pembayaran secara online dan barangan anda akan dihantar pada hari yang sama tarikh anda membayarnya. Awesome!

Tesco Homeplus melaporkan jualan menggunakan kaedah ini telah meningkat kepada 130% kerana majoriti rakyat Korea mungkin agak malas untuk keluar rumah membeli belah serta malas untuk menghadapi traffik jam yang sangat terok.

Mungkin di Kuala Lumpur boleh cuba membuat keadah ini dan setahu saya, Ikea Malaysia juga telah menyediakan application untuk pembelian secara online.













Source : tescohomeplus.kr

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam