MATTA Fair 2013, Kuala Lumpur

MATTA Fair 2013, Kuala Lumpur

MATTA Fair akan kembali lagi pada 15-17 March 2013 di PWTC Kuala Lumpur dan kali ini MATTA Fair akan menjanjikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Tahun ini mereka menjangkakan seramai 90,000 pengunjung yang akan membanjiri MATTA Fair ini dan sebanyak 984 booth yang akan disediakan untuk pepamer.

Dengan jumlah sebanyak 984 booth ini, pastinya anda tidak akan sempat nak tengok semua promosi yang diberikan oleh syarikat travel. Kompem!

Pengunjung akan dikenakan bayaran dan anda boleh mendapatkan tiket secara online disini iaitu RM4.10 (10sen untuk cas perkhidmatan). Selain itu anda juga boleh beli tiket terus di kaunter pada hari berkenaan tapi anda kena beratur la dulu..

Tahun lepas memang banyak gile promosi yang dorang kasik sampai satu dunia rasa nak pergi, tapi wallet pulak yang kecut.. Hampeh.... So kali ini target pergi MATTA Fair tengok tempah yang boleh pergi dalam ASEAN jer.. Selain itu, mereka juga ada jual voucher untuk penginapan hotel di seluruh negara. Voucher nih pun murah tahap dewa beb!

Dinasihatkan sila pilih travel agent anda dengan hati-hati supaya anda tidak tertipu dengan promosi mereka tambah-tambah lagi jika anda membuat rancangan untuk percutian luar negara yang melibatkan kos pembelian tiket flight.

Selamat Bercuti!



Source : mattafair.org.my 

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam