7 Projek Besar di Kelantan

7 Projek Besar di Kelantan

Ketibaan Perdana Menteri Malaysia ke negeri Kelantan Darul Naim semalam telah disambut oleh rakyat-jelata seramai 50,000 orang.

Turut hadir adalah  isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Dalam ucapan PM, beliau telah mengumukan tujuh projek besar yang bakal dilaksankan oleh Barisan Nasional untuk memajukan negeri Kelantan. Antara projek yang dinyatakan beliau adalah :

1. Pembinaan Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu.
2. Pembinaan Stadium Kelantan baharu.
3. Membina perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit.
4. Pembinaan kampus banbar Universiti Teknologi Mara (UiTM).
5. Pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon negeri Kelantan.
6. Mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu.
7. Serta menyelesaikan masalah air Kelantan.



Sehubungan dengan itu, adakah ini janji BN yang luput dan tertanam dalam tanah batu setelah sekian lama. Mendengar ucapan itu membuatkan hati saya gelak bila PM cakap mcm tu... Geng-geng anda cakap Kelantan nih sebuah negeri mundur dan miskin..

Kami rakyat Kelantan mungkin nampak sebagai rakyat miskin, tapi kami miskin dari bentuk pembangunan. Walaupun kami dikatakan miskin, kami tidak tinggal atas pokok, kami mampu menyelesaikan hutang-hutang peninggalan kerajaan BN satu ketika dahulu.

Bila dah tiba nak pilihanraya baru geng-geng BN nak turun padang yer... Hurmmmmm sangat menarik perancangan anda, tapi kita tengok apa yang anda boleh lakukan nant. hahahahaha.....



THIS IS KOTA BHARU!!!
Kami mahu kekalkan Kelantan...

Source : facebook.com/ilovekelantan

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam