RC Car Street Drift

RC Street Drift

Remote Control (RC) Car ini sememangnya sangat Awesome tambah-tambah lagi RC Car digunakan untuk Drift. Hobi RC Car ini mungkin tidak sehebat hobi berbasikal fixie mahupun mengumpul setem. Hobi RC Car ini memerlukan kecekalan hati dan jiwa yang optimis.

Kali ini saya perlihatkan RC Car Drift style kerana brader-brader yang dok layan mainan RC Car ini membuat kenyataan bahawa RC Car Drift lagi senang nak maintain (penyelenggaraan kereta) daripada dok membela RC Car Touring, lebih-lebih lagi jika RC Car berkenaan menggunakan enjin jenis minyak/nitro.

Saya sebagai newbies dalam bidang RC Car Drift ini pastinya saya akan membeli sebuah kereta yang sangat basic dan paling murah dipasaran.

Apa yang menarik perhatian saya mengenai RC Car Drift ini anda boleh mengubah suai kereta RC ini kepada JDM style sepertimana mereka touch-up kereta gunapakai dijalan raya sekarang ini.

Anda boleh tukar shell/body cover RC Car, contohnya Mitsubishi Evo X, Toyota AE86, Nissan Silvia malah lebih cool adalah Evo X PDRM Eagle Malaysia punya.... Hahahah Awesome.

Untuk main RC Car Drift ini secara terus terang bukan senang dan bukan boleh dipelajari dalam masa 1-2 bulan, ini kerana anda memang perlukan skill dan beberapa pengubahsuaian/setting pada RC Car untuk mendapatkan kesesuaian yang sebenar dengan cara kendalian anda. Fuhhhhhhhhh!

Jika anda masih belum memiliki RC Card ini, anda boleh beli dimana-mana kedai yang jual RC seperti di Sungei Wang & Times Square. Basic car boleh dapat dengan harga sekitar RM250-350 bergantung pada peralatan. Tengok poket sendiri ajerlah...

Saya sertakan video yang dorang buat mengenai RC Car Drift ini dimana mereka membuat rakaman dan editing mengenai RC Car Drift yang seakan kereta realiti! Uuuuuuu sangat Awesome.









Source : youtube.com/rc car drift

Comments

JohnRMay said…
I am really interested in Proton cars, especially Proton Malaysia!
Anonymous said…
Thank you for the great post! I love your articles! I'm a car fanatic and coffee lover. I am used to using coffee capsule, I make my own coffee capsules with a k cup & nespresso coffee capsule filling sealing machine. But I am finding new ways to enjoy coffee recently

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam