10 Azam Tahun Baru

10 Azam Tahun Baru

Alhamudillah kita bertemu lagik dengan datangnya tahun baru 2013, sebelum ini kita telah mencuak-cuakan diri dengan troll ramalan kaum maya mengenai 21 Disember 2012. Jadi janganlah percaya dengan ramalan yang tah apa-apa, Al-Quran dah pun menyebut tentang hari Kiamat. Oleh itu, hidup kita seharian perlu dilebihkan dengan beribadat dengan tibanya tahun baru 2013 ini.

Setiap kali datangnya tahun baru, budak-budak office saya selalu akan berkongsi azam tahun baru... keh keh keh... dan pastinya azam tu tak pernah menjadik! What a loooooser! Disini saya listkan azam tahun baru yang dipetik dari rakan taulan.



10 azam tahun baru tak awesome dan sungguh faaaaaaaail.....!

1. Membuat Simpanan - Rancangan ini mungkin menjadi pada bulan pertama dan kedua, akan tetapi masuk bulan ketiga masing-masing dah mula rabak apabila mulanya cuti sekolah bulan 3.

2. Menurunkan Berat Badan - Azam seperti ini selalu didengar oleh kaum hawa, tapi ini pon kejap ajer. Bila dah ada majlis/event, masing-masing makan macam dah makan 1bulan.

3. Menjadi Lebih Serius - Haa ini saya tribute-kan pada team saya, please laa menjadikan diri anda lebih serius pada tahun ini. Sila jangan buat lawak dalam office lagi! Fokus pada kerja anda

4. Berhenti Merokok - Azam ini pula sangat popular kepada perokok tegar, dan azam ini mula kantoi pada  hari kedua selepas azam dimenterai...

5. Membeli Sesuatu Barang - Azam ini adalah azam seperti target untuk mendapatkan sesuatu barang. Contohnya tahun ini saya target untuk membeli sebuah kereta. Haaa tu adalah contoh, tapi kebanyakkanya juga target seperti ini kantoi jugak, barang yang nak dibeli tu tak dibeli-beli, akan tetapi duit dihabiskan ketempat lain.

6. Datang Kerja Lebih Awal - Seriously, benda nih terjadi apabila tibanya penghujung bulan atau dengan kata lain bila dah kering gaji... Ngeh ngeh ngeh...

7. Menepati Masa - Perkara ini akan berlaku bila anda akan menghadirkan diri untuk temuduga sahaja, selebihnya semuanya kantoi...

8. Menambahkan Produktiviti Kerja - Okay azam ini juga rasanya lebih kurang seperti no 6 iaitu 'Datang Kerja Lebih Awal'. Ini kerana apabila tibanya hujung bulan, masing-masing dah mula sesak/kering. Maka jalan penyelesaiannya adalah stayback di office!!

9. Meluangkan Masa Bersama Keluarga - Kalu disyarikat saya bekerja, istilah masa bersama keluarga ini hampir sama seperti mengambil cuti selama 2bulan. Ini kerana syarikat kami mengamalkan pekerja tidur dan tinggal ditempat kerja masing-masing. So masa bersama keluarga sangat menjadi terhad dna cuti selalu kena tolak, Demmmm!!!

10. Ingin Tambah Bini - Ahhhhaaaaa azam ini memang orang lelaki suka cakap, tetapi kesudahannya tak menjadi juga, sama ada plan tak jadi atau plan dah kantoi. Hahahaha sapa tak sayang bini oiiii!!


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam