Urbanscapes 2012, Petaling Jaya

Urbanscapes 2012, Petaling Jaya

Selamat datang ke Urbanscapes 2012! Urbanscapes akan berlangsung selama 2hari iaitu bermula pada 24 -25 November 2012 di Padang Astaka Petaling Jaya.

Apakah Urbanscapes? Urbanscapes adalah sebuah event yang meraikan hari kesenian yang membawa bersama masyarakat dan peserta dari bidang muzik, seni, fesyen, rekabentuk, dan banyak lagi. Pesta ini telah pun bermula pada tahun 2002 di Grappa Soho Bukit Bintang, dan dilangsungkan kembali pada 2004 di KL Sentral.

Atas permintaan dan kerjasama warga seni, Urbanscapes sekali lagi muncul pada tahun 2008 di KL Performing Arts sehingga tahun 2010. Urbanscapes terpaksa membuat pesta mereka di Padang Astaka Petaling jaya untuk tahun 2011 & 2012 kerana KL Performing Arts tidak lagi dapat menampung kunjungan orang yang begitu ramai.

Sempena ulang tahun yang ke10 tahun ini, Urbanscapes juga menjanjikan pesta yang besar-besaran untuk pengunjung dengan menampilkan artis dalam dan luar negara antaranya Yuna, Love Me Butch, Sheila Majid,  Sigur Ros, White Shoe & The Couples Company, Circles of UK dan ramai lagi.

Beberapa station yang disediakan untuk short theater, street performance, art&design, art workshop dan banyak lagik yang anda bakal temukan. Selain itu juga, Urbanscape juga menyediakan restoran dan gerai makan yang menyajikan makanan dari seluruh dunia untuk pengunjung merasai sendiri masakan mereka.

Anda juga boleh mengunjungi gerai-gerai yang menjual barangan seni untuk dekorasi rumah/restoran/kedai anda malah sebagai cenderahati. Awesome dude!

Anda perlu mendapatkan tiket untuk join Urbanscape ini, harga tiket untuk RM47 (early bird) telah pun habis dijual dan harga tiket biasa boleh didapati dengan harga RM87. Pada pintu masuk, anda akan mendapat beberapa goodies yang disediakan oleh pihak penganjur.





Sekitar di Urbanscape 2011

Sekitar Urbanscape 2011

Sekitar Urbanscape 2012

Source : urbanscapes.com.my | redtix.airasia.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam