Posts

Showing posts from December, 2012

10 Movie Terbaik 2012

Image
10 Movie Terbaik 2012 Entry ini saya listkan 10 filem blockbuster yang terbaik sepanjang tahun 2012 ini. List ini adalah mengikut citarasa pilihan saya kerana 10 filem ini adalah Super Awesome! 10. Battleship

10 Azam Tahun Baru

Image
10 Azam Tahun Baru Alhamudillah kita bertemu lagik dengan datangnya tahun baru 2013, sebelum ini kita telah mencuak-cuakan diri dengan troll ramalan kaum maya mengenai 21 Disember 2012. Jadi janganlah percaya dengan ramalan yang tah apa-apa, Al-Quran dah pun menyebut tentang hari Kiamat. Oleh itu, hidup kita seharian perlu dilebihkan dengan beribadat dengan tibanya tahun baru 2013 ini. Setiap kali datangnya tahun baru, budak-budak office saya selalu akan berkongsi azam tahun baru... keh keh keh... dan pastinya azam tu tak pernah menjadik! What a loooooser! Disini saya listkan azam tahun baru yang dipetik dari rakan taulan.

Twelve Cup Coffee House, Penang

Image
Twelve Cup Coffee House, Penang Sebuah lagi coffee house yang awesome di Georgetown Penang yang pastinya akan mengosongkan minda anda seketika...Coffee House ini terletak di Beach Street Georgetown Penang, lokasinya bersebelahan dengan kedai Subway. Twelve Cup ini adalah sebuah coffe house yang menghidangkan menu ringkas seperti kek, muffin, cupcakes, dan beverage yang pastinya tempat ini adalah bukan untuk santapan lunch ataupun dinner. Kalu nak lunch ker dinner ker anda boleh pergi ker kedai berhampiran yang saya dah review sebelum nih . Coffee house ini sangat kreatif dan awesome, anda boleh menikmati suasana modern deko didalam bangunan yang lama dna barista yang server beverage anda sangat ramah tamah dan awesome! Harga untuk minuman disini boleh dikatakan berpatutan berbanding dengan coffee house franchise di Malaysia ini, harga untuk beverage bermula dari RM6.90 - RM13.90 manakala kek hidangan mereka pula ada bermacam-macam dan anda harga sepotong kek bermula dari RM8-RM

Sambutan Ambang 13 Bersama UAI

Image
Sambutan Ambang 13 Bersama UAI Bila dah nak dekat dengan tahun baru, pastinya ada sponsor besar yang akan menganjurkan beberapa konsert untuk mengalakkan orang ramai menghayati ketibaan tahun baru, pastinya orang ramai terutama warga muda menantikan saat ini. Pada tahun lepas buat pertama kali Selangor menganjurkan ambang tahun baru dengan menghayatinya secara Islamik. Untuk tahun ini kerajaan negeri Selangor sekali lagi menganjurkan program sedemikian dengan beberapa acara sampingan yang bermula dari 30 Disember - 31 Disember 2012. Acara kemuncak program Ambang 13 ini adalah sembang santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan beberapa lagi jemputan yang akan menjayakan program tersebut. Lebih bermanfaat dan berguna jika kita menghadirkan diri untuk acara sebegini, sambil dok tunggu nak sambut tahun baru, boleh jugak dengar ceramah agama dan hiburan sampingan seperti nasyid dan muzik akustik. Source : facebook.com/sambutan ambang 13

JinnyBoy TV : Only In Malaysia

Image
JinnyBoy TV : Only In Malaysia Jinnyboy adalah warga negara Malaysia yang juga peminat filem pendek yang mampu membuatkan hati kami lebih ceria tatkali mengalami ke-tension-nan di pejabat! Jim Lim dan Reuben W.J.Kang adalah dua warga negara Malaysia yang merupakan orang yang menubuhkan Jinnyboy TV yang telah bermula pada 1 Januari 2012. Mereka sangat minat kepada video shortclip dan setakat ini mereka telah membuat hampir 47 buah filem pendek dibawah arahan mereka berdua. Filem-filem pendek ini kebanyakkannya mengisahkan kehidupan seharian rakyat Malaysia dan isu semasa dalam bentuk parody. Awesome dude! Selain itu juga, mereka juga menampilkan beberapa artis local dan antarabangsa didalam filem pendek mereka. Kali ini saya saya paparkan video yang bertajuk "Only In Malaysia" yang berdurasi 8 minit. Haaa... untuk pengetahuan anda,video ini telah pun mencapai sebanyak 4juta viewer didalam youtube sejak April 2012. Super Awesome! So layan la dan pasti anda akan gelak

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

Image
Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang Hola.... mari kita pergi bercuti-cuti sempana cuti sekolah yang dah nak abis nih. Kali ini saya kasik masuk entry area Kuantan Pahang plak. Duta Village Beach Resort yang terletak di Pantai Balok Kuantan Pahang adalah sebuah destinasi budget yang mampu untuk nikmati. Resort ini terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan atau mengambil masa hanya 10-15minit untuk drive sampai ke bandar Kuantan. Lebih senang jika anda melalui jalan Alor Akar- Pantai Balok, resort ini bersebelahan dengan Hotel Swiss Garden Pantai Balok. Resort ini rasanya telah lama beroperasi dan ianya mempunyai 2 bahagian iaitu Hotel dan Chalet yang pastinya awesome!. Jika anda mahu lepak berhampiran area pantai anda boleh memilih Chalet, kira-kira terdapat lebih kurang 30 buah Chalet disediakan dan 30 buah bilik Hotel. Lebih menarik lagi resort ini mempunyai pantai yang menarik kerana Pantai Balok adalah pantai yang agak landai, so agak selamat dan selesa untuk ma

La Pari - Pari, Langkawi

Image
La Pari - Pari, Langkawi Mari bercuti ke Langkawi kerana Langkawi adalah sebuah destinasi pulau santai untuk seisi keluarga. Kali ini saya menampilkan sebuah lagi hotel yang comel dan awesome iaitu La Pari-Pari. La Pari-Pari adalah sebuah hotel courtyard yang bercirikan Modern English dimana hotel ini dibina seperti sebuah chalet dan banglo kecil. Pemilik hotel La Pari-Pari ini pada asalnya datang ketempat ini untuk bersantai dan menikmati keindahan pulau Langkawi, lantas terlintas difikiran mereka untuk membina hotel bercirikan hutan tropika dan lautan. Hotel ini terletak di Jalan Teluk Baru, Kampung Tasek Anak, kira -kira 10 minit dari airport Langkawi dan 20 minit dari pekan Kuah. Walaupun hotel ini tidak terletak dipersisiran pantai, percayalah banyak perkara yang anda boleh lakukan disini seperti memancing, climbing, dan jika anda memang peminat pantai, mereka menyediakan peralatan diving dan snorkeling. Malah anda juga boleh menyewa basikal atau motosikal untuk ronda-rond

Google Logo : Grimm's Fairy Tales

Image
Google Logo : Grimm's Fairy Tales Semalam Google.com memaparkan logo yang awesome dimana logo Google ini mengisahkan sebuah cerita pendek picture-motion sempena ulangtahun Brothers Grimm yang ke 200. Saya pun tak tahu sape Brothers Grimm nih akan tetapi saya telah meng-wikipedia-kan mengenainya. Brother Grimm adalah 2 saudara yang mula menulis cerita dongeng pari-pari yang selalu kita tengok dan baca masa kecik-kecik dulu. Antara karya Brothers Grimm hasilkan adalah Cinderella, The Frog Prince, Rapunzel, Snow White dan banyak lagik mengenai dongeng dan pari-pari. Cerita pertama yang dihasilkan oleh mereka adalah Children and Household Tales iaitu pada tahun 1812. Setelah itu karya-karya mereka telah dijual dan dialih bahasa keserata dunia dan Disney juga mengambil cerita mereka untuk diadaptasikan kepada animasi seperti mana zaman ini. Adalah dinasihatkan bahawa cerita dongeng nih sebenarnya tidak sesuai untuk bacaan/tontonan kanak-kanak kerana ianya memupuk kanak-kanak kea

Pik Nik Everyday, Penang

Image
Pik Nik Everyday, Penang Sebuah lagi restoran chill-chill yang comel dan awesome iaitu Pik Nik Everyday yang terletak di Jalan Nagore Georgetown Penang. Mereka sangat kreatif pasal Restoran Pik Nik sangat comel dan cute... Mereka menggunakan bangunan lama dan mengubahsuai bangunan lama tersebut menjadi lebih menarik dan awesome! Mungkin sekarang nih dah ramai orang yang mula meneliti dan menyedari tentang kesenian. Tahniah! Beberapa decoration diselitkan didalam restoran Pik Nik yang menampakkan lebih cool dimana mereka menghiaskan barangankedai mereka dengan barangan dari Ikea dan Faab. Di Pik Nik terdapat beberapa section untuk pelanggan dimana anda boleh memilih tempat/lokasi anda lepak kalau tak ramai orang. Restoran Pik Nik ini menyajikan makanan ala-ala western dan local food. Anda boleh menikmati Brunch (Breakfast+Lunch) yang disediakan di Pik Nik, antara yang menarik untuk snack disini adalah fillet snack dan choco cake. Bagi saya Moch Blended dorang sangat best, ala-al

Gem Beach Resort, Terengganu

Image
Gem Beach Resort, Terengganu Sebelum ni saya memang tak tahu bahawa di Batu Rakit Terengganu ada resort yang sangat awesome! Gem Beach Resort ini terletak di Batu Rakit iaitu jalan menuju ker Merang atau laluan ke kawasan keropok lekor.  Kira-kira 20km atau 20-30minit dari bandar Kuala Terengganu. Gem Beach Resort telah pun beroperasi sekian lama, resort ini terletak besebelahan dengan pantai dan anda tak perlu berjalan jauh untuk santai dipantai. Akan tetapi, persisiran pantai Terengganu agak bahaya untuk mandi-manda kerana pantainya agak curam dan berbahaya. Anda juga boleh BBQ di Gem Beach Resort samada dengan sewa tempat ataupun pihak hotel akan menyediakan dan memasak untuk anda, anda hanya perlu bayar saja. Disini mempunyai gimnasium, track jogging, swimming pool, beach ball, volley ball, manakala watersport agak terhad kerana pantai disini ombaknya besar. Walaubagaimanapun, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini ataupun sekitar hotel. Anda boleh melawat kilang pe

Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Terengganu

Image
Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Terengganu Jika anda pernah ke Kuala Terengganu pastinya anda akan singgah kedai kepok/keropok. Okay disini saya nak share satu kedai kedai keropok lekor yang saya katakan Awesome! Ahaaa sangat cool lagi awesome, memperkenalkan kepada anda kedai Keropok Lekor BTB 2209. Kedai Kepok ini terletak di kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu sebab tu nama kedai kepok nih nama BTB. Cuma tang 2209 tu saya tak tau plak apa nombornya, mungkin nombor lot tanah kedai tu ataupun nombor kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Bagi saya ini adalah kedai keropok yang pertama saya jumpa kalu nak beli keropok kena amik nombor giliran. Beb nak beli keropok macam nak buat passort daaa... Kedai ini menggunakan perkhidmatan ambil nombor giliran kerana customer terlalu ramai pada setiap masa tambah-tambah cuti sekolah nih. Anda juga boleh makan kepok dengan chill-chill kat kedai nih jika ada meja kosong, kebetulan nasib kami, mungkin kami pergi awal pagi sekitar jam 10pagi, ora

The Hobbit : The Unexpected Journey

Image
The Hobbit : The Unexpected Journey Filem yang dinantikan telah muncul, saya telah menonton The Hobbit yang sememangnya plot cerita sangat super awesome! Pasti lagi mesti kepada peminat Trilogy The Lord Of The Rings (LOTR) untuk menonton The Hobbits ini kerana filem  ini mengisahkan bagaimana watak dalam cerita LOTR jumpa seperti Kaum Hobbit, Gandalf, kaum Orcs, Gollum dan ramai lagi. Filem ini adalah sebuah filem dari penulis buku JRR Tolkien iaitu penulis buku untuk The Lord of The Rings. Cerita The Hobbit ini bukanlah sambungan kepada cerita LOTR, akan tetapi satu filem sampingan daripada LOTR. Cerita ini mengisahkan seorang kaum Hobbit iaitu Bilbo Baggins menulis kembali cerita pengembaraannya setelah 60tahun berlalu. Pengembaraan mereka bermula apabila Gandalf meminta Bilbo Baggins join pengembaraan ke Lonely Mountain, iaitu Dwarf  Kingdom of Erebor. Dalam cerita ini, banyak slot-slot yang anda akan jumpa dalam LOTR. Jika anda tak pernah tengok citer LOTR, kompem anda bu

Star Trek The Exhibition, Kuala Lumpur

Image
Star Trek The Exhibition, Kuala Lumpur Okay, perhatian kepada fan Star Trek.. Anda perlu luangkan masa anda dan bersama keluarga anda dengan membawa mereka datang ke Star Trek The Exhibition 2012-2013. Star Trek The Exhibition ini berlangsung di Pusat Sains Negara bermula dari 15 Disember 2012 hingga 28 Februari 2013 dengan harga tiket RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Diulangi ini adalah exhibition untuk Star Trek, jadi kepada peminat Star Wars seperti saya perlu lepak dan tunggu luar pintu kerana kami tak sukakan Star Trek!! Walabagaimanapun, pihak pengurusan Star Trek The Exhibition ini telah membuat beberapa exhibition di beberapa buah negara dan mendapat sambutan yang hebat. Ini kerana mereka akan membuat beberapa bilik pameran sama seperti yang terdapat di dalam filem tersebut. Beberapa gadget, senjata, pakaian dan watak Star Trek akan dipamerkan, bagi saya harga yang ditawarakan oleh Pusat Sains Negara adalah berbaloi dan berpatutan. Sila luangkan masa

Proton Satria Neo S2000 Rally Spec

Image
Proton Satria Neo S2000 Rally Spec Oleh kerana Proton Satria Neo S2000 juga telah mengharumkan nama negara untuk kejohanan International Rally 2011, maka saya bawakan khas bagaimana rupabentuk kereta Satria Neo Super 2000 Rally Spec yang dibina khas oleh pasukan R&D Proton R3. Jangan salah faham dengan nama Satria Neo S2000, S2000 adalah singkatan kepada Super 2000 dan bukanlah dari S2000 Honda yang kita sangkakan sebelum ini. Satria Neo S2000 ini dibina khas dari kejuruteraan Proton R3 dari segi enjin, transmisi, elektronik dan reka bentuk body Satria Neo tersebut. Pasukan Proton Satria Neo S2000 ini juga telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk Asia Pacific Rally Championship pada tahun 2011. Satria Neo S2000 ini berkapasiti 2000cc dimana 278bhp dihasilkan pada 7600 rpm, mempunyai trasmisi tiptronik 6 kelajuan berurutan, 3 plate slip differential, 4 piston brake Alcon, suspension MacPherson, anti roll bar depan dan belakang, sistem electronic dari GEMS untuk ECU d

Samsung ATIV Smart PC Pro

Image
Samsung ATIV Smart PC Pro Memperkenalkan satu lagi produk terbaru dari Samsung ATIV yang mampu membuatkan anda berlari-lari anak ker Samsung Outlet iaitu Samsung ATIV Smart PC Pro. Untuk pengetahuan anda Samsung ATIV adalah sebuah produk yang menggunakan Windows 8, bagi penggemar Windows anda bolehlah mula menjinakkan diri dengan Samsung ATIV pasal Samsung Tablet / Samsung S telah dimonopoli oleh Android. Selain itu juga Samsung ATIV juga mengeluarkan produk-produk lain seperti ATIV S, ATIV Tablet, dan ATIV Smart PC. Kali ini saya hanya preview untuk produk Samsung ATIV Smart PC pasal ianya sangat Awesome! Samsung ATIV Smart PC Pro ini berfungsi 100% seperti laptop dan PC anda dengan sistem operasi Windows 8 yang baru. Lebih awesome lagi ATIV PC Pro ini bukan sekadar laptop biasa, malah ianya juga mampu menjadi sebuah tablet touch screen jika anda mahukannya dan jika anda seorang hyper typist anda hanya perlu connect keyboard dengan ATIV Smart PC dan secara terus anda boleh men

Eurocopter EC 725 TUDM

Image
Eurocopter EC 725 TUDM Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diperhebatkan lagi dengan ketibaan dua daripada 12 unit helikopter pengangkut jarak jauh, Eurocopter EC725 hari ini menggantikan Sikorsky S61A-4 Nuri yang telah digunakan sejak 1968. Eurocopter EC 725 Cougar merupakan sebuah helikopter pengangkut jarak jauh yang dibangunkan daripada keluarga Super Puma/Cougar untuk kegunaan ketenteraan. Ia menggunakan enjin pesawat udara berkembar dan boleh membawa 29 tempat duduk berpasukan dengan 2 anak kapal. Helikopter ini sememangnya akan digunakan untuk TUDM menggantikan helikopter yang lama iaitu Helikopter Nuri. Mari kita lihat spesifikasi helikopter yang dikatakan canggih oleh TUDM ini. Crew: 1 or 2 (pilot + co-pilot) Capacity: 1 chief of stick + 28 troops or 5,670 kilograms (12,500 lb) payload Length: 19.5 m (64 ft 0 in) Height: 4.6 m (15 ft 1 in) Empty weight: 5,330 kg (11,751 lb) Gross weight: 11,000 kg (24,251 lb) Max takeoff weight: 11,200 kg (24,692 lb) Powerplan

Pangkor Laut Resort, Perak

Image
Pangkor Laut Resort, Perak Pangkor Laut Resort adalah sebuah resort Awesome yang terletak di Pulau Pangkor Laut iaitu pulau kecil bersebelahan dengan Pulau Pangkor Perak. Untuk ke Pangkor Laut anda boleh memilih naik private boat dari Marina Resort atau anda naik dari jeti Pulau Pangkor dan terus ker Pangkor Laut Resort yang mengambil masa kira-kira 30minit dari jeti Pulau Pangkor. Pangkor Laut Resort adalah sebuah resort yang sangat awesome, tempat ini sangat terkenal dengan sebuah resort untuk honeymoon. Tempat ini tidak begitu ramai orang seperti mana resort-resort yang terdapat di sekitar Pulau Pangkor, maka anda akan mendapat suasana aman damai dan tenteram. Disini terdapat beberapa buah resort antaranya adalah Spa Villa, Sea Villa, Beach Villa, Hill Villa, Garden Villa, Suria & Purnama Suite dan Pavarotti Suite. Begitu banyak jenis bilik yang disediakan supaya pelanggan dapat memilih dan menikmati tema bilik yang disediakan samada tengah laut, tepi pantai, taman dan k

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...