La Pari - Pari, Langkawi

La Pari - Pari, Langkawi

Mari bercuti ke Langkawi kerana Langkawi adalah sebuah destinasi pulau santai untuk seisi keluarga. Kali ini saya menampilkan sebuah lagi hotel yang comel dan awesome iaitu La Pari-Pari.

La Pari-Pari adalah sebuah hotel courtyard yang bercirikan Modern English dimana hotel ini dibina seperti sebuah chalet dan banglo kecil.

Pemilik hotel La Pari-Pari ini pada asalnya datang ketempat ini untuk bersantai dan menikmati keindahan pulau Langkawi, lantas terlintas difikiran mereka untuk membina hotel bercirikan hutan tropika dan lautan. Hotel ini terletak di Jalan Teluk Baru, Kampung Tasek Anak, kira -kira 10 minit dari airport Langkawi dan 20 minit dari pekan Kuah.

Walaupun hotel ini tidak terletak dipersisiran pantai, percayalah banyak perkara yang anda boleh lakukan disini seperti memancing, climbing, dan jika anda memang peminat pantai, mereka menyediakan peralatan diving dan snorkeling. Malah anda juga boleh menyewa basikal atau motosikal untuk ronda-ronda kekampung persekitaran.

La Pari Pari mempunyai  beberapa buah bilik yang memuatkan king size dan twin queen size, harga bilik bermula dari RM270 sehingga RM400. Sangat berbaloi! Setiap bilik ini dibina seperti courtyard untuk keselesaan pengunjung supaya dapat menikmati keindahan alam secara peribadi.

Disini juga terdapat restoran hotel dimana mereka membuat persembahan live-band pada hujung minggu, mempunyai swimming pool, rumah pokok untuk santai dan beberapa tempat kecil untuk pengunjung lepak dikawasan hutan tropika.

Bagi saya tempat ini sangat sesuai kepada orang yang sukakan culture & nature, anda perlu singgah untuk menikmati La Pari Pari ini sendiri. Awesome!












Source : laparipari.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam