The Brew Culture, Sri Hartamas KL

The Brew Culture, Sri Hartamas KL

Dijadikan cerita meeting dah cancel dengan somebody di Plaza Damas atau lebih dikenali sebagai Hartamas Shopping Center, saya jalan keluar dan ternampak coffee shop iaitu The Brew Culture di seberang jalan. Sebelum nih pernah dapat info mengenai coffee shop nih dan tiba masanya untuk singgah.

Brew Culture nih terletak 1st floor dan ianya berada atas kedai Laman Vila, anda boleh cross jalan guna jejantas. Bila dah sampai tangga Brew Culture, kedai dia macam hidup tak hidup aje pasal macam biasa jer, tapi disebabkan dari bawah dah bau coffee yang menusuk kalbu, so saya naik la jugak.

Bila dah sampai memang saya agak terkejut pasal kedai dia sangat.. .. Wow...Awesome! Yep coffee shop nih memang awesome pasal sangat ringkas dan unik.

First saya order Cappuccino berharga RM6.90 yang dihidangkan dengan cawan ceramik dan paling best dapat sekeping biskut free (Biskut Black Oat). Superb bro!

Masa time cari port nak lepak, baru perasan bahawa kedai nih menggunakan barang-barang recycle untuk dekorasi kedai mereka seperti hiasan lampu gantung. Lampu kedai ini menggunakan kotak -air kotak 1 liter yang dicat dan dilukis balik dengan kreatif.

Pastu ada section dimana mereka sediakan bahan bacaan macam magazine, komik dan newspaper. Selain itu beberapa barangan macam kotak kayu dijadikan meja, pallet barang dijadikan rak buku dan beberapa barang elektrik/plastik yang lama diubahsuaikan menjadi barangan hiasan. Cooool!

Brew Culture menhidangkan menu yang ringkas seperti sandwich, kek, biskut, muffin, dan simple snack. Manakala minuman utamanya adalah coffee seperti Cappucino, Espresso, Cafe Latte, ada juga jus buah dan soft drink.

Dekat tingkap kedai, anda boleh tengok anak pokok kopi yang ditanam dan beberapa contoh kopi dari seluruh dunia yang dijadikan hiasan. Agak lama jugak saya lepak kat sini pasal tunggu jalan jem tu nak clear. Dalam masa nih sempat la saya update mana yang patut.

Brew Culture memang best dan Awesome!














Source : facebook.com/thebrewculture

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam