Mercedes AMG Petronas Formula 1 Car

Mercedes AMG Petronas Formula 1 Car

Pasukan Formula 1 Mercedes AMG Petronas secara rasminya mengumumkan kereta Formula 1 (W04) untuk musim 2013 di Litar Jerez Sepanyol kelmarin

Nico Rosberg dan Lewis Hamilton akan memandu kereta Formula 1 itu untuk musim ini setelah Michael Schumacher berpencen untuk kali kedua kerana beliau sememangnya dah terlalu tua untuk Formula 1.

Sangat Awesome kereta Formula 1 W04 ini kerana kereta ini mengambil ciri-ciri rekabentuk kereta SLS AMG GT3. Kereta ini mempunyai 631bhp dengan berat hanya 1550kg, dan mampu membuat pecutan dari 0-100kmh dengan 3.6saat sahaja.

Selain itu, beberapa perubahan aerodinamik dari segi bumper depan, sirip tepi, spoiler belakang dan  elektronik tambahan untuk memastikan kereta ini berada pada prestasi yang paling tip-top!

Kereta ini telah dipandu uji secara rasmi oleh Nico Rosberg dan Lewis Hamilton sejauh 100km dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Harapan kami sebagai rakyat Malaysia berharap dengan adanya sponsor minyak nasional negara iaitu Petronas mampu menaikkan imej negara dengan pelaburan yang sangat mahal dan berprestij ini. Yakini Petronas. Awesome!







Source : formula1.com | emercedesbenz.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam