Posts

Showing posts from March, 2013

Putrajaya International Hot Air Balloon 2013

Image
Putrajaya International Hot Air Balloon 2013 Sebenarnya saya dah lambat untuk upload event besar ini iaitu Putrajaya Internaional Hot Air Balloon 2013 yang berlangsung di Putrajaya pada 28 Mar hingga 31 Mar 2013. Masih lagi sempat nak pergi tengok belon udara hari nih beb! Festival ini telah berlangsung sejak tahun 2009 dan sememangnya dilangsungkan di Putrajaya. Sebelum ini saya juga dah upload festival belon udara ini pada tahun lepas dan festival ini sangat Awesome okay! Tambah-tambah lagi dorang ada belon udara versi kepala Darth Vader! Dam dam dussss...! So tahun nih saya tidak berkesempatan nak pergi festival nih so xde laa gambar nak share, hanya boleh share infrmation jer. Tapi dalam web PIHAB2013 ini anda bleh tengok-tengok gambar dalam versi 360 . Pretty Awesome!

BlokSpace @ Ikano, Damansara KL

Image
BlokSpace @ Ikano, Damansara KL Minggu lalu saya chill-chill di Ikano dengan family dan kebetulan jugak bawak my niece ke Pet Shop dan ternampak pulak kedai BlokSpace. Blokspace ini telah ditubuhkan sekitar tahun 2008 di Ikano Power Center yang terletak di aras 2 berhadapan dengan kedai Pet Shop. BlokSpace ini menawarkan perkhidmatan nursery education dimana para ibubapa boleh tinggalkan anak mereka untuk jagaan sementara kerana Blokspace bukanlah sebuah tadika mahupun nursery yang membiarkan anak anda menghabiskan masa yang sia-sia sementara anda pergi berfoya-foya / shopping. Disini anak anda akan diberi permainan Lego yang sangat Awesome! Anak anda perlu memilih set permainan Lego dan mereka haruslah menyelesaikan set Lego berkenaan. Terdapat lebih 400 set yang disediakan di Blokspace untuk anak-anak anda. Dalam masa ini, para ibubapa tidak dibenarkan mendampingi anak-anak mereka. So lepas korang bayar dan anda hanya boleh pantau anak anda diluar kedai berkenaan sahaja.

Seven Record Breaker Elevators

Image
Seven Record Breaker Elevators Saban hari kami menggunaka lif untuk ke pejabat mahupun ke tandas. Terdapat perlbagai model lif atau secara saintifiknya lebih dikenali elevator telah digunakan mengikut kesesuaian bangunan. Infographic kali ini akan memperlihatkan 7 rekod elevator yang tak pernah saya ketahui. Awesome!

Super Awesome Hero!

Super Awesome Hero! Filem tamil dan hindustan memang sangat hebat bila masuk babak kejar-kejar mahupun bab tumbuk menumbuk! Sebelum ini saya telah paparkan video gaduh-gaduh versi traktor yang mampu membuatkan saya tak tidur 2 malam... Kali ini saya paparkan lagi video yang super dupaaa Awesome untuk anda... Versi Isaac Newton paradise..... Awesome!

Hoonigan Racing Headquarters

Image
Hoonigan Racing Headquarters Semalam saya telah memperlihatkan jentera baru Hoonigan Racing iaitu Ford Fiesta ST RX34 yang dipandu oleh Ken Block, so hari ini mari saya tunjuk Headquarters (HQ) Hoonigan Racing yang sangat cooool Awesome! HQ nih dibina menggunakan kontena kargo terpakai yang berkeluasan 12,000 kaki persegi dan mempunyai 2 tingkat. Didalam HQ ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian Marketing, Administration, Entertaiment dan Work Shop.  Hampir 2 tahun pihak Hoonigan Racing ini mebina HQ mereka yang teletak di Park City Utah dan setakat ini mereka telah mempunyai 25orang pekerja mahir termasuk pemandu jentera mereka. Kebanyakkan dekorasi dalam HQ mereka mengguna barang terpakai dari bahagian-bahagian mereka. Sangat Awesome! So kita boleh nantikan pihak R&D Proton Malaysia didalam projek Satria S2000 & R3 mereka membuat ibu pejabat seperti ini. Pastinya kita boleh lakukan lebih bagus dan lebih efisyen.

Celebrating #Twitter 7

Image
Celebrating #Twitter 7 Bulan 3 ini adalah tahun yang ke 7 Twitter.com ditubuhkan. Saya kompem ramai yang tak kenal Jack Dorsey kerana beliau tidak sefeymes Mark Zuckerberg Facebook tu... Jack Dorsey adalah orang yang mencipta web sosial Twitter pada Mac 2006 dan sehingga kini Twitter mempunyai 500Juta orang berdaftar dengan Twitter dan mereka akan twett sebanyak 200juta mesej pada setiap hari. Ohh mennnn... Mari saksikan video singkat mengenai twitter sempena ulang tahun mereka yang ke 7 ni.. Awesome!

Ford Fiesta ST RX34 by Hoonigan Racing

Image
Ford Fiesta ST RX34 by Hoonigan Racing Monster Energy sekali lagi berani menampilkan jentera baru mereka iaitu Ford Fiesta ST RX34 versi Hoonugan Racing Division. Kereta ini akan mengantikan kereta Ford Fiest Monster Energy tahun lalu dan akan digunapakai untuk Global X Games, Global RallyCross, Rally America Championship dan World Rally Championship. Ken Block telah dipilih untuk memandu jentera ini setelah beliau memenangi beberapa medal untuk XGames Rally. Sejak dari itu, nama Ken Block juga telah melonjak naik hasil daripada tajaan Monster Energy di US. Malah kereta ini juga telah dipandu uji sendiri oleh beliau dalam beberapa sesi ujian dan Rally X-Rated dibeberapa buah negara yang berlainan musim. Setakat ini pihak Hoonigan Racing masih belum menyatakan spesifikasi jentera barunya atas sebab tertentu. Tapi saya pasti ianya sangat Awesome!

SolSmash - New Divide Cover

Image
SolSmash - New Divide Cover Jumaat lepas layan movie Transformers 1 kt TV2. Tak tau pasai apa kalu movie showing kt TV kompem best giler walaupon dah ada BR Rip 1080p kt PC (Pirate punyer daa....). Transformers 1 nih ditayangkan pada tahun summer 2007 dan sedar tak sedar dah cecah 6tahun beb! Transformers 1 nih best pasal ada ost New Divide Linkin Park. So saya searching dalam youtube.com jumpa video clip sebuah band SolSmash yang mengubah dan menyanyikan balik lagi New Divide dalam versi Emo Rock. Awesome! Source : youtube.com/solsmash

Lenovo Ideaphone P770

Image
Lenovo Ideaphone P770 Sekarang dah banyak brand komputer yang mula mengeluarkan telefon pintar (smart phone) pasal Samsung telah mula kembali popular. Memperkenalkan sebuah produk telefon pintar dari Lenovo, Ideaphone P770. Ideaphone ini telah pun dilancarkan Disember tahun lalu dan tidak mendapat sambutan yang hangat di pasaran Malaysia kerana dikuasai oleh Samsung. Telefon pintar ini memggunakan sistem operasi Android JellyBean yang berkelajuan 1.2GHz Dual Core. Selain itu Ideaphone P770 ini bersaiz 4.5inchi dan mempunyai beberapa model yang lain seperti S890 yang bersaiz 5inchi. Pendapat saya, spesifikasi Ideaphone ini mungkin tidak boleh menandingi telefon pintar popular yang lain, tapi ianya cukup efisyen untuk kegunaan kerja/sosial. Malah harga untuk Ideaphone ini dijangkakan dari RM750.00, masih murah jika dibandingkan dengan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi sama seperti Ideaphone P770 ini. Spesifikasi Ideaphone P770 : Processor : 1.2GHz Dual Core Memory R

Pit Stop Horror

Image
Pit Stop Horror Pit Stop adalah sangat penting dalam sukan permotoran kereta lumba. Setiap tahun dorang nih akan mencatatkan masa paling singkat untuk singgah di Pit Stop dan setakat ini rekod paling pantas pernah direkodkan adalah 2.4saat oleh pasukan McLaren Mecerdes  pada tahun 2011. Oleh kerana itu, jom kita layan kompilasi video klip kemalangan di Pit Stop motosport.. Hahaha lagi bagus layan human error... barulah lebih Awesome!

Beruk Bersenam

Image
Beruk Bersenam This is hilarioussssssss! Paling tak tahan makin lama makin slow beb! Source : youtube.com

Earth Hour 2013, Shah Alam

Image
Earth Hour 2013, Shah Alam Sekali lagi Malaysia menyahut cabaran 60+ Earth Hour yang telah dilangsungkan hampir 3tahun yang lalu. Earth Hour ini akan berlangsung pada 23 March ini dilokasi utama iaitu Kuala Lumpur dan Shah Alam. Saya percaya hampir semua rakyat Malaysia dah tau apa kebenda 60+ Earth Hour nih terutama yang duduk kat rumah ada letrik. So malas ler saya nak explain... Apa yang saya highlight untuk program 60+ Earth Hour ini adalah kerana Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan kayuhan basikal sempena Earth Hour nih di Dataran Shah Alam pada jam 8.30pm. Setakat ini seramai 1,300 orang telah berdaftar dan penyertaan telah pun ditutup. Tapi sapa-sapa yang tak sempat nak daftar tu xpe, bawak ajer basikal pastu ride sama-sama... ini bukan pertandingan lumba basikal, hanya untuk syiok-syiok malam minggu sahaja. Safe ride... Awesome!

Monster Inc Run on iTunes

Image
Monster Inc Run on iTunes Monsters Inc Run adalah sebuah game kanak-kanak yang menampilkan watak dari filem Monster Inc. Game Monsters Inc Run ini hanya boleh digunapakai untuk sistem operasi iOS sahaja. Misi utama dalam game ini adalah Mike dan Sulley perlu menyelamatan Boo dari bahaya. Sepanjang game ini terdapat beebrapa cabaran yang perlu diselesaikan dengan 48 level yang awesome! Tapi yang tidak Awesome game ini bukan percuma dan anda perlu membayar $0.99 untuk membeli game ini, standard game iOS laa maner ader nak free-free nih. Agaka berbaloi untuk layan dan ada banyak cara untuk dapatkannya secara free... Google kan sahaja.. Awesome!

Kajian Mengenai Gangguan Ketika Memandu

Image
Kajian Mengenai Gangguan Ketika Memandu Huuumm boleh dikatakan 100% dan hampir 90% tu juga saya lakukan ketika memandu. Kadang hampir eksiden pon ada malah eksiden pon ada.. Errr... huhuhuhuhu.. So sila baca artikel infografik ini, mana tahu boleh mengubah etika pemanduan kita. Safety first bro. Ingatlah orang tersayang... Source : visual.ly

Papertoy DIY from PaperCraft

Image
Papertoy DIY from PaperCraft Papertoy agak cool jika ianya lebih advance dan cute! Jadi saya bawakan Taco Car dimana seni ini hanya perlu anda print pada kertas yang keras, potong dan lipatnnya sehingga menjadi objek. Entry ini saya kumpulkan beberapa papertoy kereta taco yang sungguh comel cute mute... Boleh la anda cuba dengan anak-anak anda dihujung minggu, jangan biarkan anak anda potong dengan sendirik. Karang potong jari plak! Jangan lupa dah siap bikin, amik gambar dan post dlm instagram, barulah bow wow yyyowwww! Awesome!

Star Wars Lego, Make Your Own Story

Image
Star Wars Lego, Make Your Own Story Hello bro-bro Star Wars, Jom tengok iklan yang dihasilkan oleh Sekolah Pengiklanan Brazil yang sememangnya Awesome! Mereka membuat iklan ini untuk mempromosikan mainan Lego Star Wars yang juga menjadi mainan paling laris pada tahun 2005 dahulu. Checkkk checkkk.. check it douuttt!

The School @ Jaya One, Petaling Jaya

Image
The School @ Jaya One, Petaling Jaya The School adalah sebuah pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang mengsasarkan golongan ibubapa muda dan moden yang terletak bersebalah dengan Jaya-One Petaling Jaya, Selangor. The School ini merupakan yang menawarkan pengalaman membeli-belah dan kemudahan interaktif untuk golongan kanak-kanak dan remaja. The School ini menempatkan beberapa buah kedai pendidikan dan perkhidmatan untuk ibubapa menjaga anak mereka. Disamping itu juga, The School juga menempatkan exclusive residence sebanyak 250unit dan 129 unit untuk Office Suites. The School ini berkeluasan 190,00- kaki persegi mampu menampung pengunjung seramai 10,000 orang dalam satu masa. Projek ini masih lagi dalam pembinaan dan dianggarkan siap sepenuhnya menjelang September 2013 dan setakat ini banyak kedai dan restoran yang sudah mula memasuki The School.

MotoGP Testing, Sepang Malaysia

Image
MotoGP Testing, Sepang Malaysia Pada 26-28 February lepas telah belangsungnya sesi ujian MotoGP untuk musim 2013 di Litar Antarabangsa Sepang. Ketika ini kesemua pasukan MotoGP menghadirkan diri untuk menguji jentera masing-masing dan memperlihatkan beberapa perubahan pada jentera mereka. Dalam ujian ini, Dani Pedrosa mencatatkan masa terpantas iaitu 2:00:100 dan diikuti oleh Jorge Lorenzo 2:00:429. Manakala encik Rossi pula berada ditempat ketiga dengan masa 2:00:542. Encik Rossi mula menunjukkan prestasi bersama Yamaha setelah 2 tahun beliau tidak memenangi gelaran bersama Ducati. Pastinya tahun ini encik Rossi akan membolot kejuaraan MotoGP kerana keserasian jiwa beliau dengan Yamaha amat ketara. So MotoGP Championship akan berlangsung pada bulan depan 7 April dan mereka akan datang ke Malaysia pada 11 October 2013. Haaaaaaaakkk nantikan MotoGP! MotoGP really Awesome!

The Miniature City : San Francisco

Image
The Miniature City : San Francisco Oleh kerana permainan miniature memerlukan modal yang sangat besar seperti membina bandar lapangan terbang Knuffingen , maka saya bawakan khas sebuah video clip miniature yang dihasilkan oleh Shukhrat Pardaev. Shukhrat Pardaev sangat creative dan awesome telah mengambil gambar video di sekitar bandar San Francisco dan menjadikan permandangan yang real menjadi seakan sebuah miniature.Video ini boleh dihasilkan dengan menggunakan DSLR dan memerlukan teknik Tilt Shift. Uuuuuu i like.....sangat cool dan Awesome!

Malaysia Formula 1

Image
Malaysia Formula 1  Pada 22 Mac - 24 Mac ini akan berlangsung Formula 1 di Sepang Cicuit. Penampilan yang penuh bergaya dari jentera Mecerdes Petronas mampu mengegarkan suasana di Sepang Cicuit. Lebih menarik lagi, perlumbaan Formula ini dituruti dengan konsert Gun n Roses di rock-stage Main Grandstand. Ini semua adalah untuk menarik minat orang ramai untuk menonton Formula 1 walaupon manusia yang datang tengok Formula 1 ini tak pernah berkurangan. Pihak pengurusan litar sepang juga menawarkan tiket RM200 untuk Main Grandstand jika anda mempunyai kad siswa, kad orang kurang upaya dan kad warga emas dari 1 Malaysia. Manakala untuk harga penonton biasa pula bermula dari RM63.00 - RM123.00 untuk atas Hillstand manakala untuk Main Grandstand pula bermula dari harga RM443.00 hingga RM2,500.00.. Fuhhhhh .... Nant saya akan upload Formula 1 event nih pada hari berkenaan, jumpa anda disana nant! Awesome dude!

1 Day Trip to Cameron Highlands

Image
1 Day Trip to Cameron Highlands Last week saya telah membuat satu trip yang singkat ke Cameron Highlands bermula dari jam 10 pagi hingga ke 5 petang  pada hari yang sama. Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk mengunjungi Cameron Highlands, anda bolehlah follow plan nih. Lagi pun kalau dari Kuala Lumpur, takde la jauh sangat nak drive setakat nak naik Cameron tu. Drive dari KL menggunakan highway PLUS akan mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit melalui jalan drift Tapah. Sila exit Tapah pasal distance lebih dekat berbanding dengan Simpang Pulai. Cuma jalan dia agak berliku-liku. First korang boleh singgah di Cameron Valley untuk lepak minum teh dengan permandangan ladang teh yang Awesome! Nih semuanya untuk mengurangkan kadar pening-pening lalat selepas layan corner jalan Tapah. Anda boleh menikmati teh dan snack yang dijual untuk alas perut sebelum makan tengah hari nant. Disini korang boleh menghabiskan masa sekitar 1jam untuk menikmati teh di ladang teh. Kalau

Surface of The Sun

Image
Surface of The Sun Subhan'Allah begitu kompleks kejadian ciptaan Allah S.W.T. yang menciptakan Matahari yang selalu kita nampak dan berpayung dibawahnya setiap hari. Bahang Matahari agak terik di Bumi walaupun jarak Matahari dengan Bumi sejauh 149,680,000km, suhu di permukaan matahari pula adalah 5,500°C dan suhu terasnya pula mencecah 5Juta°C! Matahari ini tidak boleh dipandang dengan mata kasar secara terus, maka saya bawakan khas untuk anda bagaimana rupa bentuk dan aktiviti di permukaan Matahari yang diambil oleh pihak NASA's Solar Dynamics. Allah Maha Besar, Lagi Maha Kaya.

Nyonya Colors The Curve

Image
Nyonya Colors The Curve Weekend baru nih saya singgah restoran Nyonya Colors yang sememangnya menjadi kedai feberet isteri saya bila jalan-jalan kt The Curve. Nyonya Colors ini mempunyai beberapa outlet antaranya di The Gardens, First World Genting dan beberapa tempat yang tak perlu saya nk typing panjang-panjang. Saya singgah kali ini pasal kedia nih baru lepas renovate, so penampilan baru sangat nih agak Awesome! Dekorasi kedai masih lagi mengekalkan gaya Nyonya tapi berunsurkan Nyonya Moden dan menu makanan juga masih sama seperti menu asal. Kebanyakkan menu makanan disini adalah menu Nyonya style, paling style yang wife saya pilih adalah Nyonya Laksa dan saya pulak pilih Nasi Lemak Nyonya. Buat masa ini Nyonya Colors membuat promosi untuk beberapa menu dimana anda akan dapat air percuma. Selain itu jugak, mereka menyediakan kuih tradisional dan beberapa menu bubur. Mungkin kalau korang datang after lunch atau waktu tea-time kuih/bubur nih masih banyak lagi. Next kami mahu

Restoran Nasi Ulam, Kota Bharu

Image
Restoran Nasi Ulam, Kota Bharu Untuk orang luar dari negeri Kelantan, berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah terdapat sebuah restoran yang memang Awesome, iaitu Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Selain itu, restoran ini jugak dikenali sebagai Kedai Cikgu Nasi Ulam. Ahaaa kenapa Nasi Ulam Kampung Kraftangan? Pasal restoran ini terletak dalam Kampung Kraftangan yang bersebelahan dengan Istana Lama dan Pasar Siti Khadijah. Kalu tak tahu jugak boleh la google atau tanya ajer orang dalam pasar tu. Menu utama Nasi Ulam Kampung Kraftangan ini adalah Ikan Keli Goreng, Sayur Masak Lemak, Gulai Darat, Ayam Goreng Berempah, Ikan dan Daging Singgang, Ulam-ulaman, Sos Bilis Budu dan Sambal Kerabu. Air pula anda boleh ambil aje dalam jag air yang disediakan, kebiasaanya Air Sirap Selasih, Air Bandung, Air Sarsi dan Air Teh O Ais. Ada juga buah-buahan tempatan. Makanan disini adalah makan hidang dimana anda boleh pilih nak amik makanan apa yang terdapat pada hari berkenaan. Biasanya pake

RC Car Street Drift

Image
RC Street Drift Remote Control (RC) Car ini sememangnya sangat Awesome tambah-tambah lagi RC Car digunakan untuk Drift. Hobi RC Car ini mungkin tidak sehebat hobi berbasikal fixie mahupun mengumpul setem. Hobi RC Car ini memerlukan kecekalan hati dan jiwa yang optimis. Kali ini saya perlihatkan RC Car Drift style kerana brader-brader yang dok layan mainan RC Car ini membuat kenyataan bahawa RC Car Drift lagi senang nak maintain (penyelenggaraan kereta) daripada dok membela RC Car Touring, lebih-lebih lagi jika RC Car berkenaan menggunakan enjin jenis minyak/nitro. Saya sebagai newbies dalam bidang RC Car Drift ini pastinya saya akan membeli sebuah kereta yang sangat basic dan paling murah dipasaran. Apa yang menarik perhatian saya mengenai RC Car Drift ini anda boleh mengubah suai kereta RC ini kepada JDM style sepertimana mereka touch-up kereta gunapakai dijalan raya sekarang ini. Anda boleh tukar shell/body cover RC Car, contohnya Mitsubishi Evo X, Toyota AE86, Nissan Silvi

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...