Pik Nik Everyday, Penang

Pik Nik Everyday, Penang

Sebuah lagi restoran chill-chill yang comel dan awesome iaitu Pik Nik Everyday yang terletak di Jalan Nagore Georgetown Penang.

Mereka sangat kreatif pasal Restoran Pik Nik sangat comel dan cute... Mereka menggunakan bangunan lama dan mengubahsuai bangunan lama tersebut menjadi lebih menarik dan awesome! Mungkin sekarang nih dah ramai orang yang mula meneliti dan menyedari tentang kesenian. Tahniah!

Beberapa decoration diselitkan didalam restoran Pik Nik yang menampakkan lebih cool dimana mereka menghiaskan barangankedai mereka dengan barangan dari Ikea dan Faab. Di Pik Nik terdapat beberapa section untuk pelanggan dimana anda boleh memilih tempat/lokasi anda lepak kalau tak ramai orang.

Restoran Pik Nik ini menyajikan makanan ala-ala western dan local food. Anda boleh menikmati Brunch (Breakfast+Lunch) yang disediakan di Pik Nik, antara yang menarik untuk snack disini adalah fillet snack dan choco cake. Bagi saya Moch Blended dorang sangat best, ala-ala mocha + milo tabur beb... Harga disini agak berpatutan, boleh la kalu nak bawak awek chill-chill...

Kebanyakkan orang ramai yang datang ke Pik Nik ini memang untuk chill-chill sahaja. Anda boleh membuat private party seperti sambutan hari jadi atau keraian. Sementara anda menunggu makanan, anda boleh main game seperti Scrabble, Jenga games, Puzzle, dan banyak lagi. Coool ehh...

Restoran ini beroperasi dari jam 15.00 dan ditutup pada jam 12.00am, dibuka setiap hari dan hari selasa tutup untuk kerja kerja maintenance. Hohohoho....

Kedai nih totally sempoi dan kretive, jika anda seorang peminat art design / deco, singgahlah ke Pik Nik untuk feeeeeelllll bro... Awesome!












Source : facebook.com/piknikeveryday
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!