Nyonya Valley, Selayang Mall

Nyonya Valley, Selayang Mall

Okay semalam saya lepak di Selayang Mall pasal nak main bowling, jalan-jalan dalam Selayang Mall pastu nampak kedai Nyonya Valley. Nyonya Valley ini berada di Selayang Mall G Floor, kedai dia kena jalan belah luar Selayang Mall yang bersebelahan denga Satay Hj Samuri dengan JM Beriani.

Nyonya Valley ini mempunyai hidangan utama seperti makanan tempatan dengan masakan Nyonya. Ala korang mesti tau camner masakan nyonya, ala-ala asam-asam ler.

Seriously kedai ini pun dah buat renovate yang membuatkan lebih selesa untuk menikmati hidangan kerana mereka membuat dua section iaitu inside dan outside (untuk perokok tegar). Walaupon kedia Nyonya Valley ini tidak berapa nak besar, tetapi dengan dekorasi yang ringkas dan menarik membuatkan kedia ini nampak lebih ceria dan selesa untuk kunjungan orang ramai.

Manakala dinner pada malam tersebut saya memilih Nasi Putih Ayam Sweet Sour, Nyonya Curry Laksa, dan Bihun Goreng Singapore. Disini mereka juga menyediakan pembuka selera seperti Nyonya Pie-Tie, malangnya kami dah datang lambat so dorang dah tak buat pasal kedai pun dah nak tutup.

Overall kedai Nyonya Valley ini sangat menarik, boleh datang lagi dan sangat Awesome!










Source : nyonyavalley.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam