Nik Ikan Bakar, Cameron Highlands Pahang

Nik Ikan Bakar, Cameron Highlands Pahang

Kalau korang gi ke Cameron Highlands pastu nak makan masakan panas-panas, saya boleh mengesyorkan sebuah kedai yang sempoi dan Awesome untuk anda iaitu Restoran Nik Ikan Bakar.

Restoran ini agak tersorok sedikit kedudukannya pasal korang tahu la kan kt Cameron Highland tu hotel dengan rumah kedai main buat ajer..

Korang cari Balai Bomba Brinchang, berhadapan dengan Balai Bomba tu ada sebuah Masjid (dah lupa nama masjid). Restoran ini terletak dibahagian belakang masjid dimana kalu korang ada dalam masjid tu boleh ikut signboard yang tulis "Medan Selera". Search Petronas / Balai Bomba bila dah sampai ke pekan Brinchang.

Kedai ini menyediakan makanan ala-thai, ikan bakar, steamboat dan western food. Untuk steamboat, restoran ini dah siapkan pakej makan untuk 1-2 orang RM30.00, 2-3 RM40.00, 3-4 RM50.00. Boleh pilih untuk sup tomyan mahupun sup-sup pilihan sendiri.

Masakan ala-thai kt sini memang Awesome tambah-tambah lagi kena tomyam/sup ayam panas tatkali cuaca yang sejuk giler. Tambah pula kalau korang order siakap bakar yang dicicah dengan kuah asam. Semuanya ini terdapat di restoran ini.

Manakala harganya pula sangat berpatutan pasal harga makanan disini sama dengan harga restoran kat bawah. Kebanyakkan peniaga menaikkan harga menu makanan mereka atas alasan kos pengangkutan nak bawak naik makanan dari bawah ke Cameron. Ini semua tipu pasal di Cameron tu, ape kebenda takdek, kebun sayur, kolam ikan, ladang lembu, reban ayam.. Sumer ader...

Nasihat saya, sila berhati-hati memilih kedai makanan seafood di Cameron kerana rata-rata peniaga disini adalah Chinese dan penggunaan logo halal agak meragukan. Restoran ini 100% kedai orang Islam dan sah sijil halalnya.

Sup Ayam + Tomyam Campur + Ikan Bakar = Awesome!








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam