Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Terengganu

Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Terengganu

Jika anda pernah ke Kuala Terengganu pastinya anda akan singgah kedai kepok/keropok. Okay disini saya nak share satu kedai kedai keropok lekor yang saya katakan Awesome!

Ahaaa sangat cool lagi awesome, memperkenalkan kepada anda kedai Keropok Lekor BTB 2209. Kedai Kepok ini terletak di kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu sebab tu nama kedai kepok nih nama BTB. Cuma tang 2209 tu saya tak tau plak apa nombornya, mungkin nombor lot tanah kedai tu ataupun nombor kepada ayat-ayat suci Al-Quran.

Bagi saya ini adalah kedai keropok yang pertama saya jumpa kalu nak beli keropok kena amik nombor giliran. Beb nak beli keropok macam nak buat passort daaa... Kedai ini menggunakan perkhidmatan ambil nombor giliran kerana customer terlalu ramai pada setiap masa tambah-tambah cuti sekolah nih.

Anda juga boleh makan kepok dengan chill-chill kat kedai nih jika ada meja kosong, kebetulan nasib kami, mungkin kami pergi awal pagi sekitar jam 10pagi, orang tak ramai dan kami boleh chill-chill makan kepok dengan Teh'O ais!

Kalu makan kat kedai tak perlu amik nombor. Nak beli keropok ajer kena amik nombor, tapi setiap orang akan dihadkan membeli keropok sebanyak RM100 ajer supaya next customer tak perlu tunggu lama-lama. Jika anda nak beli lebih dari RM100, anda perlu amik nombor sekali lagi dan beratur lagi. Huuuuuuu........

Untuk ke lokasi Keropok Lekor BTB nih sila lihat google map yang telah saya lampirkan dibawah, nak terang pon nant panjang pula nak typing... Huhuhuh (mood malas).

Bersebelahan dengan kedai ini, terdapat kilang pembikinan keropok, anda hanya boleh lihat dari jauh pasal tak dibenarkan masuk tempat bikin kepok, tapi kat depan kedai dorang tu dorang letak dapur custom-style yang ada dalam 10 bijik kawah untuk masak keropok. Gile ding dong....

Sila la try Keropok Lekor BTB jika anda ke Terengganu.













Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!