The Shard, London

The Shard London

The Shard adalah sebuah bangunan berkaca paling tinggi di kotaraya London dimana ketinggiannya mencecah 309.6 meter (1,016 kaki). The Shard mula dibina pada Mac 2009, mencapai puncak pada Mac 2012 yang lalu dan telah dirasmikan pada Julai 2012.

Dengan ketinggian 309.6 meter ini, The Shard masih tidak mampu menandingi ketinggian KLCC (451.9meter) dan Menara KL (421meter).

The Shard ini mempunyai beberapa tingkat yang khusus untuk hotel, resident, restaurant, panorama view dan  pejabat. Setakat ini Shangri-La telah booking tempat untuk menempatkan hotel mereka di The Shard pada tingkat yang ke 34 hingga 52.

Manakala pejabat pula bermula dari tingkat 2 hingga 28 dan Shard Resident pula 53 hingga 65. Pastinya Shard Resident ini akan dimonopoli oleh mat-mat arab yang sukakan London dan berada di tempat tinggi.

The Shard ini telah di-design pada tahun 2000 oleh Renzo Piano, seorang arkitek dari Itali dan dengan kerjasama warga tempatan Richard Rogers dari Britain. Pembinaan The Shard ini menelan belanja sebanyak RM10 Billion yang juga mendapat tentangan hebat dari rakyat Britain kerana mereka merasakan perbelanjaan sebanyak ini seperti luar daripada kos yang sebenar.

Walaubagaimanapun, The Shard ini dijangkakan akan dibuka pada orang ramai pada awal Februari ini dan disekitar kawasan The Shard ini mempunyai beberapa bangunan tambahan seperti bus station, train station dan shopping mall untuk kemudahan orang ramai dan tarikan pelancong asing.

Anda boleh tengok gambar panorama 360 dari puncak The Shard disini jika anda tidak mampu sampai ke London seperti saya. Jika anda berkemampuan untuk sampai ke London, tolong posing di London Bridge dan The Shard pastu post dalam FB. Memang Awesome dude!

Anda boleh download The Shard brochure disini!











Source : theviewfromtheshard.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam