Gem Beach Resort, Terengganu

Gem Beach Resort, Terengganu

Sebelum ni saya memang tak tahu bahawa di Batu Rakit Terengganu ada resort yang sangat awesome! Gem Beach Resort ini terletak di Batu Rakit iaitu jalan menuju ker Merang atau laluan ke kawasan keropok lekor.  Kira-kira 20km atau 20-30minit dari bandar Kuala Terengganu.

Gem Beach Resort telah pun beroperasi sekian lama, resort ini terletak besebelahan dengan pantai dan anda tak perlu berjalan jauh untuk santai dipantai. Akan tetapi, persisiran pantai Terengganu agak bahaya untuk mandi-manda kerana pantainya agak curam dan berbahaya.

Anda juga boleh BBQ di Gem Beach Resort samada dengan sewa tempat ataupun pihak hotel akan menyediakan dan memasak untuk anda, anda hanya perlu bayar saja. Disini mempunyai gimnasium, track jogging, swimming pool, beach ball, volley ball, manakala watersport agak terhad kerana pantai disini ombaknya besar.

Walaubagaimanapun, banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini ataupun sekitar hotel. Anda boleh melawat kilang pemprosesan keropok atau kilang batik disekitar kawasan Batu Rakit.

Manakala mereka mempunyai bilik Standard Sea View, Deluxe Sea View, dan Gem Suite. Harga bilik pula bermula dari RM150-RM500 berserta sarapan untuk 2orang. Selain itu juga, Gem Beach Resort sedang menaiktaraf resort ini dengan menambahkan lagi 2 bangunan hotel yang sedang dalam pembinaan, dijangkakan siap awal tahun 2013.

Gem Resort adalah suasana sungguh aman damai, kami pegi dalam waktu cuti sekolah pun tak ramai orang, mungkin orang tak tahu mengenai Gem Resort nih. Anda boleh search Gem Beach Resort dalam GPS atau google Map. Paling awesome dibawah lobby mereka, ada kolam ikan yang luas, boleh kasik ikan makan.

Awesome!














Source : gembeachresort.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam