Medan Selera Ikan Bakar, Pantai Remis Selangor

Medan Selera Ikan Bakar, Pantai Remis Selangor

Baru-baru ni saya dengan family encik Syafiq pergi menggemukkan diri di Pantai Remis. Ahaaa Pantai Remis nih terletak diantara Kapar Klang dan Kuala Selangor, kalau korang cari dalam google maps pastikan ianya tertulis Pantai Remis Jeram Selangor. Pasal nant ada satu lagi Pantai Remis yang terletak di Manjung Perak.

Bagi review saya, Pantai Remis nih sebenarnya bukanlah sebuah pantai pilihan untuk mandi-manda. Pantainya agak kotor dan banyak kerosakkan disekitar pantai, cuma orang masih lagi datang ke Pantai Remis ini untuk lepak tengok sunset, main layang-layang dan makan seafood.

Disini terdapat sebuah kedai makan iaitu Medan Selera Ikan Bakar. Suasana kedai takdek la superb macam kedai Ikan Bakar Sekinchan tu, akan tetapi kedai kayu yang nampak old-skoll nih memang superb dan Awesome!

Menu mereka sangat simple dan tak memeningkan kepala anda. Mereka menyediakan seafood seperti ikan laut, udang, sotong, lala, kerang dan kesemua makanan ini akan hanya dibakar kosong sahaja menggunakan arang dapur. Mereka tidak akan layan jika korang nak masakan ikan 3 rasa, masak stim ker, atau asam pedas

Makanan yang dibakar ini akan disajikan dengan kuah asam, dan anda juga boleh order macam nasi goreng, nasi putih atau mee goreng jika anda seorang pelahap (lapar gile).

Walaupun menu ini sangat ringkas, percayalah masakan dorang yang tradisional ini sangat awesome! Manakala harganya sangat murah berbanding kedai seafood yang lain.

Nasihat saya, sila datang awal untuk mendapatkan meja makan dan anda boleh pesan order dulu dan lepak2 tepi pantai. Hidangan mereka agak lambat sampai pasal ramai orang dan nak bakar guna arang agak lambat sikit.















Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam