Pangkor Laut Resort, Perak

Pangkor Laut Resort, Perak

Pangkor Laut Resort adalah sebuah resort Awesome yang terletak di Pulau Pangkor Laut iaitu pulau kecil bersebelahan dengan Pulau Pangkor Perak.

Untuk ke Pangkor Laut anda boleh memilih naik private boat dari Marina Resort atau anda naik dari jeti Pulau Pangkor dan terus ker Pangkor Laut Resort yang mengambil masa kira-kira 30minit dari jeti Pulau Pangkor.

Pangkor Laut Resort adalah sebuah resort yang sangat awesome, tempat ini sangat terkenal dengan sebuah resort untuk honeymoon. Tempat ini tidak begitu ramai orang seperti mana resort-resort yang terdapat di sekitar Pulau Pangkor, maka anda akan mendapat suasana aman damai dan tenteram.

Disini terdapat beberapa buah resort antaranya adalah Spa Villa, Sea Villa, Beach Villa, Hill Villa, Garden Villa, Suria & Purnama Suite dan Pavarotti Suite. Begitu banyak jenis bilik yang disediakan supaya pelanggan dapat memilih dan menikmati tema bilik yang disediakan samada tengah laut, tepi pantai, taman dan kaki bukit.

Paling menarik dan eksklusif adalah Sea Villa dan Suria & Purnama Suite dimana kedua-dua villa/suite ini dibina ditengah laut. Pemandangan dan suasana yang sangat aman mampu membuatkan anda hampir tidak keluar bilik.

Pastinya fasiliti yang disediakan oleh Pangkor Laur Resort akan memuaskan hati anda, ini kerana terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini antaranya aktiviti laut seperti scuba diving, snorkeling dan water sport.

Selain itu juga disini terdapat Spa untuk pelanggan lepak dan santai, gymnasium, cycling trail, natural wall climbing dan jungle tracking ke seluruh pulau Pangkor Laut ini. Juga terdapat beberapa buah restoran dan bar yang anda boleh lepak tepi pantai dan layan live band.

Pangkor Laut Resort adalah sebuah resort yang sangat berbaloi untuk dikunjungi tambah-tambah lagi untuk honeymoon. Awesome!












Source : pangkorlautresort.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam