Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

Hola.... mari kita pergi bercuti-cuti sempana cuti sekolah yang dah nak abis nih. Kali ini saya kasik masuk entry area Kuantan Pahang plak.

Duta Village Beach Resort yang terletak di Pantai Balok Kuantan Pahang adalah sebuah destinasi budget yang mampu untuk nikmati. Resort ini terletak kira-kira 10km dari bandar Kuantan atau mengambil masa hanya 10-15minit untuk drive sampai ke bandar Kuantan. Lebih senang jika anda melalui jalan Alor Akar- Pantai Balok, resort ini bersebelahan dengan Hotel Swiss Garden Pantai Balok.

Resort ini rasanya telah lama beroperasi dan ianya mempunyai 2 bahagian iaitu Hotel dan Chalet yang pastinya awesome!. Jika anda mahu lepak berhampiran area pantai anda boleh memilih Chalet, kira-kira terdapat lebih kurang 30 buah Chalet disediakan dan 30 buah bilik Hotel.

Lebih menarik lagi resort ini mempunyai pantai yang menarik kerana Pantai Balok adalah pantai yang agak landai, so agak selamat dan selesa untuk mandi-manda. Resort ini juga mempunyai swimming pool sendiri dan difahamkan juga anda boleh ber-BBQ di sekitar pantai ini.

Selain itu fasiliti yang ada ialah paintball, surf-kite, banana boat dan jet-ski. Tapi anda perlu bayar sendirik la untuk main benda-benda macam tu. Time saya pergi tu saya layan pool dengan mandi pantai ajer, tak sempat nak survey game dorang. Sorry...

Mereka mempunyai bilik Standard Room Hotel, Standard Chalet, Standard Suite Hotel dan 2 Bedroom Balau Chalet. Harganya bermula dari RM80-RM250, agak murah sebab tu saya cakap resort ini adalah sebuah destinasi budget untuk lepak selain daripada Cherating.

Pada belah malam anda mungkin boleh drive pergi chill-chill di bandar Kuantan atau menikmati makan malam seafood di Tanjung Lumpur yang berhampiran dengan bandar Kuantan. Lepas makan malam teros lepak di WaterFront Kuatan yang ada signboard Kuantan besar tepi sungai tu.. Ahaaaa sangat sempoi dan awesome!














Source : facebook.com/duta village beach resort
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!